Catriona Ross

Pelakon wanita Malaysia

Catriona Norhayati Ross binti Bahrin Ross (dilahirkan pada 2 September 1980) merupakan seorang pelakon, model, pengacara, penulis skrip, dan penulis buku wanita Malaysia yang berwajah Pan-Asian.

Catriona Ross
Kelahiran
Catriona Norhayati Ross binti Bahrin Ross

(1980-09-02) 2 September 1980 (umur 43)
Nama lainCatriona Norhayati, Kak Kek
PendidikanSarjana Muda Komunikasi Massa
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA
PekerjaanPelakon, model, pengacara, penulis skrip, penulis buku
Tahun aktif1998–kini
PasanganShaharuddin Mokhtaruddin (k. 2009)
Anak-anak3
Ibu bapaBahrin Ross Abdullah (bapa)
Siti Zawiyah Ab. Rahman (ibu)
SaudaraFiona Aishah (adik)
Shakirin Alistair (adik)
Razzi Rahman (bapa saudara)

Beliau juga merupakan penulis skrip drama tv dan buku bersama bapa saudaranya, penyanyi Razzi Rahman yang masyhur pada 1990-an. Beliau turut mempunyai laman web mengenai cinta, hubungan dan cerita yang turut menjual barangan seperti tshirt, mug dan pelekat kereta.[1]

Kerjaya seni Catriona bermula apabila berjaya dalam ujibakat untuk menjadi pengacara Wayang Kita terbitan Astro Ria.

Kehidupan peribadi sunting

Catriona dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 2 September 1980 serta berdarah kacukan Melayu Kelantan di sebelah ibunya dan Scotland di sebelah bapanya. Merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik. Catriona mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu. Kemudian berpindah ke Sekolah Sri Inai Junior, sebuah sekolah swasta di Kuala Lumpur, kerana mengikuti tuntutan kerja ayahnya sebagai jurutera. Selepas itu Catriona kembali ke Kota Bharu dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Naim Lil Banat, sebelum mengakhiri pengajian menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra.

Selepas tamat persekolahan, Catriona melanjutkan pengajian tingginya di Universiti Teknologi MARA dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dari tahun 1998 hingga 2002.

Pada 26 Jun 2009, Catriona telah selamat dinikahkan dengan penerbit dan pengarah rancangan hiburan televisyen Astro, Shaharuddin Mokhtaruddin di Kota Bharu, Kelantan.[2] Mereka berdua telah dikurniakan dengan tiga orang anak, Sephia Rania, Edruce Riyadh dan Jammal Raess.

Kemalangan sunting

Pada April 2007, kereta yang dinaiki Catriona berlanggar dengan lori di lebuh raya Utara Selatan.[3] Akibat dari itu, beliau patah kedua belah kaki, tangan dan cedera di kepala dan badan, terpaksa tinggal di hospital sehingga Jun 2007.[4]

Filemografi sunting

Kunci
Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2003 Mistik Tasya Filem pertama; bersama Cico Harahap, Lisdawati & Uji Rashid
2007 Chermin Yasmin
Qabil Khushry Qabil Igam Doktor
2010 Hooperz Wan Zurina
2021 Kampung Malar: Cahaya Gaya Kak Ros Filem pendek hari Deepavali
TBA Dimensi Cinta Tarikh tayangan sebenar tidak dapat dipastikan

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2004 Bagasi Biru
Sephia Sephia TV3 [5]
Salina Caterina
Rafflesia TV2
2005 Salina 2 Caterina TV3
2007 Datin Diaries
2009 Bonda TV9
Ceplos Kak Dah
2010 Fitrah Wanita TV2
2011 Selimut Cinta Intan Balqish TV AlHijrah
Antara Maghrib Dan Isyak Suraya TV3
Kasih Alia Maya
2013 Jodoh Minda Astro Ria
Hujan Halima TV3
Cinta Dan Wahyu Siti Aisyah TV AlHijrah
2014 Ramadan Jangan Pergi Rohani / Ummi TV3
Anugerah Terindah Maria
2015 Cinta Si Egois Hypp Sensasi
2016 Mr. Tanda Soal Puan Nora TV3
2017 Cucu Tauke Beras Davini
Dekatkan Jarak Kita Umi Khadijah [6]
2018 Jangan Padam Rindu Puan Raihana TV Okey
Jangan Benci Cintaku Puan Azlin TV3
Rahasia Kasih Nailis ntv7
Pujaan Hati Kanda Mama Nadine TV3
Aku Cinta Dia Puan Zaity
2019 Dia Pengantinku Puan Kamariah TV1 [7]
Dia Yang Ku Cinta Puan Marhanna TV3
Cindai Dato' Seri Kalsom
2020 Bidadari Kiriman Tuhan Kak Kek Astro Ria Penampilan Khas
2022 Ulya & Dini Ummi Yana
Primadona Makyung Bedah Semah TV2

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2007 Kalis Cinta Wan Katrina TV3
Mek Salmah Dari Scotland Mek Salmah / Sally TV2
2008 Kelahiran Teristimewa TV3
Kak Kiah Serunding TV9
2012 Bila Mak Mengandung Lagi Astro Prima
2013 Titis Kasih Ibu Mira TV AlHijrah
2017 Detik Berputar Datin Suriawati TV1
Sakit Aishah TV3
Ke Pintu Kaabah Mek Som TV1
2018 Manipulasi Puan Rose ntv7
Uniknya Cinta Mak Erman TV3
2019 Lelaki Kacak Dari Dhaka
2020 Kak Kek Baru Nak Up Kak Kek Astro Citra
2021 Kuba Guling, Karipap Pusing Ani Awesome TV
Bibik Kayangan Kiah
Dolla Watch Me Glow Ibu Haji Astro Citra
Kak Kek Ngajar Oppa Kecek Kak Kek Astro Ria
Cinta 24 Jam TV2
C.H.A : Cinta Hati Ayam Jemi

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2004 Wayang Kita Pengacara Astro Ria [8]
2013 Seleksi Hijab Tetamu undangan TV2
2020 Kak Kek Ke Klate Pengacara Naura HD
2021 Kak Kek dan Abe Memasok
All Together Now Malaysia Juri Astro Ria
2022 Mega Lawak Artis jemputan Astro Warna Episod: "Drama Queen"
2023 Warung Wak 4 Awesome TV Diundang bersama Fikry.

Teater sunting

Tahun Tajuk Peranan
2008 Muzikal Ibu Zain[9]

Rujukan sunting

  1. ^ Legs broken, she makes write turn
  2. ^ "Kahwin cerai dunia artis". Utusan Melayu. 31 Disember 2009.
  3. ^ Catriona Ross Is Badly Injured In A Car Crash Accident
  4. ^ 14 April 2007. Catriona Ross cedera parah dalam kemalangan. Diarkibkan 2019-01-30 di Wayback Machine Utusan Online.
  5. ^ Abd. Aziz Itar (19 Julai 2004). HANS ISAAC, CATRIONA ROSS - Mantapkan Sephia. Diarkibkan 2018-04-08 di Wayback Machine Utusan Malaysia.
  6. ^ Muhamad Fairoz Azizan (2 Februari 2018).Bukan lagi masa kejar wang - Catriona Ross. Berita Harian.
  7. ^ "Bukan lagi masa kejar wang - Catriona Ross". Berita Harian. 2 Februari 2018.
  8. ^ "Catriona Ross tolak watak perempuan mat salih". Utusan Melayu. 20 Disember 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-31. Dicapai pada 2019-01-30.
  9. ^ "Aidilfitri bermakna Catriona Ross". mStar. 6 Oktober 2008.

Pautan luar sunting