Cendol

minuman dan pencuci mulut Asia Tenggara

Cendol (Jawi: چيندول) atau cendoi (Jawi: چيندوي) adalah pencuci mulut sejuk yang diperbuat daripada tepung beras dan air pandan yang dibentuk secara ditekan melalui penapis ke dalam air,[1] kemudian dicampur dengan sirap gula dari berbagai jenis (baik enau atau aren, tebu, perang, mahupun nipah) dan santan.[2] Ia dikenali di Asia Tenggara dalam rantau Nusantara merangkumi Brunei, Malaysia[3] (terutamanya negeri Johor dan Pulau Pinang), Singapura dan Indonesia[4] bahkan luas melepasinya seperti Kemboja, Vietnam, Thailand, Myanmar.

Cendol
Cendol bersama pulut dan kacang merah
Nama alternatif
JenisPencuci mulut, non-alcoholic beverage Sunting ini di Wikidata
Tempat asalAsia Tenggara
Suhu penghidanganSejuk
Bahan utamaais bongkah dan parut, tepung beras, tepung ubi, air pandan, santan, gula (melaka, nipah, tebu, aren, perang)
Bahan yang biasa digunakanTepung beras, tepung sagu, Gula Melaka, santan, ais, garam, nangka Sunting ini di Wikidata
Cara penyediaanMerebus, Pembekuan Sunting ini di Wikidata
Keragaman/variasiDawet
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pengistilahan sunting

Kata cendol (ejaan Za'aba pra-1972: chendol, van Ophuijsen: tjendol) dapat ditelusuri pada banyak kamus dan buku abad ke-19 di Hindia Belanda. Salah satu catatan tertua tentang kata tjendol diketahui dalam Oost-Indisch kookboek (1866, "Buku Resepi Hindia Timur") dengan judul "Tjendol of Dawet" menunjukkan kata cendol dan dawet digunakan berseerti pada masa itu:[5] cendol cenderung digunakan di bahagian barat pulau Jawa merangkumi Tanah Sunda dalam provinsi Jawa Barat, provinsi Banten, dan provinsi Jakarta sedangkan dawet digunakan di Banjarnegara sahaja.[6] Dalam kamus Supplement op het Maleisch-Nederduitsch Woordenboek (1869) karangan Jan Pijnappel, tjendol dijelaskan sebagai suatu minuman atau semperitan yang terbuat dari sagu, santan, gula dan garam.[7]

Perkataan cendol mula tercatat dalam penulisan warga setempat dari melalui suatu rencana dalam akhbar Saudara tahun 1932.[8]

Ramuan sunting

 
Cendol pulut

Ramuan asas cendol terdiri daripada santan, jeli hijau (pewarna pandan), pulut, ais dan Gula Melaka. Selain daripada bahan asas ini, cendol boleh ditambah bahan lain seperti kacang merah, pulut, cincau, durian dan jagung bergantung kepada selera penjamunya.

Bahan utama cendol iaitu jeli hijau dibuat dari tepung beras yang dicampur dengan air jernih daripada mendapan kapur sirih. Air perlu dimasak sehingga menggelagak dan dikacau hingga cair tapi pekat. Setelah itu campuran tadi dimasukkan ke tin yang ditebuk seperti siraman hujan. Campuran yang pekat tadi ditekan untuk keluar melalui lubang tersebut dan dibiarkan sejuk didalam bekas air yang disediakan di bawah bekas berlubang tersebut. Jeli ini boleh diwarnakan dengan hijau (warna pandan) tetapi ia boleh juga diwarnakan mengikut warna kesukaan masing-masing. Cara penyediaan tradisi jeli biasanya diwarnakan dengan air daun pandan. Ia dihidangan bersama ais, air gula melaka dan santan. Tetapi ditambahkan pula dengan pulut dan susu isian manis.ianya enak juga dimakan dengan buah-buahan.

Sejarah sunting

Asal usul cendol tidak jelas, dan minuman manis ini tersebar luas di seluruh Asia Tenggara. Namun, satu saranan mengatakan bahawa cendol berasal dari Jawa, Indonesia sebagai dawet. Catatan tertua yang disebutkan tentang minuman manis dawet adalah naskah Kresnayana, yang berasal dari Kerajaan Kediri sekitar Jawa abad ke-12.

Sejarawan menyatakan bahwa penggunaan sagoo atau tepung beras sebagai bahan minuman manis mungkin terjadi pada awal masyarakat pertanian padi di Jawa kuno. Jeli cendol dan variasinya adalah produk pertanian pedesaan, masih dihasilkan secara tradisional di desa-desa Jawa. Terdapat kepercayaan popular dalam masyarakat Indonesia bahawa istilah "cendol" mungkin berasal dari kata "jendol", yang terdapat dalam bahasa Sunda dan Jawa, ini merujuk kepada sensasi jendolan yang dirasai apabila butiran cendol melalui mulut ketika minum cendol.

Di Banjarnegara, Jawa Tengah, dawet secara tradisional disajikan tanpa ais. Saat ini, bagaimanapun ais batu tambahan atau ais serut biasanya ditambahkan ke dalam minuman pencuci mulut ini. Ini mungkin menunjukkan bahawa di Jawa tropika, dawet adalah minuman pencuci mulut tradisional yang sudah ada sebelum penggunaan teknologi pendingin, sejak abad ke-12.

Cendol sangat digemari masyarakat Malaysia kerana cuaca dan iklim negara Malaysia yang panas. Terdapat pelbagai restoran dan kedai makan yang menyediakan cendol di serata Malaysia.

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Jane Freiman (19 May 1986). "Underground Gourmet: Sampling Indonesia". New York. m/s. 119.
  2. ^ Witton, Patrick (2002). Indonesia, Lonely planet: World food. Lonely Planet. m/s. 141. ISBN 9781740590099.
  3. ^ Bowen, Dana (10 August 2005). "Shaving the Ice, Cutting the Heat". The New York Times.
  4. ^ "Recipe: Es cendol". Belindo. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 September 2011. Dicapai pada 29 December 2009.
  5. ^ Oost-Indisch kookboek: bevattende 456 beproefde recepten voor de hollandsche en inlandsche keuken : gebakken, confituren, zuren, sausen, enz (dalam bahasa Belanda). Van Dorp. 1866.
  6. ^ en Roorda, Gericke (1901). "cendhol". Javaansch-Nederlandsch Handwoordenboek. 08: Ca. E. J. Brill: Leiden, Belanda. m/s. 1: 249 – melalui Sastra Jawa kelolaan Yayasan Sastra Lestari. KN. 1. de klonters in de dhawět met een roodachtigen weerschijn als zij van ongkog, gemaakt zijn. In Japara ook de dhawêt...
  7. ^ Pynappel, Jan (1869). Supplement op het Maleisch-Nederduitsch Woordenboek (dalam bahasa Belanda). Endschedé en Zonen.
  8. ^ "Pekan Hari Ahad". Saudara. 7 Mei 1932. m/s. 5 – melalui Malay Concordance Project, Universiti Nasional Australia.

Pautan luar sunting