Cengal

genus tumbuhan

Chengal (Neobalanocarpus heimii) ialah spesies pokok kayu keras yang amat popular. Kawasan taburan semula jadi pokok ini terhad di Semenanjung Malaysia, Singapura dan selatan Thailand.[perlu rujukan]

Cengal
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Malvales
Keluarga: Dipterocarpaceae
Subkeluarga: Dipterocarpoideae
Genus: Neobalanocarpus
P.S.Ashton
Spesies:
N. heimii
Nama binomial
Neobalanocarpus heimii
(King) P.S.Ashton

Chengal menghasilkan kayu terbaik dan mencapai harga tertinggi di pasaran jika dibandingkan dengan jenis kayu lain dan tergolong dalam keluarga Dipterocarpaceae iaitu sejenis pokok menghasilkan buah yang mempunyai sepasang sayap serta mengeluarkan resin atau damar.

Taburan sunting

Di Malaysia, cengal tumbuh di kawasan hutan tanah pamah yang mempunyai ketinggian kurang dari 1,000 m terutama di kawasan yang mempunyai saliran air yang baik. Kebiasaannya pokok cengal hidup dengan baik di kawasan yang menerima hujan lebih dari 2,000 mm setahun dan tiada musim kemarau yang panjang.

Pokok cengal terbesar dan tertua di Malaysia dijumpai di Gunung Mandi Angin, Kompartmen 5, Hutan Simpan Pasir Raja, Hulu Dungun pada 1999 oleh Pegawai Renjer Durian Mas II, Encik Omar Mohamad.[perlu rujukan]

Pokok cengal tersebut setinggi 65 meter dengan ukur lilitnya 16.75 m, atau kira-kira 13 pemeluk, serta bergaris pusat 5.32 m memerlukan 27 buah lori bagi mengangkut kayunya jika ditebang. Isipadu pokok cengal ini dianggarkan 220 m³ dengan berat 120 tan metrik.

Usia pokok tertua ini dianggarkan 1,300 tahun iaitu berdasarkan kaedah pengiraan pokok di kawasan tropika mengikut gegelang pertumbuhan (growth ring) pada kadar 0.4 cm setahun. Pokok cengal itu setinggi 16.5 m dengan ukur lilit 16.75 m membolehkan 13 orang memeluk batangnya yang besar. Pokok cengal itu dijumpai di pada tahun 1999 oleh pekerja Jabatan Hutan, Omar Mohamad.[2]

Pokok yang terletak lebih kurang 200 m dari sempadan Taman Negara dan 390 m dari paras laut di kawasan Kompartmen 5 hutan ini, telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai pokok terbesar di Semenanjung Malaysia dan didokumenkan dalam keluaran edisi ketiga pada tahun 2001.[perlu rujukan]

Kegunaan sunting

Kayu cengal adalah kayu keras yang tahan lama dan mempunyai ketumpatan antara 915 hingga 980 kilogram per meter padu yang kebiasaannya digunakan dalam kerja pembinaan berat terutama pembinaan bot, selain dijadikan tiang, serta jambatan tanpa perlu diawet kerana ia tahan dari serangan anai-anai.

Ketahanan kayu itu disebabkan terdapat sejenis bahan awet semula jadi yang melindungi kayu teras. Kayu gubal, teras serta kulit kayu cengal mempunyai sejenis damar yang dikenali sebagai damar penak dan boleh digunakan dalam pembuatan varnis.

Rujukan sunting

  1. ^ Pooma, R.; Barstow, M.; Newman, M.F. (2017). "Neobalanocarpus heimii". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2017: e.T32314A2813845. doi:10.2305/IUCN.UK.2017-3.RLTS.T32314A2813845.en. Dicapai pada 16 November 2021.
  2. ^ 1,300-year-old chengal tree a state treasure, says MB Idris