Chaebol ([cé-bol]; Korea: 재벌, [tɕɛ̝.bʌl]  ( dengar)) adalah konglomerat industri besar yang diuruskan dan dikawal oleh individu atau sesebuah keluarga di Korea Selatan. Chaebol sering terdiri dari sejumlah besar sekutu yang dikawal oleh seseorang pengerusi yang berpengaruh melebihi kuasa undang-undang.[1] Terdapat beberapa dozen kelompok korporat besar yang jatuh di bawah definisi ini.

Pentadbiran sunting

Chaebol sering dibandingkan dalam lingkungan yang sama dengan keiretsu(kesinambungan kepada zaibatsu pada zaman perang) di Jepun, namun dengan beberapa ciri ketara:

  • Chaebol banyaknya masih dikawal keluarga pengasas (jauh lebih ditumpukan kepada ahli keluarga berbanding di Jepun) manakala keiretsu ditadbir kelompok pengurus profesional.
  • Pemilikan chaebol lebih berpusat daripada keiretsu.
  • Chaebol lebih membentuk anak-anak syarikat dalam penghasilan komponen untuk dieksport manakala syarikat-syarikat Jepun lebih mengalihdayakan tugas tersebut kepada kontraktor-kontraktor luar.
  • Tidak semua chaebol punya institusi kewangan yang tersendiri - kebanyakan bergantung kepada pinjaman dan jaminan kewangan pemerintah Korea Selatan pada tahun-tahun awal, maka lebih bersekutu atau berhubungan rapat dengan pemerintah. Bahkan, chaebol diharamkan memiliki bank swasta agar ditambahkan risiko serta sokongan pemerintah ke atas bank-bank sedia ada dalam bidang pengurusan kewangan tertentu. Keiretsu pula mempunyai bank yang bekerjasama rapat memberikan akses kepada kredit tanpa had, namun banyak syarikat-syarikat ini telah mempelbagaikan amalan hutang mereka termasuklah penjualan bon saham awam.

Model chaebol sangat bergantung kepada suatu sistem pemilikan interlocking yang sangat rumit. Pemilik sebuah syarikat chaebol dengan bantuan ahli keluarganya sendiri, badan amal serta pengurus kanan anak syarikat perlu mentadbir sebanyak tiga hingga empat syarikat awam sahaja, di mana syarikat-syarikat ini sendiri saling mengawal anak syarikat masing-masing.[2]

Budaya kerja sunting

Budaya pengurusan dalam syarikat-syarikat sebegini bercirikan "kebapaan" atau paternalistik akibat pengaruh kuat unsur neo-Konfucius dalam budaya orang Korea. Pengerusi dianggap sebagai "bapa angkat" kepada para pekerja bawahannya. Pangkat dan merit dalam berkhidmat kepada sesebuah syarikat diberikan berdasarkan tempoh berkhidmat kepada sesebuah konglomerat itu.

Pekerja sanggup menghabiskan masa yang lama sehingga ke ke hujung minggu dan cuti sekalipun demi memuaskan hati para pentadbir mereka.[3] Malah, kesetiaan kepada syarikat sangat tinggi diterapkan dalam kalangan kakitangan syarikat sehingga penglibatan dalam acara-acara kemasyarakatan dan kemasukan digiatkan secara kuat.

Senarai chaebol mengikut monopoli sunting

Chaebol by each Groups Nilai dalam won Nilai dalam euro Jumlah aset Industri
Samsung Group 221 trilion 180 billion 317.5 Elektronik, insurans, kad, pembinaan bangunan & perkapalan
LG Corporation 115 trilion 94 bilion 69.5 Elektronik, teknologi paparan, kimia, telekomunikasi & perdagangan
Hyundai Kia Automotive Group 107 trilion 87.5 bilion 128.7 Permotoran, penghasilan besi & Penyimpanan
SK Group 105 trilion 85.85 bilion 85.9 Janaan tenaga, telekomunikasi, perdagangan, pembinaan & semikonduktor
GS Group 49.8 trilion 40.7 bilion 39.0 Janaan tenaga, komersil & pembinaan
Lotte Corporation 41.4 trilion 33.85 bilion 54.9 Pembinaan, makanan, janaan tenaga, komersil
Hyundai Heavy Industries Gp 31.3 trilion 25.6 bilion 42.8 Industri berat (including Hyundai Mipo Dockyard)
Hanwha 27.24 trilion 22.27 billion 75.7 Bahan letupan, panel suria, aeroangkasa, kimia, insurans
Hanjin 26.1 trilion 21.34 bilion 29.1 Korean Air, Jin Air, perkapalan, industri berat
Kumho Asiana Group 23.4 trilion 19.13 billion 43.9 Asiana Air, Air Busan, construction, petrokimia, penghasilan tayar
Doosan 21.4 trilion 17.5 bilion 32.7 Industri berat, tenaga atom[4]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Jung, Dong-Hyeon (August 2004). "Korean Chaebol in Transition". China Report. 40 (3): 299–303. doi:10.1177/000944550404000306. Dicapai pada 13 Februari 2013.
  2. ^ Kim, Dong-Woon (April 2003). "Interlocking Ownership in the Korean Chaebol". Corporate governance: an International Review.
  3. ^ Tudor, Daniel (2012). Korea: The Impossible Country. UK: Tuttle.
  4. ^ "연 결 손 익 계 산 서" (dalam bahasa Korean). Dicapai pada 21 July 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)

my web