Chandra Saradavara

Puteri Thailand

Chandra Saradavara, Puteri Phichit (Bahasa Thai: จันทราสรัทวาร; RTGSChanthrasaratthawan; 15 April 1873 - 21 Februari 1905), ialah puteri Siam (kemudian Thailand). Beliau ialah seorang ahli keluarga diraja Siam, anak perempuan Chulalongkorn, Raja Rama V dari Siam.

Chandra Saradavara
Puteri Siam
Puteri Phichit
Nama penuhChandra Saradavara Varolanlaksanasombati Ratanarajakumari
Keputeraan(1873-04-15)15 April 1873
Tempat keputeraanIstana Perama
Bangkok, Thailand
Mangkat21 Februari 1905(1905-02-21) (umur 31)
Tempat mangkatBangkok, Thailand
AyahandaChulalongkorn
BondaSaovabhak Nariratana

Ibunya ialah Puteri Saovabhak Nariratana, anak perempuan raja Ladavalya, Putera Bhumindrabhakdi dan Mom Chin Ladavalya na Ayudhya. Beliau telah diberikan nama penuh oleh bapanya sebagai Chandra Saradavara Varolanlaksanasombati Ratanarajakumari (Bahasa Thai: จันทราสรัทวาร วโรฬารลักษณสมบัติรัตนกุมารี)

Untuk tugas-tugas diraja, beliau ialah salah seorang Naib Presiden Eksekutif Persatuan Unalom Merah, organisasi utama kemanusiaan (kemudian Persatuan Palang Merah Thai), yang diasaskan oleh Ratu Savang Vadhana sebagai ibu penaung. Dan Ratu Saovabha Phongsri telah dilantik sebagai Presiden yang pertama, dan Thanpuying Plien Phasakoravongs bertindak sebagai setiausaha Persatuan. Beliau bekerja sebagai naib presiden eksekutif dengan puteri lain;

Pada 12 Mac 1904, beliau telah diberi gelaran diraja daripada ayahandanya sebagai, puteri Phichit, atau diterjemahkan dalam Thai sebagai Krom Khun Phichit Jessadachandra (Bahasa Thai: กรมขุนพิจิตรเจษฎ์จันทร์). Beliau diberi pangkat Krom Khun, pangkat Krom tahap ke-4.

Puteri Chandra Saradavara mangkat pada 21 Februari 1905, semasa dalam perjalanan memberikan penghormatan kepada mayat saudara tirinya, puteri Srivilailaksana di Istana Bang Pa-In, Wilayah Ayutthaya.

Pingat Diraja Thai sunting

Keturunan sunting

Moyang Puteri Chandra Saradavara, Puteri Phichit Jessadachandra
Puteri Chandra Saradavara, Puteri dari Phichit Bapa:
Chulalongkorn, Raja Rama V dari Siam
Datuk sebelah bapa:
Mongkut, Raja Rama IV dari Siam
Moyang lelaki sebelah bapa:
Buddha Loetla Nabhalai, Raja Rama II dari Siam
Moyang perempuan sebelah bapa:
Ratu Sri Suriyendra
Nenek sebelah bapa:
Ratu Debsirindra
Moyang lelaki sebelah bapa:
Putera Sirivongse, Putera Matayabidaksa
Moyang perempuan sebelah bapa:
Mom Noi Sirivongs na Ayudhya
Ibu:
Puteri Saovabhak Nariratana
Datuk sebelah ibu:
Putera Ladavalya, Putera Bhumindrabhakdi
Moyang lelaki sebelah ibu:
Nangklao, Raja Rama III dari Siam
Moyang perempuan sebelah ibu:
Chao Chom Manda Emnoi
Nenek sebelah ibu:
Mom Chin Ladavalya na Ayudhya
Moyang lelaki sebelah ibu:
tidak diketahui
Moyang perempuan sebelah ibu:
tidak diketahui

Rujukan sunting