Chandrayaan-1 (Sanskrit: चंद्रयान-1, harfiah: kenderaan bulan[1][2]) ialah misi penerokaan bulan pertama India yang dijalankan oleh agensi angkasa lepas kebangsaannya Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO). Misi tanpa manusia ini merangkumi sebuah pengorbit bulan dan sebuah penghentam. Kapal angkasanya dilancarkan oleh sebuah PSLV C11 yang diubahsuai pada 22 Oktober 2008.[3] Kapal angkasa ini berjaya masuk ke orbit bulan pada 8 November 2008.[4]

Chandrayaan-1
PengendaliPertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India
Jenis misiPengorbit
Satelit kepadaBulan
Tarikh Berlepas22 Oktober 2008 dari Sriharikota, India
Kenderaan PelancarPSLV-XL / PSLV-C11) (bentuk pengubahsuaian PSLV)
Tempoh misiDitetapkan: 2 tahun
Dicapai: 312 hari
ID COSPARCHANDRYN1
Laman webChandrayaan-1
Jisim523 kilogram (1,153 lb)
KuasaSuria (750 W)
Unsur orbital
KetaksepusatanHampir bulat
KecondonganKutub
Apoapsisawal 7,500 km (4,660 bt), akhir 100 km (62 bt)
Periapsisawal 500 km (311 bt), akhir 100 km (62 bt)

Pada 14 November 2008, Moon Impact Probe berjaya berpisah dari Chandrayaan dan mendarat di kutub selatan Bulan pada jam 20:31.[5] Dianggarkan kos keseluruhan projek adalah Rs. 3,860 juta.[6]

Satelit bulan penderiaan jauh ini berjisim 1,380 kilogram (3,042 lb) ketika berlepas dan 675 kilogram (1,488 lb) ketika di orbit bulan. [7] Chandrayaan dilengkapi kelengkapan penderiaan jauh berleraian tinggi untuk memperoleh inframerah dekat yang nyata serta frekuensi sinar X lembut dan kasar visible. Selama dua tahun, dikehendaki memantau permukaan bulan untuk menghasilkan peta sifat-sifat kimia bulan lengkap serta topografi tiga dimensi. Kawasan kutub bulan diberi perhatian khusus kerana mungkin mengandungi air batu.[8] Misi bulan ini mengangkut lima buah muatan ISRO dan enam lagi muatan dari agensi-agensi angkasa lain termasuk NASA, ESA, dan Agensi Aeroangkasa Bulgaria yang diangkut secara percuma.[9]

Setelah mengalami beberapa kegagalan kecil, termasuk kerosakan pengesan bintang, Chandrayaan berhenti menghantar isyarat radio pada jam 29 Ogos 2009, 1:30 pagi IST (4 pagi waktu Malaysia). Pusat kawalan bumi sudah terputus hubungan dengan Chandrayaan, maka berakhirlah misinya. Chandrayaan beroperasi selama 312 hari dalam orbit bulan, kurang separuh tempoh misi yang ditetapkan selama dua tahun.[10][11][12][13]

Antara pencapaiannya ialah penemuan kehadiran molekul air secara meluas dalam tanah bulan.[14]

Objektif misi sunting

  • Melancarkan dan mengorbitkan sebuah kapal angkasa dalam orbit kutub bulan dan menjalankan kajian saintifik.
  • Menjalankan pemetaan berleraian tinggi bagi ciri-ciri topografi dalam imej 3D, taburan pelbagai mineral dan spesies kimia berunsur termasuk nuklid-nuklid radioaktif yang melitupi seluruh permukaan bulan dengan menggunakan satu set muatan pengesan jauh. Set data baru itu akan membantu membongkarkan misteri asal-usul dan evolusi Sistem Suria secara amnya dan khusunya Bulan, termasuk komposisi dan mineraloginya.
  • Mencapai matlamat misi iaitu memanfaatkan muatan sains, kapal lunar dan kenderaan pelancar dengan sistem sokongan daratan yang sesuai termasuklah stesen DSN, integrasi dan ujian, pelancaran dan pencapaian orbit bulan ~100 km, pengendalian eksperimen dalam orbit, komunikasi/telecommand, penerimaan data telemetri, data yang boleh dilihat segera dan pengarkiban bagi penggunaan saintifik oleh segolongan saintis yang tertentu.

Rujukan sunting

  1. ^ "candra". Spoken Sanskrit. Dicapai pada 2008-11-05.
  2. ^ "yaana". Spoken Sanskrit. Dicapai pada 2008-11-05.
  3. ^ India launches maiden unmanned moon mission, NavHIND
  4. ^ "Chandrayaan-1 Successfully Enters Lunar Orbit". ISRO. Dicapai pada 2008-11-08.
  5. ^ "Chandrayaan team over the moon". The Hindu. 15 November 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-16. Dicapai pada 2008-11-24.
  6. ^ "How India flew to the Moon economy class". The Times of India. 2008-10-26. Dicapai pada 2008-10-28. Check date values in: |date= (bantuan)
  7. ^ "Spacecraft Description". ISRO. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-28. Dicapai pada 2008-11-04.
  8. ^ Bhandari N. (2005). "Title: Chandrayaan-1: Science goals" (PDF). Journal of Earth System Science. 114: 699. doi:10.1007/BF02715953.
  9. ^ "India sets its sights on the Moon". BBC. 2008-10-21. Dicapai pada 2008-10-22.
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan mission_end_1 tidak disediakan
  11. ^ "Chandrayaan-1 mission terminated". The Hindu. 2009-08-31. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-02. Dicapai pada 2009-08-31.
  12. ^ "Chandrayaan, India's first Moon mission is over: Project Director". Press Trust of India. Indian Express. August 29, 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-29. Dicapai pada 2009-08-29.
  13. ^ http://news.bbc.co.uk/2/hi/south_asia/8228371.stm
  14. ^ "Lunar Missions Detect Water on Moon". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-28. Dicapai pada 2009-09-28.

Pautan luar sunting

Chandrayaan
Payloads