Chang’e 1 (disebut chang-uh, [tʂɑ̌ŋ.ɤ̌]; Cina ringkas: 嫦娥一号pinyin: Cháng'é yī hào) ialah sebuah kapal angkasa lepas robotik (tidak membawa manusia) dari negara China yang mengorbit Bulan. Kapal ini sebahagian daripada fasa pertama program China untuk meneroka Bulan. Kapal angkasa ini diberi nama sempena nama dewi Bulan orang Cina, Chang'e.

Kapal angkasa lepas Chang'e 1

Chang'e 1 dilancarkan pada 24 Oktober 2007 pada 10:05:04 Waktu Universal Selaras (UTC) dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang.[1] Kapal angkasa melepasi orbit pemindahan qamari pada 31 Oktober dan memasuki orbit qamari pada 5 November.[2] Gambar pertama Bulan dikirim pada 26 November 2007.[3] Sebuah peta seluruh perkumakaan qamari yang dibuat daripada data yang dikumpul Chang'e 1 antara November 2007 dan Julai 2008 telah disebarkan pada 12 November 2008.[4][5]

Rujukan sunting

  1. ^ "China's 1st Moon orbiter enters Earth orbit". Xinhua News Agency. October 24, 2007. Dicapai pada 2007-10-24.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-07. Dicapai pada 2013-11-04.
  3. ^ "China publishes first Moon picture". China National Space Administration. November 26, 2007. Dicapai pada 2007-11-26.
  4. ^ "China publishes first map of whole lunar surface". 12 November 2008. Dicapai pada 2008-11-12.
  5. ^ "Chang'E-1 Lunar Mission: An Overview and Primary Science Results" (PDF).

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.