Charles Itandje

Footballer

Charles-Hubert Itandje (lahir 2 November 1982) merupakan pemain bola sepak Cameroon kelahiran Perancis yang kini bermain untuk PAOK FC. Beliau bermain di posisi penjaga gol.

Charles Itandje
Maklumat peribadi
Nama penuh Charles-Hubert Itandje
Tarikh lahir (1982-11-02) 2 November 1982 (umur 41)
Tempat lahir Bobigny, Perancis
Ketinggian 6 ft 4 in (1.93 m)
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
PAOK
Nombor 1
Kerjaya remaja
1997–2000 Red Star
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2000–2001 Red Star 9 (0)
2001–2007 Lens 171 (0)
2007–2010 Liverpool 0 (0)
2009–2010Kavala (pinjaman) 19 (0)
2011–2013 Atromitos 51 (0)
2013– PAOK 12 (0)
2013–2014Konyaspor (pinjaman) 33 (0)
Pasukan kebangsaan
2002 Perancis B21 5 (0)
2013– Cameroon 11 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23 Jun 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 14 Jun 2014

Kerjaya kelab sunting

RC Lens sunting

Beliua dilahirkan di Bobigny dengan keturunan Cameroon. Itandje memulakan kerjaya profesionalnya di RC Lens pada tahun 2001. Beliau telah membuat 170 penampilan liga dan 21 penampilan Eropah.[1] Lens kemudian membenarkan Itandje untuk berpindah ke Liverpool selepas mereka menandatangani dua penjaga gol pada musim panas 2007.

Liverpool sunting

Itandje menandatangani Liverpool pada Ogos 2007,[2] Beliau membuat debut untuk Liverpool menentang Reading pada 25 September dalam perlawanan piala liga, Liverpool menang 4-2.[3] Beliau telah membuat tiga penampilan piala liga dan empat Piala FA untuk Liverpool pada musim 2007-08.

Pada 30 Jun 2010, Itandje kembali ke Liverpool dan kontraknya bersama Liverpool akan tamat pada Januari 2011.

Greece sunting

Pada 29 Ogos 2009, Itandje dipinjam ke Kavala selama satu musim. Beliau mengambil tempat sebagai penjaga gol pertama selepas penjaga gol veteran, Željko Kalac kurang memuaskan. Itandje membuat 19 penampilan untuk Kavala dan beliau mengekalkan 9 rekod tanpa bolos untuk kelab.

Pada 8 Disember 2010, Itandje dilaporkan telah meninggalkan Liverpool sebelum kontraknya tamat serta-merta. Beliau sertai kelab Greece, Atromitos secara percuma pada 1 Januari 2011. Sejak berpindah ke kelab Greece, Itandje menjadi pilihan pertama penjaga gol.

Beliau bermain untuk Atromitos pada perlawanan Piala Greece tetapi tewas 3–0 kepada AEK. Pada Piala Greece edisi seterusnya, mereka tewas sekali pada perlawanan akhir 2-1 kepada Olympiakos. Namun, kelab beliau menduduki tempat kelima liga dan layak ke Liga Europa. Dalam perlawanan kelayakan Liga Europa menentang Newcastle United, Itandje bermain dua perlawanan dengan keputusan Newcastle menang 2-1.

PAOK sunting

Pada 29 Januari 2013, beliau menandatangani kontrak dua tahun bersama PAOK dan beliau menyarung jersi 27.

Pada 10 Julai 2013, beliau menandatangani kontrak pinjaman satu tahun bersama Konyaspor dari PAOK.[4] Itandje membuat debut pada perlawanan pembukaan musim, menang mengejut 3-2 ke atas Fenerbahçe. Sejak itu, Itandje menjadi pilihan peratma penjaga gol di Konyaspor dan mengekalkan sembilan rekod tanpa bolos dalam 33 penampilan.

Kerjaya antarabangsa sunting

Pada 2006, beliau telah dipanggil untuk memilih pemain oleh skuad Perancis ketika beliau bermain untuk Lens.

Pada Oktober 2010, beliau telah dibenarkan oleh FIFA untuk mewakili pasukan kebangsaan Cameroon.

Itandje membuat debut antarabangsa peda perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 menentang Togo.[5] Beliau kemudian bermain untuk Cameroon pada perlawanan pembukaan Piala Dunia FIFA 2014 menentang Mexico.[6] Beliau kemudian meneruskan pada perlawanan berikutnya menentang Croatia dan Brazil. Cameroon tewas pada kesemua perlawanan dan tersingkir pada kejohanan dunia itu.

Statistik kerjaya sunting

Sehingga 30 April 2014
Kelab Musim Liga Piala Benua Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Red Star 2000–01 9 0 9 0
Jumlah 9 0 9 0
  Lens 2001–02 0 0 0 0
2002–03 22 0 22 0
2003–04 36 0 3 0 39 0
2004–05 38 0 38 0
2005–06 37 0 5 0 42 0
2006–07 38 0 8 0 46 0
Jumlah 171 0 16 0 187 0
  Liverpool 2007–08 0 0 4 0 3 0 7 0
2008–09 0 0 0 0
Jumlah 0 0 4 0 3 0 7 0
  Kavala (pinjaman) 2009–10 19 0 2 0 21 0
Jumlah 19 0 2 0 21 0
  Liverpool 2010–11 0 0 0 0
Jumlah 0 0 0 0
  Atromitos 2010–11 7 0 3 0 10 0
2011–12 25 0 5 0 6 0 36 0
2012–13 19 0 2 0 21 0
Jumlah 51 0 8 0 2 0 6 0 67 0
  PAOK 2012–13 10 0 - - 10 0
Jumlah 10 0 - - 10 0
  Konyaspor 2013–14 33 0 - - 33 0
Jumlah 33 0 - - 33 0
Jumlah kerjaya 293 0 14 0 18 0 9 0 334 0

Rujukan sunting

  1. ^ "Charles-Hubert Itandje". Le site du Racing Club de Lens. Dicapai pada 2009-02-16.
  2. ^ "Villa close in on keeper Carson". BBC Sport. 9 August 2007. Dicapai pada 2009-02-16.
  3. ^ McKenzie, Andrew (25 September 2007). "Reading 2–4 Liverpool". BBC Sport. Dicapai pada 2009-02-16.
  4. ^ "Charles Hubert Itandje Konyaspor'umuzda". konyaspor.org.tr. Konyaspor. 10 July 2013. Dicapai pada 10 July 2013.
  5. ^ "Cameroon's World Cup 2014 hopes pinned on Charles Itandje". Daily Telegraph. 9 February 2014. Dicapai pada 30 July 2014.
  6. ^ "Mexico 1 0 Cameroon". BBC Sport. 13 June 2014. Dicapai pada 14 June 2014.