Che Puan Sofie Louise Johansson Petra

Mantan Che Puan Mahkota Kelantan

Yang Berbahagia Che Puan Sofie Louise Johansson Petra (Jawi: چئ ڤوان سوفي لويس يوهانسون ڤيترا; dilahirkan pada (1986-06-06)6 Jun 1986 di Mjölby, Östergötland, Sweden) merupakan isteri kepada Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, mantan Tengku Mahkota Kelantan.

Che Puan Sofie Louise Johansson Petra
Yang Berbahagia Che Puan
Che Puan Mahkota Kelantan
Tempoh pemerintahan2 Ogos 2022 – 4 Januari 2024
Pemasyhuran12 November 2022
PendahuluTengku Zubaidah (sebagai Tengku Ampuan Mahkota)
PenggantiKosong
KeputeraanSofie Louise Johansson
(1986-06-06)6 Jun 1986 (Umur 37 tahun, 9 bulan dan 23 hari)
Mjölby, Östergötland, Sweden
PasanganDr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra (k. 2019)
AnakandaTengku Muhammad Johan Petra
Nama diraja
Che Puan Sofie Louise Johansson Petra
AgamaIslam

Kehidupan peribadi sunting

Che Puan Sofie Louise Johansson Petra membesar di Mantorp, Mjölby, bandar yang terletak di utara Sweden dan aktif menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan sejak di bangku sekolah lagi.[1]

Beliau mempunyai kelulusan pendidikan dalam Bahasa Inggeris dan Sosiologi serta turut dikenali oleh rakan-rakannya sebagai seorang yang baik hati, kelakar dan begitu menggemari makanan cina.[2]

Beliau juga telah berkenan untuk melanjutkan pengajian di Universiti Malaysia Kelantan dengan mengambil jurusan Bahasa Melayu dan Pengajian Islam.[3]

Beliau juga adalah Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Kelantan dan Duta Diraja Membaca.

Perkahwinan dan anakanda sunting

Pada 19 April 2019, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra direstui untuk berkahwin di Istana Balai Besar. Perkahwinan mereka telah disempurnakan oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan, Yang Arif Dato' Aria D'Raja Dato' Daud Muhammad.[4][5]

Pasangan diraja ini telah dikurniakan anakanda pertama dan putera sulung diberi nama Tengku Muhammad Johan Petra yang diputerakan pada 17 Julai 2023.[6][7][8]

Keluarga dan Kerabat sunting

Che Puan Sofie Louise Johansson Petra berkahwin dengan Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra pada 19 April 2019. Pasangan diraja ini dikurniakan dengan seorang putera.

Nama Keputeraan Tempat Keputeraan Umur
Yang Mulia
Tengku Muhammad Johan Petra
(2023-07-17)17 Julai 2023 Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan 8 bulan dan 12 hari

Panggilan dan gelaran sunting

Gelaran hormat bagi
Che Puan Sofie Louise Johansson Petra
 
Gaya panggilan Yang Berbahagia
Gaya pertuturan Yang Berbahagia
Gaya pilihan Che Puan

Che Puan Sofie Louise Johansson Petra telah dikurniakan pangkat kemuliaan dengan gelaran Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan oleh kekanda iparnya KDYMM Sultan Kelantan[9], Sultan Muhammad V pada 2 Ogos 2022[10] sehingga 4 Januari 2024.[11]

  • 6 Jun 1986 - 19 April 2019 : Cik Sofie Louise Johansson
  • 19 April 2019 - 2 Ogos 2022 : Yang Berbahagia Che Puan Sofie Louise Johansson
  • 2 Ogos 2022 - 4 Januari 2024 : Yang Teramat Mulia Che Puan Sofie Louise Johansson Petra, Che Puan Mahkota Kelantan[12]
  • 4 Januari 2024 - kini : Yang Berbahagia Che Puan Sofie Louise Johansson Petra

Nama penuh berserta gelaran rasmi beliau ialah:

Yang Berbahagia Che Puan Sofie Louise Johansson Petra, S.P.M.K.

Darjah kebesaran sunting

Che Puan Sofie Louise Johansson Petra telah dikurniakan:

Penghargaan Kelantan sunting

Anugerah sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2020 NONA Superwoman Award NONA Royal Award[14] Menang[15]

Rujukan sunting

  1. ^ Kenali Cik Puan Sofie Louise Johansson, Suri Hati Tengku Mahkota Kelantan[pautan mati kekal]
  2. ^ Attiqah Mohd (15 September 2020). Walaupun berstatus Puteri Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie bijak menyesuaikan diri dengan budaya Melayu. Xtra. Dicapai pada 5 September 2023.
  3. ^ Hamizatul Maizan (14 Oktober 2019) Che Puan Sofie belajar kursus Bahasa Melayu & Pengajian Islam Di UMK. Nona. Dicapai pada 5 September 2023.
  4. ^ Rosmiza Kasim (19 April 2019). "Tengku Mahkota Kelantan selamat dinikahkan dengan Cik Puan Sofie". Sinar Harian. Dicapai pada 11 Mei 2023.
  5. ^ Profil Cik Puan Sofie Louise Johansson
  6. ^ Wartawan SinarPlus (24 Julai 2023). "Tengku Muhammad Johan Petra putera menyerikan rumah tangga Tengku Mahkota dan Che Puan Mahkota Kelantan". Sinar Harian. Dicapai pada 24 Julai 2023.
  7. ^ Wartawan SinarPlus (19 Julai 2023). "Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Johansson Petra selamat lahirkan anakanda pertama". Sinar Harian. Dicapai pada 19 Julai 2023.
  8. ^ "Tengku Mahkota Kelantan dikurnia putera pertama".
  9. ^ Yatimin Abdullah (2 Ogos 2022). "Sultan Muhammad V turut mengampuni perkenan mengurniakan pangkat kemuliaan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan ke hadapan Che Puan Sofie Lousie Johansson Petra, isteri kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2 Ogos 2022.
  10. ^ Suzi. (5 Ogos 2022). Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah ke atas Yang Teramat Mulia Che Puan Sofie Louise Johansson Petra atas kurniaan Pangkat Kemuliaan yang membawa gelaran Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan. Nona. Dicapai pada 5 September 2023.
  11. ^ (18 Januari 2024). Tengku Muhammad Fa-iz Petra dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan oleh Sultan Muhammad V. Malaysiakini. Dicapai pada 23 Januari 2024.
  12. ^ Nor Fazlina Abdul Rahim. (2 Ogos 2022). Sultan Muhammad V juga mengampuni perkenan mengurniakan pangkat kemuliaan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan kepada Yang Teramat Mulia Che Puan Sofie Louise Johansson Petra, iaitu isteri kepada Tengku Mahkota Kelantan. Harian Metro. Dicapai pada 5 September 2023.
  13. ^ Rosalwani Che Soh (12 November 2022) Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra menerima darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Kelantan (SPMK) membawa kepada gelaran Dato'. Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 September 2023.
  14. ^ (15 Disember 2020) Malam Pengiktirafan Nona Superwoman Award 2020. Rasa. Dicapai pada 6 Januari 2024.
  15. ^ (21 Disember 2020) NONA SUPERWOMAN 2020 Raikan Kejayaan Wanita Pencetus Inspirasi. Nona. Dicapai pada 6 Januari 2024.