Chelsia Ng (Cina ringkas: 伍家丽Pe̍h-ōe-jī: Ngó͘ Ke-lē; lahir 25 Disember 1981) ialah seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia, berasal dari Pulau Pinang.[1][2][3]

Chelsia Ng
Kelahiran (1981-12-25) 25 Disember 1981 (umur 42)
PekerjaanPelakon, penyanyi, model
Tahun aktif1998–kini
Ketinggian168 cm (5 ka 6 in)

Biografi sunting

Ng dilahirkan pada 25 Disember 1981 di Pulau Pinang, iaitu bersempena dengan sambutan Hari Krismas. Beliau mula menceburi persada seni dengan menyanyikan lagu "Empty Decorations" bersama Douglas Lim bagi siri komedi berbahasa Inggeris tempatan, Kopitiam. Tidak lama kemudian wajah beliau muncul dalam siri yang sama sebagai watak Rain, pembantu kedai gunting rambut milik watak Steven (Lim).[4]

Selain Kopitiam beliau juga menjadi seorang daripada barisan pelakon utama komedi Cina tempatan Homecoming serta pemegang watak sampingan dalam Tin Gei Bin.

Ng muncul buat kali pertama dalam layar besar dalam Salon arahan Woo Ming Jin lakonan bersama Pierre Andre dan Raja Farah yang dikeluarkan pada tahun 2005. Persembahan beliau dalam filem itu membolehkan beliau dicalonkan untuk Anugerah Pelakon Wanita Pembantu Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-19 tahun kemudiannya.

Pada tahun 2006 Ng kembali aktif berlakon menerusi drama Realiti di 8TV, yang mana beliau memegang watak Melody. Beliau juga pernah muncul sebagai juri undangan pertama di What Women Want.

Pada tahun 2008, beliau menyertai barisan pelakon drama Ghost dan Ampang Medikal. Pada 2009, Ng memegang watak Yvonne, rakan karib Miasara lakonan Liyana Jasmay dalam filem Papadom arahan Afdlin Shauki. Beliau kembali menjayakan peranannya dalam kesinambungannya yang ditayangkan pada 2013.

Ng melancarkan album pertamanya bertajuk Here With You di bawah label Warner Music Malaysia.[5]

Ng memegang watak sebagai Janice dalam telefilem Rongples Rongtaim arahan Yusry KRU lakonan bersama Tauke Jambu, Kamal Adli, Bell Ngasri, Chew Kin Wah dan Ayahanda Rani Kulup. Telefilem ini disiarkan di slot Karya 12 Astro Citra.[6]

Beliau muncul dalam filem bertajuk You Mean The World To Me yang ditayangkan pada 2017.[7]

Filemografi sunting

Diskografi sunting

  • Here With You (2013)

Rujukan sunting

  1. ^ Kamin, Azhariah (10 November 2009). "Soul mates". The Star (Malaysia). Dicapai pada 15 January 2010.
  2. ^ Chandran, Sheela (2 September 2006). "It's all real". The Star (Malaysia). Dicapai pada 15 January 2010.
  3. ^ Lee Mei Li (6 Oktober 2015). Chelsia Ng talks about staying fit, not just thin ‘‘The Star Online. Dicapai pada 6 Jun 2016.
  4. ^ Azalea Azuar (30 Ogos 2019). Kopitiam time with Chelsia Ng The Malaysian Reserve. Dicapai pada 12 April 2020.
  5. ^ William KC Kee (21 Januari 2015). Chelsia Ng re-releases her album and stars in an ambitious hokkien film The Star Online. Dicapai pada 22 Mei 2015.
  6. ^ Loong Wai Ting (8 April 2016). Chelsia Ng to star opposite Abdul Rani Kulup in telemovie New Straits Times. Diperoleh pada 8 Mac 2018.
  7. ^ Actress Chelsia Ng goes retro in You Mean The World To Me New Straits Times (4 Januari 2016). Dicapai pada 6 Jun 2016.

Pautan luar sunting