Christian Sugiono (lahir 25 Februari 1981 di Jakarta, Indonesia) ialah seorang pelakon dan model Indonesia. Namanya dikenali sekitar tahun 2005 setelah berlakon dalam filem Cacatan Akhir Sekolah dan beberapa filem, seperti Jomblo dan lain-lain. Dalam filem Dunia Mereka, Christian turut dicalonkan sebagai pelakon terpuji versi Festival Filem Bandung. Christian adalah Duta Pengetahuan Bebas (2009) yang menjadi program Jabatan Komunikasi dan Maklumat Republik Indonesia.[1] dan duta Microsoft Windows 7.

Christian Sugiono
Kelahiran (1981-02-25) 25 Februari 1981 (umur 43)
PekerjaanPelakon, Model
Tahun aktif2005 - kini
PasanganTiti Kamal
Anak-anakArjuna Zayan Sugiono

Kerjaya sunting

Kerjayanya di dunia hiburan bermula sejak masa sekolah menengah atas. Ia difoto pertama kali untuk sampul tahunan majalah Hai pada tahun 1997, lalu berlanjut menjadi model fashion, catwalk, serta menjadi pelakon dalam beberapa iklan dan klip video.

Semasa belajar di Hamburg, Jerman, Christian lebih banyak fokus pada belajar dan menulis liputan berbagai konser untuk diterbitkan di majalah MTV Trax di Indonesia.

Sekembalinya dari Jerman pada tahun 2006, ia kembali aktif dalam bidang lakonannya. Debutnya adalah sebagai pelakon dalam filem Tipu Kanan Tipu Kiri, sebuah filem produksi Malaysia yang ditayangkan di Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, dan India. Dalam filem ini Christian menjadi pelakon utama, berpasangan dengan Titi Kamal. Selain pemain dari Indonesia, filem ini juga bertaburan bintang-bintang dari Malaysia dengan krew dari industri filem terbesar di Asia, Bollywood, India.

Selain akting, Christian juga menyandang 3 icon brand ternama, yaitu Close Up (2006 - sekarang), Gatsby (2008), dan Hewlett Packard (2008).

Filemografi sunting

Sinetron sunting

Filem sunting

  • Catatan Akhir Sekolah (2005)
  • Cinta Silver (2005)
  • Jomblo (2006)
  • Foto Kotak Dan Jendela (2006)
  • Dunia Mereka (2006)
  • Jakarta Undercover (2007)
  • Tipu Kanan Tipu Kiri (2008)
  • Saus Kacang (2008)
  • Rasa (2008)
  • Kabayan Jadi Milyuner (2010)
  • Sang Pialang (2013)
  • Aku, Kau Dan Kua (2014)
  • Bumi Manusia (2019)

Rujukan sunting

  1. ^ Maryadi & Rahmawati G. Christian Sugiono Jadi Duta Pengetahuan Diarkibkan 2010-07-25 di Wayback Machine. VivaNews. Edisi 20-03-2009.

Pautan luar sunting