Yang berhormat Datuk Chua Tee Yong (lahir 19 Oktober 1977) adalah ahli politik berketurunan Cina memegang jawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Ahli Parlimen P142 Labis, Johor dari Barisan Nasional. Chua Tee Yong adalah Ketua Biro Profesional Muda MCA pusat.

Yang Berbahagia Datuk

Chua Tee Yong

DPSM (Melaka)
Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
Memegang jawatan
2023
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriAlexander Nanta Linggi
PengerusiHasni Mohammad
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II
Dalam jawatan
28 Jun 2016 – 10 Mei 2018
Didahului olehLee Chee Leong
Digantikan olehOng Kian Ming
Timbalan Menteri Kewangan II
Dalam jawatan
27 Jun 2014 – 27 Jun 2016
Didahului olehDonald Lim Siang Chai
Digantikan olehLee Chee Leong
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Dalam jawatan
1 Jun 2010 – 15 Mei 2013
Didahului olehRohani Abdul Karim
Digantikan olehTajuddin Abdul Rahman
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P142 Labis, Johor
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 10 Mei 2018
Didahului oleh Chua Soi Lek
Digantikan oleh Pang Hok Liong
Butiran peribadi
Lahir (1977-10-19) 19 Oktober 1977 (umur 46)
Johor, Malaysia
Parti politik BN-MCA
PasanganDatin Yap Lee Yune (叶丽云)
BapaChua Soi Lek
PekerjaanAhli Parlimen
ProfesionAkauntan

Chua Tee Yong seorang akauntan dan bekas ketua pegawai kewangan di sebuat syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Latarbelakang peribadi sunting

Beliau adalah anak Tan Sri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA.

Pilihan raya sunting

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari DAP, Teo Eng Ching dengan majoriti sebanyak 4,094 undi. Beliau memperolehi 13,658 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 9,564 undi. Parlimen Labis pernah dimenangi oleh bapanya Chua Soi Lek. Parlimen Labis mempunyai 3 DUN iaitu Bekok - Tan Kok Hong dari MCA dan Tenang - (Sulaiman Taha).[1]

Isu syarikat Talam di Selangor sunting

Pada Julai 2012, Chua Tee Yong mendedahkan bahawa syarikat Talam Corporation Berhad (kini Trinity Corporation) berjaya menjual tanah pegangan pajak seluas 2,263 ekar yang terletak di Bestari Jaya kepada kerajaan Selangor pada harga RM181 juta. Harga itu RM42 juta lebih tinggi daripada harga pasaran.Sedangkan tanah itu masih belum bebas daripada bebanan dan masih digadai kepada institusi kewangan. Malah 1,013 ekar atau 44 peratus daripadanya mempunyai komplikasi. 438 ekar tanah itu adalah tanah yang berada di bawah air dan perlu kos RM50 hingga RM100 juta untuk tebusguna tanah. 575 ekar lagi, kerajaan Selangor telah mewartakannya sebagai 'kawasan simpanan untuk hutan dan ekologi' yang tiada banyak nilai komersil. Wujud taktik pemindahan aset, taktik penstrukturan semula dan pelaksanaan korporat. Tee Yong mencabar Abdul Khalid mendedahkan segala transaksi memandangkan Pakatan Rakyat mendakwa mereka mengamalkan pentadbiran telus dan adil.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan bahawa Kerajaan negeri Selangor akan mendakwa mereka yang memfitnah mereka telah menyalahguna dana bernilai RM1 bilion. [2] Malah Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mendakwa kerugian Talam hampir selesai apabila proses pemulihan hutang dibuat oleh kerajaan Selangor. Talam telah melupuskan aset bernilai RM676 juta bagi melunaskan hutang RM392 juta.[3][4] Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed menyatakan BN Selangor akan membuat laporan kepada SPRM, Bahagian Jenayah Komersial PDRM, Bursa Saham Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berhubung isu Talam.[5] Dedahkan juga rekod transaksi hartanah yang dimiliki oleh KDEB (Kumpulan Darul Ehsan Bhd) dan PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.[6]

Keputusan pilihan raya sunting

Parlimen Malaysia: P142 Labis, Johor[7][8][9]
Tahun Kerajaan Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan Pengundi Majoriti Peratusan unjuran
2008 Chua Tee Yong (MCA) 13,658 56.72% Teo Eng Ching (DAP) 9,564 39.72% 24,080 4,094 71.95%
2013 Chua Tee Yong (MCA) 15,821 49.47% Ramakrishnan Suppiah (DAP) 15,468 48.37% 31,978 353 84.90%
2018 Chua Tee Yong (MCA) 13,301 % Pang Hok Liong (DAP) 16,709 % %
Ahmad Sarchu Sawal (PAS) 2,020 %

Rujukan sunting

  1. ^ "Chua Jr retains dad's Labis seat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-11. Dicapai pada 2021-09-25.
  2. ^ MCA Dakwa Talam Jual Tanah Pajak RM42 Juta Lebih Tinggi Daripada Harga Pasaran
  3. ^ Chua Cabar DAP Pertahan Isu Talam
  4. ^ MCA Cabar Kerajaan Selangor Perjelas Skandal RM1 Bilion
  5. ^ BN Selangor Alu-alukan Saman Kerajaan Negeri Isu Skandal RM1 Bilion
  6. ^ Skandal RM1 Bilion Di Selangor Akan Dibongkar
  7. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 14 April 2010. Percentage figures based on total turnout, including votes for third parties. Results before 1986 election unavailable.
  8. ^ "Pilihan raya umum Malaysia". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
  9. ^ "Malaysia General Election 2013". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 8 May 2016. Results only available for the 2013 election.