Charles Martin "Chuck" Jones (21 September 1912 - 22 Februari 2002) ialah seorang juruanimasi, pembikin filem, kartunis, penulis, pelukis dan penulis skrip Amerika Syarikat,[2][3] dikenali menerusi karyanya bersama Warner Bros. Cartoons bagi filem-filem pendek Looney Tunes dan Merrie Melodies. Beliau menulis, menerbitkan dan/atau mengarah sejumlah filem pendek kartun animasi klasik yang menampilkan Bugs Bunny, Daffy Duck, Wile E. Coyote and the Road Runner, Pepé Le Pew, Porky Pig, Michigan J. Frog, Three Bears, dan beberapa watak Warner yang lain.

Chuck Jones
Jones pada 1978.
Kelahiran
Charles Martin Jones

(1912-09-21)21 September 1912
Meninggal duniaFebruari 22, 2002(2002-02-22) (umur 89)
Newport Beach, California, A.S.
Nama lainBapa Animasi Kontemporari
M. Charl Jones
Pusat pendidikanInstitut Kesenian Chouinard
PekerjaanJuruanimasi, pengarah, penerbit, penulis lakon layar
Tahun aktif1931–2000[1]
MajikanWarner Bros. Cartoons (1933-1962)
Walt Disney Animation Studios (1953)
Sib Tower 12 Productions (1962-1970)
PasanganDorothy Webster (k. 1935; kematiannya 1978)
Marian Dern (k. 1981; kematiannya 2002)
Anak-anak1
Laman web rasmiwww.chuckjones.com

Selepas kerjayanya di Warner Bros. tamat pada 1962, Jones menubuhkan Sib Tower 12 Productions (kemudian dikenali sebagai MGM Animation/Visual Arts), dan mula menghasilkan kartun untuk Metro-Goldwyn-Mayer, termasuk siri baru Tom and Jerry dan adaptasi siri Dr. Seuss' How the Grinch Stole Christmas!. Beliau kemudiannya menubuhkan studionya sendiri, Chuck Jones Enterprises, yang menghasilkan beberapa rancangan kartun pendek khas, dan bekerja dengan karya berkaitan Looney Tunes.[4]

Jones dicalonkan untuk lapan Anugerah Akademi, memenangi tiga kali. Beliau memenangi kartun For Scent-imental Reasons, So Much for So Little, dan The Dot and the Line. Robin Williams mempersembahkan Jones dengan Anugerah Akademi Kehormatan pada tahun 1996 untuk kerja ikoniknya dalam industri animasi.[5] Ahli sejarah filem Leonard Maltin memuji hasil kerja Jones di Warner Bros., MGM dan Chuck Jones Enterprises. Beliau juga mengatakan bahawa "perselisihan" yang mungkin ada antara Jones dan rakan sekerja Bob Clampett ialah kerana mereka amat berbeza antara satu sama lain. Dalam Jerry Beck's The 50 Greatest Cartoons, sepuluh daripada penyertaan diarahkan oleh Jones, dengan empat dari lima kartun teratas (termasuk tempat pertama) yang menjadi karya pendek Jones.

Beliau meninggal dunia pada 22 Februari 2002 akibat kegagalan jantung pada usia 89 tahun.[6]

Penerbitan sunting

  • Chuck Jones; Steven Spielberg (February 19, 1990). Chuck Amuck: The Life and Times of an Animated Cartoonist. Simon & Schuster Ltd. ISBN 978-0671710248.
  • Jones, Chuck (1996). Chuck Reducks: Drawing from the Fun Side of Life. New York: Warner Books. ISBN 0-446-51893-X.
  • Chuck Jones (July 1997). Daffy Duck for President. Warner Bros. ISBN 978-1890371005.
  • Stefan Kanfer; Chuck Jones (May 1, 2000). Serious Business: The Art and Commerce of Animation in America from Betty Boop to Toy Story. Da Capo. ISBN 978-0306809187.
  • Chuck Jones (December 27, 2011). Chuck Jones: The Dream that Never Was. IDW Publishing & The Library of American Comics. ISBN 978-1613770306.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.achievement.org/achiever/chuck-jones/
  2. ^ Jones, Chuck (1989). Chuck Amuck : The Life and Times of an Animated Cartoonist, New York: Farrar Straus & Giroux; ISBN 0-374-12348-9
  3. ^ Jones, Chuck (1996). Chuck Reducks: Drawing from the Fun Side of Life. New York: Warner Books; ISBN 0-446-51893-X
  4. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada August 21, 2016. Dicapai pada 2016-08-08.CS1 maint: archived copy as title (link)
  5. ^ "Golden Plate Awardees of the American Academy of Achievement". www.achievement.org. American Academy of Achievement.
  6. ^ Martin, Hugo (February 23, 2002). "Chuck Jones, 89; Animation Pioneer". Los Angeles Times. Dicapai pada 2014-04-22.

Sumber sunting

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting