Chuck Schumer

ahli politik amerika

Charles Ellis Schumer (/ˈʃmər/; lahir 23 November 1950) ialah seorang ahli politik Amerika Syarikat yang berkhidmat sebagai ketua majoriti Senat A.S. sejak tahun 2021. Seorang anggota Parti Demokrat, Schumer ialah Senator kanan Amerika Syarikat dari New York, kerusi yang didudukinya sejak tahun 1998. Beliau merupakan dekan terkini delegasi kongres New York.

Chuck Schumer
Ketua Majoriti Senat
Memegang jawatan
20 Januari 2021
TimbalanDick Durbin
Didahului olehMitch McConnell
Ketua Minoriti Senat
Dalam jawatan
3 Januari 2017 – 20 Januari 2021
TimbalanDick Durbin
Didahului olehHarry Reid
Digantikan olehMitch McConnell
Senator Amerika Syarikat
dari New York
Memegang jawatan
3 Januari 1999
Berkhidmat dengan Kirsten Gillibrand
Didahului olehAl D'Amato
Butiran peribadi
LahirCharles Ellis Schumer
(1950-11-23) 23 November 1950 (umur 73)
Brooklyn, Bandar Raya New York, A.S.
Parti politikDemokrat
PasanganIris Weinshall (k. 1980)
Anak-anak2
PendidikanUniversiti Harvard
Tandatangan
Laman web rasmiLaman web Senat

Anak jati Brooklyn dan graduan Kolej Harvard dan Harvard Law School, Schumer ialah ahli tiga penggal Dewan Negeri New York dari tahun 1975 sehingga 1980. Schumer berkhidmat sebagai Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari tahun 1981 sehingga 1999 yang mewakili daerah kongres ke-16 New York. Beliau mewakili daerah kongres ke-10 dan ke-9 masing-masing pada tahun 1983 dan 1993. Pada tahun 1998, Schumer dipilih sebagai Senator A.S. selepas mengalahkan penyandang tiga penggal, Al D'Amato Republikan. Beliau kemudiannya dipilih semula pada tahun 2004 dengan 71 peratus undian, pada tahun 2010 dengan 66 peratus undian dan pada tahun 2016 dengan 70 peratus undian.

Schumer ialah pengerusi Jawatankuasa Kempen Senat Demokratik dari tahun 2005 sehingga 2009, di mana beliau menyaksikan 14 anggota Demokrat bertambah di Senat pada pilihan raya tahun 2006 dan 2008. Beliau berada di tangga ranking ketiga Demokrat di Senat, di belakang ketua minoriti Senat, Harry Reid dan ketua Whip Minoriti Dick Durbin. Beliau berkhidmat sebagai Naib Pengerusi Kaukus Demokratik di Senat dari tahun 2007 sehingga 2017[1] dan bekas pengerusi Jawatankuasa Dasar Demokratik Senat dari tahun 2011 sehingga 2017.[2] Schumer memenangi penggal keempatnya di Senat pada tahun 2016 dan sebulat suara beliau dipilih sebagai ketua minoriti untuk menggantikan Harry Reid yang akan bersara.[3][4] Beliau kemudiannya menjadi ketua Majoriti Senat apabila parti Demokrat berjaya menguasai Senat pada 20 Januari 2021.

Schumer berkahwin dengan Iris Weinshall pada 21 September 1980. Upacara perkahwinan berlangsung di Windows on the World di bahagian atas utara menara World Trade Center.[5] Weinshall ialah pesuruhjaya pengangkutan Bandar Raya New York dari tahun 2000 sehingga 2007.[6]

Schumer mempunyai dua anak, Jessica dan Alison, kedua-duanya graduan Kolej Harvard. Pada tahun 2018, Chuck Schumer menjadi datuk kepada anak lelaki Jessica, Noah.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ "Leadership - Senate Democrats". senate.gov. March 11, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada November 4, 2011. Dicapai pada October 20, 2011.
  2. ^ Wong, Scott (November 16, 2010). "Democrats, Republicans reelect Senate leaders". Politico. Dicapai pada August 16, 2013.
  3. ^ Yee, Vivian (November 8, 2016). "Chuck Schumer Wins 4th Term in Senate". The New York Times. Dicapai pada November 27, 2016.
  4. ^ O'Keefe, Ed; DeBonis, Mike (November 16, 2016). "Schumer is next top Senate Democrat, adds Sanders to leadership ranks". The Washington Post. Dicapai pada November 27, 2016.
  5. ^ Photo from Senate bio. Retrieved January 26, 2007. Diarkibkan Disember 27, 2006, di Wayback Machine
  6. ^ "Biography of Commissioner Weinshall". nyc.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada July 7, 2006. Dicapai pada October 9, 2005.
  7. ^ Fisher, Alyssa (November 28, 2018). "Chuck Schumer's First Grandchild Named 'Melvin' After Cabbie Ancestor". The Forward. Dicapai pada 18 August 2020.

Pautan luar sunting

 
Wikisource