Chuping merupakan sebuah pekan dan mukim yang terletak di Perlis, Malaysia. Penanaman tebu yang terbesar di Malaysia terletak di sini.[perlu rujukan]

Semasa dahulu, Bukit Chuping menjadi punca pengeluaran baja tahi kelawar. Bukit Chuping ialah bukit batu mendap batu kapur yang mempunyai gua yang terdapat kelawar. Semasa dahulu, baja tahi kelawar ini satu baja yang ada untuk tanaman terutama tanaman padi kerana ia mengandungi kalsium dan besi yang mengikat fosfat. Apabila baja ini diletakan pada sawah padi yang terendam, pembebasan fosfat dan kalsium menyuburkan lagi tanaman.[perlu rujukan]

Chuping menjadi lokasi pengambaran filem KL Menjerit dan KL Menjerit 1.[perlu rujukan]

Iklim sunting

Pada 9 April 1998, Chuping telah merekodkan suhu tertinggi dan terpanas di Malaysia iaitu 40.1 °C (104.2 °F).[1]

Chuping menerima lebihan purata hujan sedikit lebih daripada 2,000 mm (79 in) setahun dan kumulatif hujan jika dibandingkan di tempat-tempat lain di Malaysia, kerana itu Chuping dikategori salah satu tempat paling kering di Malaysia. Musim panas kering boleh berlaku ketika bulan Disember hingga Februari, namun boleh lebih lama daripada 100 mm (3.9 in) taburan hujan. Manakala bulan Mac hingga November ialah musim hujan.

Purata hujan Chuping 2013 boleh dibandingkan di tempat-tempat lain dalam Malaysia mengikut Julat Purata Hujan Lokasi-lokasi di Malaysia 2013

Data iklim untuk Hujan Chuping tahun 2013 (Purata Hujan : 2002-2012)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata kerpasan, mm (inci) 31
(1.2)
87.8
(3.46)
29.6
(1.17)
191.8
(7.55)
218
(8.6)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
558.2
(21.98)
Purata curahan hujan, mm (inci) 92.8
(3.65)
96.3
(3.79)
212.4
(8.36)
200.9
(7.91)
132.8
(5.23)
124.6
(4.91)
184
(7.2)
204.1
(8.04)
241.4
(9.50)
206.3
(8.12)
227.6
(8.96)
100.2
(3.94)
2,023.4
(79.61)
Sumber: Malaysian Meteorological Department
Data iklim untuk Taburan Hujan di Chuping tahun 2012
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata kerpasan, mm (inci) 170.2
(6.70)
153.8
(6.06)
199.6
(7.86)
258
(10.2)
169.8
(6.69)
64.2
(2.53)
137.6
(5.42)
125.2
(4.93)
246.6
(9.71)
174.9
(6.89)
241
(9.5)
141.8
(5.58)
2,082.7
(82.07)
Sumber: Malaysian Meteorological Department
Data iklim untuk Taburan Hujan di Chuping tahun 2011
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata kerpasan, mm (inci) 68.2
(2.69)
153
(6.0)
407
(16.0)
102
(4.0)
93
(3.7)
210.8
(8.30)
97.2
(3.83)
301.2
(11.86)
329.8
(12.98)
109
(4.3)
193.4
(7.61)
114.6
(4.51)
2,179.2
(85.78)
Sumber: Malaysian Meteorological Department
Stesen Meteorologi - Chuping
'Tahun 'Taburan hujan
2012
2,082.7 mm (82.00 in)
2011
2,179.2 mm (85.80 in)
2010
2,201.9 mm (86.69 in)
2009
2,107.1 mm (82.96 in)
2008
1,772.4 mm (69.78 in)
2007
2,128.6 mm (83.80 in)
2006
2,164.8 mm (85.23 in)
2005
2,155.3 mm (84.85 in)
2004
1,721.8 mm (67.79 in)
2003
1,837.3 mm (72.33 in)
2002
1,902.6 mm (74.91 in)
Sumber Jabatan Statistik Malaysia

Sistem Pengering Suria sunting

Di Chuping juga terdapat sebuah sistem pengering suria yang dibangunkan dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia dan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. Pengering ini digunakan untuk mengeringkan tanaman kenaf atau Hibiscus Cannabinus L yang banyak ditanam di lembah Chuping. Kenaf merupakan tanaman komoditi ketiga negara selepas kelapa sawit dan getah. Haba suria yang diserap menggunakan teknologi solar thermal akan disimpan di dalam tangki simpanan haba, kemudian disalurkan ke dalam kebuk pengeringan untuk tujuan pengeringan. Penggunaan sistem pengering termaju ini boleh meningkatkan hasil, kualiti dan produktiviti kenaf di Chuping.

Rujukan sunting

  1. ^ "General Climate Information". Malaysia Meteorological Department. Dicapai pada 2010-09-23.