Cik Cinderella dan Encik Tengku

Cik Cinderella dan Encik Tengku ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2015 arahan Eoon Shuhaini yang diadaptasi dari novel 2014 dengan judul sama terbitan Karya Seni yang ditulis oleh Airisz. Dibintangi oleh Zahirah MacWilson dan Shukri Yahaya, ia bersiaran di TV3 menerusi Slot Lestary mulai 16 Disember 2015 hingga 27 Januari 2016 menggantikan Kau Aku Kita.[1][2]

Cik Cinderella dan Encik Tengku
GenreDrama
Cinta
Komedi
Berdasarkan daripada
Cik Cinderella dan Encik Tengku (novel) oleh Airisz
PenciptaAirisz
PengarahEoon Shuhaini
Dibintangi oleh
Zahirah MacWilson
Shukri Yahaya
Lagu pembukaan"Hey! Kau" oleh Sandra Dianne
Lagu penutup"Hey! Kau" oleh Sandra Dianne
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
PenerbitDato’ Jaspal Singh
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Orangetree Productions
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal16 Disember 2015 – 27 Januari 2016
Kronologi
MengikutiKau Aku Kita
Diikuti olehMarried Tapi Benci

Sinopsis sunting

Puteri Nuraisha (Zahirah MacWilson) yang hidup dengan seorang ibu tiri dan kakak tiri. Ayahnya, Megat, sering melebihkan kakak tirinya iaitu Sha (Puteri Aishah). Puteri mempunyai seorang tunang bernama Ashraf (Shah Iskandar), dimana pertunangan mereka adalah disebabkan amanat arwah ibu Puteri yang mahu dia dan Ashraf disatukan. Ashraf bagi Puteri adalah seorang lelaki yang sering ingin menumpang kesenangan kerana dia sudah terbiasa dilimpahkan wang oleh keluarganya sendiri.

Perkenalan Puteri dengan Daniel (Shukri Yahaya), seorang peguam muda yang romantis, lucu dan baik hati di tempat kerja sedikit demi telah membuatkan Puteri jatuh cinta terhadap Daniel. Bagi Puteri, Daniel sangat menyenangkan tetapi dalam masa yang sama Puteri dihimpit rasa bersalah kerana dia terikat dengan amanat arwah ibunya itu.

Tanpa diketahui oleh Puteri, kakak tirinya, rupa-rupanya sudah lama menjalinkan hubungan cinta dengan Ashraf tanpa diketahui oleh sesiapa. Sehinggalah pada suatu hari, satu kejadian yang memalukan telah mengucar-kacirkan persiapan perkahwinan Puteri dan Ashraf yang telah dirancang rapi oleh ibu tirinya.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Muzik dan runut bunyi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Sinopsis drama Cik Cinderella dan Encik Tengku Sensasi Selebriti (9 Disember 2015). Dicapai pada 9 Disember 2015.
  2. ^ Cik Cinderella dan Encik Tengku My Info Taip (23 Disember 2015). Dicapai pada 23 Disember 2015.
TV3: Lestary, Rabu–Khamis, 9.00 malam
Sebelumnya Cik Cinderella dan Encik Tengku Berikutnya
Kau Aku Kita Married Tapi Benci