Cik Menyalara atau Menjelara ialah ibu kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Tunku Abdul Rahman menulis nama ibunya sebagai Menyelara. Menyelara bukan berdarah gahara, tetapi orang kebanyakan. Oleh itu, Tunku Abdul Rahman bukanlah pengganti Sultan Abdul Hamid Halim Syah, Sultan Kedah. Hanya anak gahara sahaja layak menjadi sultan.[perlu rujukan]

Tunku Abdul Rahman anak ke-7, mempunyai 3 abang dan 3 kakak. Selepas Tunku, Menyelara melahirkan 6 anak lagi tetapi hanya 7 sahaja yang hidup.

Cik Menyalara ialah anak Luang Naraborir, seorang Pegawai Daerah di utara Thailand. Luang berasal dari Pegu, yang terletak di pergunungan Shan di Burma. Keluarga Luang berkait rapat dengan keluarga Tub, Nontanakorn, Panyarachun dan Kochaseni.

Cik Menyalara telah dihantar kepada Sultan Ahmad Tajudin, sultan Kedah yang memerintah pada tahun 1824, setelah dikalahkan oleh Siam tahun 1821.

Cik Menyelara dipelihara oleh Tunku Narimah, kakak sulung sultan. Nama asal Cik Menyelara ialah Niarang Luang Nara.

Sultan Ahmad Tajudin membenarkan Niarang berkahwin dengan Raja Muda sebagai isteri ke-6. Dalam Islam, seseorang lelaki hanya dibenarkan berkahwin empat serentak sahaja.[perlu rujukan]

Sultan Abdul Hamid telah menyerahkan banyak harta kepada Cik Menyelara. Antaranya ialah harta yang dirampas daripada Tengku Kudin (Tengku Ziauddin) seorang kerabat diraja Kedah yang menjadi menantu Sultan Selangor dan terlibat dalam Perang Kelang pada tahun 1860-an.

Sultan Abdul Hamid menyerahkan kepada Cik Menyelara sebuah rumah tiga tingkat berbentuk pagoda yang dinamakan Istana Tiga Tangga. Istana ini telah dibina oleh seorang tukang Cina, 90 tahun sebelum Cik Menyelara mendudukinya.

Rujukan sunting

Ramlah Adam, Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra, DBP, Kuala Lumpur, 2004, hlm 7