Cinta Kirana merupakan sebuah drama lipur lara stripping yang ditayangkan oleh stesen televisyen Indosiar dan tayang di Astro Ria pada 11 Ogos 2010 dan tamat pada 20 Disember 2010.

Cinta Kirana
FormatDrama
PenciptaMD Entertainment
Dibintangi oleh
Nia Ramadhani
Randy Pangalila
Tsania Marwa
Kiki Farrel
Revand T Narya
Arthur Tobing
Yatti Surachman
Erly Ashy
Fitri Ayu Maresa
Emma Waroka
Lagu pembukaanDia Milikku, Yovie & Nuno
Lagu penutupDia Milikku, Yovie & Nuno
Negara asalIndonesia
Bilangan episod93
Penerbitan
Tempoh siaran1 Jam 30 Minit
Penyiaran
Saluran asalIndosiar
  • Siaran Negara Lain:
Malaysia Astro Ria
Kronologi
MengikutiKIAN (FTV)
Diikuti olehTasbih Cinta

Pelakon sunting

Sinopsis sunting

Kirana adalah gadis berusia 18 tahun yang tinggal dengan neneknya, Sita. Suatu hari ketika dia sedang menhantar surat khabar pada pelanggannya, Kirana berlanggar dengan kereta yang dikemudikan Galang. Kerana Galang mentertawakanya, Kirana kehilangan emosi lalu menampar Galang.

Saat kejadian yang menimpa neneknya, Kirana marah besar. Kirana pergi ke rumah Rama dan memarahi rama. Rama ikut dengan Kirana ke hospital untuk mengurus segala hal. Betapa terkejutnya Rama saat melihat Sita. Ternyata Rama dan Sita adalah sepasang kekasih yang terpisah karena keadaan.

Rama yang menyukai Kirana berniat menjodohkan Kirana dengan Galang. Rama berjanji pada Sita untuk menyatukan kedua cucu mereka itu.

Sementara itu Riana diminta oleh Sandra, ibunya, untuk mempercepatkan hubungannya dengan Galang. Riana dan Ibunya mempunyai niat buruk untuk memanfaatkan harta Galang, supaya mereka dapat hidup senang.

Walaupun tahu Galang sudah mempunyai pilihan Hati, Rama tetap memintanya bertemu dengan Kirana. Galang akhirnya bersedia. Kirana yang juga dipaksa oleh neneknya, akhirnya mahu menemui Galang. Tapi pertemuan mereka selalu berhujung dengan kekecohan,sampai akhirnya Rama yang melihat mereka bertengkar memberitahu kalau Galang dan Kirana hendak dipertunangkan.Galang dan Kirana sama sama terkejut.

Baim yang memang mencintai Kirana, mengajak Kirana lari.

Peristiwa demi peristiwa yang dihadapi Kirana dan Galang membuat mereka rapat, dan tanpa mereka sedari, benih benih cinta mulai muncul dihati mereka.

Saat hubungan Kirana dan Galang mula membaik, terjadi sebuah kecelakaan. Galang yang harus melakukan pekerjaan ke luar kota, mengalami kemalangan dan dinyatakan meninggal, Kerana semua orang menganggap Galang sudah meninggal,Kirana berusaha menenangkan sita dan nenek Galang dan berjanji akan menjadi harapan keluarga. Melihat semua usaha Kirana, Sita dan Aida terharu.

Kirana lalu mencari pekerjaan, dengan jadi tukang cuci piring di sebuah restoran .

Kirana yang putus asa lalu menemui salah seorang teman Galang untuk minta pekerjaan. Teman Galang itu lalu memperkenalkannya pada seorang lelaki bernama Raka. Raka pemilik penerbitan kecil yang tidak menerima karyawan perempuan akibat membenci perempuan. Semakin mengenal Kirana Kebencian Raka terhadap wanita juga perlahan-lahan menghilang setelah ia merasa menyukai Kirana. Sayangnya semua tahu bahawa Kirana sangat setia dan masih menunggu Galang.

Suatu hari ketika sedang bekerja, Kirana bertemu dengan seseorang yang sangat serupa dengan Galang, tetapi dia tidak mengenali Kirana dan mengatakan bahawa namanya adalah Piyu, dan dia adalah tunangan seorang Wanita bernama Farah.