Cinta Kura Kura merupakan sebuah filem komedi Malaysia 2012 terbitan KRU Studios arahan Nizam Zakaria. Dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Aeril Zafrel dan Zizan Razak. Filem ini mengisahkan tentang Nani, gadis ceria berusia 21 tahun yang tinggal bersama haiwan peliharaannya, seekor kura-kura bernama Nico. Ia ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 1 Mac 2012.[1][2][3][4][5][6][7]

Cinta Kura Kura
Poster keluaran tayangan
PengarahNizam Zakaria
PenulisNizam Zakaria
Dihasilkan oleh
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 1 Mac 2012 (2012-03-01) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 1.17 juta

Plot sunting

Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya... Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.[8]

Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walau bagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum. [9]

Pelakon sunting

Watak utama sunting

 
Tiz Zaqyah memegang watak sebagai Nani di dalam filem ini.

Watak pembantu sunting

Pelakon tambahan sunting

  • Patrick Lim Moey Cheng sebagai Bos Besar
  • Sabrina Mohamed Ali sebagai Teman Wanita Bos Besar
  • Mohamad Sharifman Omar sebagai Pengawal Peribadi 1
  • Muhammad Harminder Singh sebagai Pengawal Peribadi 2
  • Tan Ai Nee sebagai Pelayan 1
  • Jainis Mangkoi (Jeany) sebagai Pelayan 2
  • Masshila Abd Talib sebagai Pelayan 3
  • Thomas Lee Teck Hock sebagai Tukang Masak 1
  • Mohd Jasbir Khan Mohd Johari sebagai Tukang Masak 2
  • Kanapathy a/l Karunakaran sebagai Tukang Masak 3
  • Eddie Afro & The Geng sebagai Busker

Runut bunyi sunting

No.TajukArtisMasa
1."Pencinta Terbaik"Sofazr3:32
Jumlah masa: 3:32


Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Kerja Pencalonan Keputusan
2012
Festival Filem Malaysia ke-25
Pengarah Harapan[10][11] Nizam Zakaria Tercalon
Lagu Tema Terbaik Sofazr (Pencinta Terbaik) Tercalon
Poster Terbaik Cinta Kura-Kura Tercalon
2013
Anugerah Blokbuster
Anugerah Filem Terhebat Tercalon
Anugerah Filem Kelakar Terhebat Tercalon
Anugerah Hero Terhebat Aeril Zafrel Tercalon
Anugerah Heroin Terhebat Tiz Zaqyah Tercalon
Anugerah Tuan Direktor Terhebat Nizam Zakaria Tercalon
Anugerah Direktor Baru Terhebat Tercalon
Anugerah Watak Penjahat Terhebat Fizz Fairuz Tercalon
Anugerah Lagu Tema Terhebat Sofazr (Pencinta Terbaik) Tercalon

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting