Cinta Melody adalah sebuah Sinetron yang ditayangkan Indosiar iaitu siaran televisyen di Indonesia. Sinetron ini juga bakal ditayangkan di Malaysia melalui saluran Astro Ria pada 5 Mei 2011 iaitu selepas sinetron Kejora Dan Bintang, setiap hari Isnin-Khamis, Pukul 6.30 petang dan tamat 23 Jun 2011.

Cinta Melody
FormatDrama
PenciptaMD Entertainment
PengarahAnto Agam
Dibintangi oleh
Chelsea Olivia
Randy Pangalila
Poppy Bunga
Ryana Dea
Zidni Adam
Afifa Syahira
Febby Febiola
Febby Lawrence
Ferry Salim
Amara
Krisna Murti Wibowo
Marini
Derry Drajat
Lagu pembukaanAishiteru, Zivilia
Lagu penutupAishiteru, Zivilia
Negara asal Indonesia
BahasaBahasa Indonesia
Bilangan episod36 Episod
Penerbitan
PenerbitDhamoo Punjabi
Manoj Punjabi
LokasiJakarta
Yogyakarta Episod 36
Tempoh siaran60 minit (1 jam)
Penyiaran
Saluran asalIndosiar
Format gambar480i Standard Definition Television (SDTV)
Siaran asalSelasa, 22 Jun 2010 – Jumaat, 6 Ogos 2010
Kronologi
MengikutiBeningnya Cinta
Diikuti olehSurga Untukmu

Pelakon sunting

Sinopsis sunting

Melody adalah gadis yang cantik dan cerdas. Dia bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat mie / makanan ringan. Melody tinggal bersama nenek (Fatima), ibu (Nissa), mak cik (Hanny), dan dua sepupu (Agung dan Jelita). Hanny dan Nissa adalah dua menantu Fatima yang tinggal bersama, setelah anak-anak Fatima (Fajri dan Fajar) meninggal secara bersamaan kerana kemalangan. Saat kemalangan itu, hanya mayat Fajri yang ditemui sementara mayat Fajar tidak. Hal ini menyebabkan Nissa berkeras kalau suaminya masih hidup. Nissa selalu marah kalau Fatima ingin membuatkan makam untuk Fajar. Nissa marah dengan dalih bahawa tidak masuk akal membuat makam tanpa ada jasad. Sementara itu Hanny sangat membenci Nissa kerana ia merasa bahawa suaminya meninggal kerana kelalaian Fajar membawa kereta. Hanny menganggap Nissa adalah janda pembunuh.


Suatu hari, Melody bertemu dengan Elang dan tidak sengaja terlanggar. Terjadilah pertengkaran diantara mereka. Elang sebenarnya anak pemilik syarikat tempat Melody bekerja. Elang dididik ibu bapanya (Anggika dan Bharata) untuk terus menetap di syarikat mereka, tetapi harus dari level bawah dulu dan Bharata menempatkan Elang sebagai pembantu Melody. Betapa terkejutnya mereka berdua ketika menyedari mereka harus bekerja bersama. Pertengkaran dan perdebatan pun akhirnya selalu mewarnai pekerjaan mereka.

Saat tidak sengaja bertemu dengan Bharata, Melody terpana kerana wajah Bharata mirip sekali dengan Fajar iaitu ayahnya, tapi Melody berusaha melupakan semua itu. Padahal Bharata sebenarnya adalah Fajar, yang mengalami amnesia selepas ditolong Anggika daripada kemalangan bertahun-tahun yang lalu. Rahasia yang disimpan ini terusik saat tiba-tiba Bharata mempersoalkan tentang masa lalunya. Anggika cemas, apalagi saat dia selidiki, semua ucapan Bharata keluar setelah dia kenal dengan Melody. Anggika mencari tahu tentang Melody dan keluarganya. Anggika syok kerana Melody adalah anak suaminya. Ia berusaha keras menjauhkan Bharata dari Melody. Bahkan saat Elang makin dekat dengan Melody, Anggika semakin keras dan menjodohkan Helang dengan Ajeng. Ajeng yang memang mencintai Elang dan membenci Melody senang atas keputusan Anggika, tapi tidak dengan Helang.

Ancaman demi ancaman keluar dari Anggika kepada Elang menjauhi Melody kerana kalau tidak, Melody akan sengsara. Elang bimbang sehingga dia pun perlahan menjauhi Melody tapi tidak juga mendekati Ajeng. Elang malah tidak sengaja bertemu dengan Jelita, sepupu Melody. Jelita sendiri jadi menyukai Elang dan ia sering mencari peluang untuk jalan berdua.

Rujukan sunting