William Clark Gable (1 Februari 1901 – 16 November 1960) merupakan seorang pelakon dan pegawai tentera Amerika Syarikat, yang digelar "Raja Hollywood".[1] Beliau memulakan kerjaya lakonannya sebagai pelakon pentas dan muncul sebagai watak tambahan dalam filem senyap dari tahun 1924 sehingga 1926, sebelum menjadi pelakon pembantu untuk beberapa buah filem Metro-Goldwyn-Mayer pada tahun 1931. Tahun berikutnya, beliau mula memegang watak utama dan bertahan selama tiga dekad dengan lebih daripada 60 buah filem.

Clark Gable
Gable, 1940
Kelahiran
William Clark Gable

(1901-02-01)1 Februari 1901
Meninggal dunia16 November 1960(1960-11-16) (umur 59)
DikebumikanForest Lawn Memorial Park, Glendale
Nama lainRaja Hollywood
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1924–1960
Pasangan
Anak-anak2, termasuklah Judy Lewis
SaudaraClark James Gable (cucu)
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan Amerika Syarikat
Perkhidmatan United States Army Air Forces
Tahun perkhidmatan1942–44
Pangkat Major
Unit351st Bomb Group
PertempuranPerang Dunia Kedua
Anugerah
Tandatangan

Gable pernah memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Akademi untuk It Happened One Night (1934),[2] dan tercalon untuk Mutiny on the Bounty (1935) dan Gone with the Wind (1939).

Antara filem terkenal Gable adalah Red Dust (1932), Manhattan Melodrama (1934), San Francisco (1936), Saratoga (1937) Boom Town (1940), The Hucksters (1947), Homecoming (1948), dan The Misfits (1961), yang menjadi filem terakhir beliau.[3]

Filem terakhir Gable, The Misfits (1961), menyatukan beliau bersama Marilyn Monroe (yang juga filem lengkap terakhir Monroe[a]).

Institut Filem Amerika Syarikat menyenaraikan Gable di tempat ketujh sebagai legenda lelaki perfileman klasik Amerika.[2]

Nota sunting

  1. ^ Filem Something's Got to Give (1962) merupakan filem terakhir lakonan Monroe, namun beliau meninggal dunia sebelum projek filem tersebut tamat dan filem tersebut terbengkalai

Rujukan sunting

  1. ^ "Clark Gable: King of Hollywood". The Huffington Post. Dicapai pada April 22, 2014.
  2. ^ a b "America's Greatest Legends" (PDF). American Film Institute. Dicapai pada July 29, 2009.
  3. ^ "63 Clark Gable Movies Ranked Best to Worst with Box Office Grosses, Reviews and Awards". Cogerson Moviescore. Dicapai pada April 22, 2014.

Bibliografi sunting

  • Essoe, Gabe (1970). The Films of Clark Gable. Secaucus: The Cidadel Press. ISBN 978-0-8065-0011-9.
  • Harris, Warren G. (2002). Clark Gable: A Biography. New York: Harmony Books. ISBN 978-0-609-60495-3.
  • Lewis, Judy (1994). Uncommon Knowledge. New York: Simon & Schuster. ISBN 978-0-671-70019-5.
  • Samuels, Charles (1962). The King: A Biography of Clark Gable. New York: G.P. Putnam's Sons.
  • Spicer, Chrystopher J. (2002). Clark Gable: Biography, Filmography, Bibliography. Jefferson: McFarland & Company. ISBN 978-0-7864-1124-5.
  • Tornabene, Lyn (1976). Long Live The King: A Biography of Clark Gable. New York: Putnam. ISBN 978-0-399-11863-0.

Pautan luar sunting