Cristiano Biraghi

pemain bola sepak Itali

Cristiano Biraghi (sebutan bahasa Itali: [kriˈstjaːno biˈraːɡi]; lahir 1 September 1992) merupakan seorang pemain bola sepak Itali yang beraksi di posisi bek kiri untuk kelab Serie A, Fiorentina dan untuk pasukan kebangsaan Itali.[1][2][3]

Cristiano Biraghi
Maklumat peribadi
Nama penuh Cristiano Biraghi
Tarikh lahir (1992-09-01) 1 September 1992 (umur 31)
Tempat lahir Cernusco sul Naviglio, Itali
Ketinggian 1.86 m (6 ka 1 in)
Posisi permainan Bek kiri
Maklumat kelab
Kelab terkini
Fiorentina
Nombor 3
Kerjaya remaja
2005–2011 Internazionale
2007–2008Pro Sesto (pinjam)
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2012 Inter Milan 2 (0)
2011–2012Juve Stabia (pinjam) 11 (0)
2012–2014 Cittadella 33 (0)
2013–2014Catania (pinjam) 23 (0)
2014–2016 Inter Milan 0 (0)
2014–2015Chievo (pinjam) 18 (0)
2015–2016Granada (pinjam) 32 (0)
2016–2018 Pescara 37 (1)
2017–2018Fiorentina (pinjam) 34 (1)
2018– Fiorentina 142 (9)
2019–2020Internazionale (pinjam) 26 (2)
Pasukan kebangsaan
2010–2011 Itali B19 7 (0)
2010–2015 Itali B21 10 (0)
2018– Itali 15 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20:05, 19 Ogos 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 12 September 2023

Kerjaya kelab sunting

Kerjaya awal sunting

Biraghi memulakan kariernya bersama kelab Inter Milan dengan menjadi pemain akademi kelab itu sejak tahun 2005. Semasa musim 2007–08, beliau berkelana ke kelab Pro Sesto bersama rakan sepasukannya di akademi untuk menimba pengalaman.[4] Pada mulanya, beliau beraksi di posisi pemain tengah tetapi ditukar ke posisi bek kiri. Beliau telah beraksi dalam beberapa perlawanan persahabatan bersama Inter[5][6][7] sebelum menyertai jelajah musim panas 2010.[8] Beliau telah menjaringkan gol dalam aksi Piala Pirelli sekali gus membantu Inter menundukkan Manchester City 3-0.[9]

Inter Milan sunting

Biraghi melakukan penampilan sulungnya dalam perlawanan kompetitif untuk Inter pada 24 November 2010 ketika menentang Twente dalam aksi Liga Juara-Juara setelah menggantikan Goran Pandev.[10] Sementara itu, Inter telah kehilangna beberapa tonggak penting akibat kecederaan.

Biraghi diletakkan ke dalam kesebelasan utama Inter bagi menghadapi aksi Liga Juara-Juara menentang wakil Jerman, Werder Bremen pada 7 Disember 2010. Beliau telah dipilih untuk mengisi posisi tersebut setelah Davide Santon terpaksa beraksi di posisi sayap berikutan kecederaan Cristian Chivu.

Pada Julai 2011, beliau telah dipinjamkan ke kelab Juve Stabia yang beraksi di Serie B. Pada 27 Ogos 2011, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk kelab itu dalam perlawanan pembukaan musim baru iaitu semasa menentang Empoli.

Cittadella sunting

Pada musim panas 2012, Biraghi telah diikat oleh kelab Serie B, A.S. Cittadella secara pinjaman bersama pilihan untuk membeli.

Biraghi kemudiannya dipinjam ke Catania pada 2 September 2013.

Kembali ke Inter Milan sunting

Pada Jun 2014, Inter membawa masuk semula Biraghi dari Cittadella dengan bayaran sebanyak €610,000. Beliau menandatangani kontrak selama empat tahun bersama Inter pada tahun 2014. Namun, beliau menghabiskan selama dua musim secara pinjaman bersama kelab yang lain.

Beliau menandantangani kontrak dua tahun bersama Chievo secara pinjaman pada 6 Julai 2014.

Pada 27 Ogos 2015, Biraghi melakukan perpindahan ke kelab La Liga, Granada setelah bersetuju untuk menandantangani kontrak selama setahun secara pinjaman.[11]

Pescara sunting

Pada 11 Julai 2016, Biraghi dijual kepada kelab yang baru melangkah ke Serie A iaitu Pescara. Pada hari yang sama, Pescara juga membawa masuk Rey Manaj dan juga Gianluca Caprari. Pada musim itu, Pescara telah tersingkir dari Serie A.

Fiorentina sunting

Pada 15 Ogos 2017, Biraghi menyertai kelab yang beraksi di Serie A, Fiorentina secara pinjaman bersama pilihan untuk membeli pemain itu.

Kepulangan kedua ke Inter sunting

In August 2019, Biraghi dibawa masuk semula ke Inter secara pinjaman sebagai pertukaran dengan Dalbert yang berpindah ke Fiorentina. Inter mempunyai pilihan untuk membeli Biraghi dari Fiorentina dengan rundingan yang dilaporkan menelan kos sebanyak €12  juta.[12]

Kerjaya antarabangsa sunting

Pada September 2018, beliau telah dipanggil oleh pasukan kebangsaan Itali buat pertama kali ketika di bawah kendalian Roberto Mancini untuk menghadapi aksi Liga A Negara-Negara UEFA 2018–19 menentang Poland dan Portugal pada lewat bulan.[13] Pada 7 September, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan Itali ketika menentang Poland dalam aksi pembukaan Liga Negara-Negara UEFA.[14] Pada 14 Oktober 2018, beliau telah menjaringkan gol pertamanya untuk Itali dalam penampilannya yang ketiga ketika perlawanan Liga Negara-Negara UEFA menentang Poland yang berkesudahan Itali menang 1-0 hasil jaringan kemenangan oleh Biraghi.[15] Biraghi mendedikasikan golnya kepada bekas teman sepasukannya di Fiorentina, Davide Astori yang telah meninggal dunia pada tahun itu.[16]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 3 Jun 2019.'[17]
Kelab Musim Liga Piala Eropah[nb 1] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Inter Milan 2010–11 0 0 0 0 2 0 2 0
  Juve Stabia 2011–12 11 0 1 0 12 0
  Cittadella 2012–13 33 0 3 0 36 0
  Catania 2013–14 23 0 0 0 23 0
  Inter Milan 2014–15 0 0 0 0 0 0
  Chievo 2014–15 18 0 1 0 19 0
  Granada 2015–16 32 0 1 0 33 0
  Pescara 2016–17 35 1 2 0 37 1
  Fiorentina 2017–18 34 1 1 0 35 1
2018–19 36 1 4 0 40 1
Jumlah 70 2 5 0 0 0 75 2
Jumlah kerjaya 222 3 13 0 2 0 237 3
  1. ^ Termasuk kejohanan Liga Juara-Juara Eropah

Antarabangsa sunting

Sehingga 23 Mac 2019
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
2018 4 1
2019 1 0
Jumlah 5 1

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
14 Oktober 2018 Chorzów, Poland   Poland
0–1
0–1
Liga A Negara-Negara UEFA 2018–19

Catatan sunting

  1. ^ "Cristiano Biraghi National Football Teams". Dicapai pada 30 September 2018.
  2. ^ "Cristiano Biraghi Football Stats Fiorentina Age 26 Soccer Base". Dicapai pada 30 September 2018.
  3. ^ "Biraghi, Cristiano Biraghi - Footballer - BDFutbol". Dicapai pada 30 September 2018.
  4. ^ "Youngsters return from loan periods". FC Internazionale Milano. www.inter.it. 1 July 2008. Dicapai pada 26 November 2010.
  5. ^ "Friendly: Piacenza 2–1 Inter". FC Internazionale Milano. www.inter.it. 10 October 2009. Dicapai pada 28 November 2010.
  6. ^ "Vaduz 1–2 Inter: Arnautovic scores twice". FC Internazionale Milano. www.inter.it. 14 November 2009. Dicapai pada 28 November 2010.
  7. ^ "Inter win 2010 TIM Trophy". FC Internazionale Milano. www.inter.it. 14 August 2010. Dicapai pada 28 November 2010.
  8. ^ "Inter – Panathinaikos 2–3, Eto'o and Coutinho". FC Internazionale Milano. www.inter.it. 4 August 2010. Dicapai pada 28 November 2010.
  9. ^ "Pirelli Cup 2010: Inter won over ManCity". FC Internazionale Milano. www.inter.it. 1 August 2010. Dicapai pada 28 November 2010.
  10. ^ "U.C.L., Inter-Twente 1–0: Qualification reached". FC Internazionale Milano. www.inter.it. 24 November 2010. Dicapai pada 26 November 2010.
  11. ^ "Biraghi, nuevo lateral izquierdo del Granada CF" [Biraghi, new left back of Granada CF] (dalam bahasa Sepanyol). Granada's official website. 27 Ogos 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2015. Dicapai pada 27 Ogos 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  12. ^ "Inter, Biraghi arrives at Coni for medical visit: the photo". GianlucaDiMarzio.com. Editore G.D.M. Comunication. 28 August 2019. Dicapai pada 28 August 2019.
  13. ^ "Chiellini rejoins Italy squad; Pellegri called up". www.sportsnet.ca. 1 September 2018. Dicapai pada 2 September 2018.
  14. ^ "Italy: Azzurri open with Poland point". Football Italia. 7 September 2018. Dicapai pada 7 September 2018.
  15. ^ "Last-gasp Biraghi beats Poland". Football Italia. 14 October 2018.
  16. ^ "Biraghi dedicates winner to Astori". Football Italia. 14 October 2018.
  17. ^ "C. Biraghi". Soccerway. Dicapai pada 13 October 2018.

Pautan luar sunting