Crouching Tiger, Hidden Dragon

Crouching Tiger, Hidden Dragon ialah sebuah filem pengembaraan seni mempertahankan diri wuxia bahasa Mandarin 2000 yang diarahkan oleh Ang Lee dan ditulis untuk skrin oleh Wang Hui-ling, James Schamus, dan Tsai Kuo-jung. Filem ini dibintangi oleh Chow Yun-fat, Michelle Yeoh, Zhang Ziyi, dan Chang Chen. Ia berdasarkan novel Cina dengan nama yang sama bersiri antara 1941 dan 1942 oleh Wang Dulu, bahagian keempat pentalogi Crane Iron beliau.

Crouching Tiger, Hidden Dragon
Poster tayangan pawagam
PengarahAng Lee
Lakon layarWang Hui-Ling
James Schamus
Tsai Kuo Jung
BerdasarkanCrouching Tiger, Hidden Dragon oleh
Wang Dulu
Dihasilkan olehBill Kong
Hsu Li-Kong
Ang Lee
Dibintangi
SinematografiPeter Pau
Disunting olehTim Squyres
Muzik olehTan Dun
Syarikat
penerbitan
Columbia Pictures Film Production Asia
Good Machine International
Edko Films
Zoom Hunt Productions
China Film Co-Productions Corporation
Asian Union Film & Entertainment
Diedarkan olehSony Pictures Classics
Tarikh tayangan
  • 6 Julai 2000 (2000-07-06) (Hong Kong)
  • 7 Julai 2000 (2000-07-07) (Taiwan)
  • 8 Disember 2000 (2000-12-08) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
120 minit
NegaraTaiwan
Hong Kong
China
Amerika Syarikat
BahasaMandarin Chinese[1]
Bajet$17 juta
Pecah panggung$213.5 juta[1]

Crouching Tiger, Hidden Dragon mempunyai tempoh tayangan sepanjang 120 minit.

Crouching Tiger, Hidden Dragon ini menonjolkan barisan pelakon antarabangsa pelakon etnik Cina, termasuk Chow Yun-Fat, Michelle Yeoh, Zhang Ziyi, dan Chang Chen. Filem ini berdasarkan novel Crouching Tiger, Hidden Dragon keempat dalam pentalogi, dikenali di China sebagai Pentalogi Crane Iron (Pentalogi Besi Pucung, oleh penulis novel adiwira ("wuxia") Wang Dulu. Seni tempur dan tempur pentas diatur Yuen Wo Ping.

Dihasilkan hanya dengan budget US$17 juta, dengan dialog dalam bahasa Mandrin, Crouching Tiger, Hidden Dragon mencapai kejayaan antarabangsa mengejut, dengan pendapatan kasar $213.5 juta. Ia mendapat pendapatan kasar US$128 juta di Amerika Syarikat, menjadi filem bahasa asing berpendapatan tertinggi dalam sejarah Amerika Syarikat. Ia memenangi lebih 40 anugarah. Filem ini memenangi Anugerah Akademi bagi Filem Bahasa Asing Terbaik (Taiwan) dan tiga Anugerah Akademi lain, dan dicalon dengan enam Anugerah Akademi lain, termasuk Anugerah Akademi Filem Terbaik.[2] Filem ini turut memenangi empatr Anugerah Filem Akademi British ("British Academy Film Awards - BAFTA") dan dua Anugerah Golden Globe, satu bagi Dilem Asing Terbaik. Bersama kejayaan Anugerahnya, Crouching Tiger terus dipuji sebagai filem bahasa asing terbaik dan paling berpengaruh di Amerika Syarikat, terutamanya datangnya dari negeri China. Ia telah dipuji bagi seni tempur, jujukan, kisah dan sinematografi.

Rujukan sunting

Nota kaki
  1. ^ a b "Crouching Tiger, Hidden Dragon". Box Office Mojo. Dicapai pada May 3, 2010.
  2. ^ Crouching Tiger, Hidden Dragon. Box Office Mojo. Accessed December 30, 2006.

Pautan luar sunting