Cuenca (nama rasmi: Santa Ana de los cuatro ríos de Cuenca) adalah ibu kota wilayah Pentadbiran Azuay di Ecuador. Kota ini diseberangi oleh sungai Tomebamba, Tarqui, Yanuncay dan Machángara, dan terletak di wilayah selatan-tengah antara Andes Ecuador, di lembangan sungai Paute, pada ketinggian 2,538 meter di atas paras laut dan dengan iklim Andes yang sederhana dengan purata 16.3° Celcius.

Cuenca
Bandar
Santa Ana de los Ríos de Cuenca
Dari atas, kiri ke kanan: Pandangan panorama untuk kawasan bersejarah Cuenca, Cathedral of the Immaculate Conception, City hall of Cuenca, Simon Bolívar Street, Cuenca Chamber of Commerce, Roto Bridge, Flowers Square, Cuenca Tram dan archaeological ruins of Pumapungo.
Dari atas, kiri ke kanan: Pandangan panorama untuk kawasan bersejarah Cuenca, Cathedral of the Immaculate Conception, City hall of Cuenca, Simon Bolívar Street, Cuenca Chamber of Commerce, Roto Bridge, Flowers Square, Cuenca Tram dan archaeological ruins of Pumapungo.
Bendera Cuenca
Jata Cuenca
Nama panggilan: Atenas del Ecuador (Athens of Ecuador)
NegaraEcuador
WilayahAzuay
CantonCuenca Canton
DiasaskanApril 12, 1557
Diasaskan olehGil Ramírez Dávalos
Dinamakan bersempenaCuenca, Sepanyol
Paroki
Paroki bandar
  • Bellavista
  • Cañaribamba
  • El Batán
  • El Sagrario
  • El Vecino
  • Gil Ramírez Dávalos
  • Hermano Miguel
  • Huayna Cápac
  • Machángara
  • Monay
  • San Blas
  • San Sebastián
  • Sucre
  • Totoracocha
  • Yanuncay
Pentadbiran
 • MayorCristian Zamora
Keluasan
 • Bandar71.45 km2 (27.59 batu persegi)
 • Canton3,195 km2 (1,234 batu persegi)
Aras
2,560 m (8,400 ft)
Aras tertinggi
2,550 m (8,370 ft)
Aras Terendah
2,350 m (7,710 ft)
Penduduk
 (bancian 2022)
 • Bandar596,101
 • Kepadatan8,300/km2 (22,000/batu persegi)
DemonimCuencan
Zon waktuUTC-5
Poskod
EC010150
Kod kawasan(+593) 07
IklimMarin
Laman sesawangLaman web rasmi (dalam bahasa Sepanyol)

Kota ini juga dipanggil "Cuenca of the Andes" atau "Athens of Ecuador" disebabkan seni binanya, kepelbagaian budayanya, sumbangannya kepada seni, sains dan kesusasteraan Ecuador, dan turut menjadi tempat kelahiran ramai tokoh masyarakat Ecuador yang terkenal[1]. Pada bancian 2022, ia mempunyai populasi seramai 596,101 penduduk, menjadikannya bandar ketiga paling ramai penduduk di negara ini di belakang Guayaquil dan Quito. Bandar ini adalah teras kawasan metropolitan Cuenca, yang juga terdiri daripada bandar dan paroki luar bandar yang berdekatan. Konglomerat itu juga menduduki tempat ketiga di kalangan konurbasi Ecuador.

Cuenca telah diasaskan pada 12 April 1557 setelah berlakunya keruntuhan di bandar Inca Tomebamba (pusat pentadbiran utama) dan bandar Cañari Guapondelig, oleh Gil Ramírez Dávalos, di bawah arahan raja muda Peru Andrés Hurtado de Mendoza[2]. Pada abad ke-20, bandar ini semakin berkembang dan terus mempromosikan pendidikan dan budaya. Kemudian pada tahun 1999, pusat bersejarahnya telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Ia adalah salah satu pusat pentadbiran, ekonomi, kewangan dan komersial yang amat penting di Ecuador. Aktiviti utama bandar ini ialah perdagangan dan industri; dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Cuenca juga telah memantapkan dirinya sebagai tarikan pelancong antarabangsa.

Rujukan sunting

  1. ^ Parks, Zishan (2019-04-20). World Tourism in the New Millennium (dalam bahasa Inggeris). Scientific e-Resources. ISBN 978-1-83947-441-5.
  2. ^ Alconini, Sonia; Covey, R. Alan (2018-04-02). The Oxford Handbook of the Incas (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. ISBN 978-0-19-090803-4.

Pautan luar sunting