Curling [kĕr-ling] ialah suatu sukan di mana para pemain antara dua pasukan meluncurkan batu granit khas (rock) di atas lapisan ais (curling sheet) ke arah kawasan sasaran yang ditandakan dengan empat bulatan yang berlapik (house); cara mainannya sebegini seakan boling padang.[1] Setiap pasukan mempunyai lapan batu, di mana setiap pemain membalingkan dua daripadanya. Permainan dimenangi pasukan dengan skor terbanyak daripada kumpulan mata hasil peletakkan batu yang semakin dekat dengan pusat sasaran selepas setiap pemain melemparkan batu-batu mereka iaitu tempoh penghujung (end). Sesebuah permainan itu terdiri daripada lapan hingga sepuluh "tempoh penghujung" ini.

Pasukan curling Sweden semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010 di Vancouver - pemain di tengah melemparkan batunya sambil diperhatikan dua orang "penyapu" (sweeper) yang bersedia meratakan laluan luncuran batu.

Pemain boleh mempengaruhi pergerakan batu yang dilempar dengan mengubah arah batu secara perlahan-lahan serta dibantu "penyapu" (sweepers) yang mengekori batu tersebut sepanjang lapisan ais dengan alat menyapu mengolah ais di hadapan batu lalu mengurangkan daya geserannya. Sukan ini diibaratkan seperti catur dari segi merancang laluan dan peletakkan ideal batu pada setiap pusingan serta kemahiran penyapu agar mencapai keputusan yang diingini.[2]

Sukan ini dimainkan di pelbagai negara seperti Kanada, United Kingdom (terutamanya Scotland), Amerika Syarikat, Norway, Sweden, Switzerland, Denmark, Finland dan Jepun, yang kesemuanya bertanding dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Sukan ini dengan sendirinya dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk sejak tahun 1998.

Peralatan sunting

Permukaan bermain (curling sheet)

Permukaan atau lapangan bermain sukan ini ditakrifkan menurut peraturan yang ditetapkan Persekutuan Culing Sedunia (World Curling Federation)[3] sebagai suatu lapangan ais berbentuk segi empat sama yang serata-ratanya, berukuran 45 hingga 46 m panjang dan 4.4 hingga 5.0 meter lebar.

Batu lemparan (curling stone)

Batu khas ini diperbuat daripada granit serta ditetapkan seberat antara 17.24 hingga 19.96 kilogram dengan lilitan berukuran maksimum 914.mm serta berketinggian minimumnya 114.3 mm.[3]

Penyapu (curling broom)

Digunakan untuk menyapu permukaan ais yang dilalui batu lemparan serta juga sebagai bahan sokongan imbangan ketika melemparkan batu.

Kasut

Kasut khas yang bertapak Teflon dipakai pemain sewaktu melemparkan batu serta sewaktu bergerak meluncur di atas permukaan ais dengan selicinnya,

Kontroversi di Malaysia sunting

Pada 13 September 2023, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah mengharamkan sukan curling kerana sukan itu menimbulkan sensitiviti kaum di Malaysia. Tindakan itu susulan insiden 11 September 2023 di sebuah taman permainan di Damansara dimana 10 orang remaja berbilang kaum mengadakan pertandingan curling dimana siapa yang kalah akan diberi nama jolokan Curling. Secara kebetulan, remaja berbangsa India yang berkulit hitam telah kalah, maka dia telah digelar Curling.

Rujukan sunting

  1. ^ Wetzel, Dan (19 Februari 2010). "Don't take curling for granite". Yahoo! Sports. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2010. Dicapai pada 4 Ogos 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "'Chess on ice'". Princeton Allumni Weekly. 28 Januari 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Julai 2011. Dicapai pada 10 Oktober 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ a b "The Rules of Curling and Rules of Competition". World Curling Federation. Jun 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mac 2010. Dicapai pada 7 Mac 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting