Daerah Bagan Datuk

Bagan Datuk (ejaan lama: Bagan Datoh)[6] ialah sebuah daerah di negeri Perak Darul Ridzuan. Daerah ini terletak di selatan negeri Perak bersempadan dengan daerah Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak di utara, daerah Muallim di timur, negeri Selangor di selatan dan Selat Melaka di barat.

Daerah Bagan Datuk
Daerah Bagan Datuk
دايره باڬن داتوق
Transkripsi Lain-lain
 • Jawiدايره باڬن داتوق
 • Cina峇眼拿督县
 • Tamilபாகான் டத்தோ
Lokasi Daerah Bagan Datuk di Perak
Lokasi Daerah Bagan Datuk di Perak
Daerah Bagan Datuk is located in Bumi
Daerah Bagan Datuk
Daerah Bagan Datuk (Bumi)
Koordinat: 3°55′N 100°55′E / 3.917°N 100.917°E / 3.917; 100.917Koordinat: 3°55′N 100°55′E / 3.917°N 100.917°E / 3.917; 100.917
Negara Malaysia
Negeri Perak Darul Ridzuan
PusatBagan Datuk
Kerajaan kawasan tempatanMajlis Perbandaran Bagan Datuk[1]
Kerajaan
 • Pegawai daerahHamzah Hussin[2]
Keluasan
 • Jumlah951.52 km2 (367.38 batu persegi)
Penduduk
 (2016)[4]
 • Jumlah70,300
 • Estimate 
(2015)[5]
71,300
 • Kepadatan74/km2 (190/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tiada)
Poskod
36100-36400
Kod panggilan+6-05
Plat pendaftaran kenderaanA

Etimologi sunting

Pada mulanya, Bagan Datuk dieja sebagai "Bagan Datoh". Perkataan "Bagan" merujuk kepada penempatan masyarakat pada zaman dahulu yang dibina di atas permukaan sungai khasnya di tebing Sungai Perak. Perkataan "Datoh" pula terbentuk disebabkan kesalahan orang Inggeris dalam menyebut nama "Tok Kelah" kepada "Toh Kelah".[7]

Sejarah sunting

Bagan Datuk mula diteroka sekitar 1880-an dan Pekan Bagan Datuk pula dibuka pada tahun 1896. Pada waktu itu, kawasan tersebut dikenali dengan nama Sungai Keling dan ada juga yang memanggilnya dengan nama Pekan Baru.[7]

Daerah ini asalnya sebahagian daripada daerah Hilir Perak yang berpusat di Teluk Intan. Pada Januari 2016, daerah kecil Bagan Datuk diwujudkan. Daerah kecil ini kemudiannya diwartakan oleh kerajaan negeri Perak sebagai sebuah daerah penuh pada 15 Julai tahun yang sama. Pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak pada 22 November, telah diputuskan daerah ini dieja sebagai Bagan Datuk, bermula pada hari pengisytiharan daerah ini pada 9 Januari 2017.[8]

Satu majlis pengisytiharan telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh pada 9 Januari 2017 yang disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan wakil rakyat bagi parlimen Bagan Datoh dan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Diraja Zambry bin Abdul Kadir.

Urusan kerajaan tempatan masih lagi diuruskan Majlis Perbandaran Teluk Intan.

Bahagian pentadbiran sunting

 

Daerah Bagan Datuk dibahagikan kepada empat mukim dan sembilan pekan, iaitu:[9][10]

Daerah ini juga terdiri daripada 46 buah kampung berserta lapan kampung nelayan Cina.[9][4]

Demografi sunting

Berdasarkan, bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Bagan Datuk ialah seramai 82,785 orang dengan kepadatan penduduk 85 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, dengan jumlah 41,240 orang. Majoriti penduduk juga beragama Islam dengan jumlah 47,074 orang.[11]

Penduduk mengikut kaum (2020)
Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Bumiputera 41,240
Cina 14,340
India 17,130
Lain-lain 213
Bukan warganegara N/A 9,862
Jumlah 82,785
Penduduk mengikut agama (2020)
Agama Jumlah
Islam 47,074
Buddha 15,164
Hindu 17,800
Kristian 865
Lain-lain 307
Tidak diketahui 1,374
Tiada agama 201
Jumlah 82,785

Ekonomi sunting

Kegiatan ekonomi di daerah Bagan Datuk dipelopori sektor pertanian, perikanan, pelancongan dan perusahaan kecil yang dijalankan masyarakat sekitar, Antara tanaman yang diusahakan termasuklah kelapa, kelapa sawit, koko dan pisang.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), kerajaan persekutuan telah memberi peruntukan sebanyak RM 1.3 bilion bagi memajukan daerah ini.[12]

Rujukan sunting

  1. ^ "Bagan Datuk Municipal Council is now in operation - Sinar Harian". www.sinarharian.com.my.
  2. ^ "Bagan Datoh to be known as Bagan Datuk - Nation - The Star Online". www.thestar.com.my.
  3. ^ "Rancangan Struktur Negeri Perak 2040" (PDF).
  4. ^ a b "【今日霹靂頭條】峇眼拿督陞格為縣(第一篇) 盼發展計劃帶動經濟 峇眼拿督百年老鎮地價翻2倍". China Press.
  5. ^ "Rancangan Struktur Negeri Perak 2040" (PDF). m/s. 316.
  6. ^ Pengisytiharan Rasmi Bagan Datoh Sebagai Daerah Baharu 9 Jan Depan
  7. ^ a b https://ptg.perak.gov.my/portal/web/bagan-datuk/sejarah-daerah?target=sejarahdaerah
  8. ^ Perak's Bagan Datoh is now Bagan Datuk
  9. ^ a b "Bagan Datoh daerah ke-12 Perak". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-16. Dicapai pada 2017-03-13.
  10. ^ https://mygos.mygeoportal.gov.my/upi/
  11. ^ https://www.dosm.gov.my/mycendash/
  12. ^ https://ptg.perak.gov.my/portal/web/bagan-datuk/info-ringkas1?target=inforingkas