Daerah Kluang

daerah di Johor, Malaysia

Daerah Kluang merupakan salah satu daerah pentadbiran dalam negeri Johor, Malaysia. Daerah ini terletak di tengah negeri Johor dan berkeluasan 2,864 kilometer persegi dengan jumlah penduduk seramai 323,762 orang pada tahun 2020.

Kluang
Daerah di Malaysia
Transkripsi lain
 • Cina居銮县 (Jūluán Xiàn)
 • Jawiكلواڠ
 • Tamilகுளுவாங் (Kuḷuvāṅ)
Bendera Kluang
Daerah Kluang is located in Bumi
Daerah Kluang
Daerah Kluang (Bumi)
Koordinat: 2°01′31″N 103°19′01″E / 2.025413453161302°N 103.31695683700198°E / 2.025413453161302; 103.31695683700198Koordinat: 2°01′31″N 103°19′01″E / 2.025413453161302°N 103.31695683700198°E / 2.025413453161302; 103.31695683700198
NegaraMalaysia
NegeriJohor Darul Takzim
Pihak Berkuasa Tempatan
PusatBandar Kluang
Pentadbiran
 • Pegawai DaerahJamaludin A. Hamid[1]
Keluasan
 • Jumlah1,106.00 batu persegi (2,864.53 km2)
Penduduk
 (2010)[3]
 • Jumlah262,398
 • Kepadatan240/batu persegi (92/km2)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)
Poskod
86×××

Etimologi sunting

Nama Kluang berasal daripada perkataan Melayu ‘keluang‘, yang bermaksud sejenis kelawar besar ataupun kelawar buah. Haiwan-haiwan sebegini pernah wujud dalam bilangan yang banyak di daerah Kluang beberapa dekad yang lalu; tetapi kini hampir tiada lagi disebabkan aktiviti pemburuan dan pemusnahan habitat semulajadinya.[4]

Pentadbiran sunting

Daerah Kluang ditadbir dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Kluang di utara dan Majlis Daerah Simpang Renggam di selatan. Daerah Kluang dibahagikan kepada lapan mukim dan tiga bandar;

 
Peta daerah Kluang

Mukim dan bandar sunting

  1. Mukim Ulu Benut
  2. Mukim Kahang
  3. Mukim Kluang
  4. Mukim Layang-Layang
  5. Mukim Machap
  6. Mukim Niyor
  7. Mukim Paloh
  8. Mukim Renggam
  9. Bandar Kluang
  10. Bandar Paloh
  11. Bandar Renggam

Geografi sunting

Daerah Kluang terletak di tengah negeri Johor bersempadan dengan daerah Mersing di timur laut, Kota Tinggi di tenggara, Kulai di selatan, Pontian di barat daya, Batu Pahat di barat dan Segamat di barat laut.

Iklim sunting

Iklim di daerah ini ialah iklim khatulistiwa (Af).[5] Purata suhu ialah 27.35 °C (81.2 °F). Bulan Mei merupakan bulan yang paling panas di kawasan ini dengan suhu mencecah 28 °C (82.4 °F). Bulan Disember dikategorikan sebagai bulan paling sejuk dengan suhu 26.5 °C (79.7 °F).[5] Purata kerpasan di Kluang adalah 2507.6 milimeter pertahun. Bulan Disember merupakan bulan paling tinggi kerpasan dengan 372.9 milimeter manakala bulan yang paling rendah pula Februari dengan 144.2 milimeter.[5]

Data iklim untuk Kluang (1990-2019)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata suhu harian, °C (°F) 26.7
(80.1)
27.1
(80.8)
27.6
(81.7)
27.9
(82.2)
28.0
(82.4)
27.9
(82.2)
27.6
(81.7)
27.5
(81.5)
27.3
(81.1)
27.2
(81.0)
26.9
(80.4)
26.5
(79.7)
27.4
(81.2)
Purata kerpasan, mm (inci) 252.7
(9.95)
144.2
(5.68)
217.0
(8.54)
209.8
(8.26)
193.1
(7.60)
151.9
(5.98)
146.2
(5.76)
186.7
(7.35)
154.5
(6.08)
212.7
(8.37)
265.9
(10.47)
372.9
(14.68)
2,507.6
(98.72)
Sumber: ClimateCharts[5]

Demografi sunting

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1970134,510—    
1980179,791+33.7%
1991224,424+24.8%
2000255,601+13.9%
2010288,364+12.8%
2020323,762+12.3%
Pecahan etnik di Kluang - Bancian 2020
Agama Peratus
Bumiputera
  
59.1%
Cina
  
31.8%
India
  
8.6%
Lain-lain
  
0.5%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Kluang ialah seramai 323,762 orang dengan kepadatan penduduk 113 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Lebih separuh penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 59 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Lebih 10 peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[6]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 124:100. Terdapat 94,101 tempat kediaman dengan sebanyak 81,993 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 224 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 75 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 23 ribu orang merupakan warga tua.

Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 171,424
Cina 92,320
India 24,842
Lain-lain 1,395
Bukan warganegara N/A 33,781

Agama sunting

Agama di Kluang - Bancian 2020
Agama Peratus
Islam
  
59.9%
Buddha
  
28.3%
Hinduisme
  
8.7%
Kristian
  
2.1%
Tidak beragama
  
0.5%
Lain-lain
  
0.4%

Majoriti penduduk di daerah Segamat beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India. Penduduk berbangsa bumiputera lain dan etnik yang lain terdiri daripada mereka yang menganut Kristian dan beberapa agama lain serta tidak beragama.[6]

Agama Jumlah
Islam 193,955
Buddha 91,720
Hindu 28,316
Kristian 6,792
Lain-lain 1,274
Tidak beragama 1,704
Tidak diketahui 1

Pengangkutan sunting

Daerah Kluang mempunyai jaringan jalan raya yang baik. Laluan Persekutuan 50   menghubungkan bandar-bandar di dalam dan luar daerah Kluang bermula dari Jemaluang Kahang Kluang Ayer Hitam. Daerah Kluang juga boleh dihubungkan melalui Lebuhraya Utara Selatan di persimpangan Ayer Hitam. Laluan Persekutuan 91   pula menyambungkan bandar Kluang dengan Bandar Tenggara dan Kota Tinggi.

Antara jalan negeri yang penting di daerah Kluang termasuklah  J25 Jalan Mengkibol yang bermula di Kluang dan melalui Renggam dan Layang-Layang,  J191 Jalan Chamek-Kluang yang menghubungkan Kluang dan Paloh. Kluang juga boleh dihubungkan dengan Yong Peng melalui  J16 Jalan Paloh.

Rujukan sunting

  1. ^ Mohammad Ali, Khairul (27 Januari 2021). "Johor lantik wanita kedua jadi Pegawai Daerah". Utusan (dalam bahasa (Melayu)). Iskandar Puteri. Dicapai pada 22 November 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ [1]
  3. ^ "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 May 2014. Dicapai pada 19 April 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "Profil Daerah Kluang - Pentadbiran Tanah Johor". Dicapai pada 3 Mac 2023.
  5. ^ a b c d Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Kluang". Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 2021-06-20.
  6. ^ a b https://www.dosm.gov.my/mycendash/