Daerah Seremban

daerah di Negeri Sembilan, Malaysia

Daerah Seremban merupakan salah satu daripada tujuh daerah di Negeri Sembilan, Malaysia. Dalam daerah ini terletaknya ibu negeri Negeri Sembilan iaitu Bandaraya Seremban. Daerah Seremban terletak di bahagian barat Negeri Sembilan dan merupakan daerah keempat terbesar dengan keluasan 93.501.88 hektar. Daerah Seremban bersempadan dengan daerah Jelebu dan Kuala Pilah di timur, daerah Port Dickson di barat dan daerah Rembau di selatan. Di dalam daerah ini terdapat 8 buah mukim dengan mempunyai 89 buah Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) termasuk 12 JKKK Kampung Baru.[2]

Daerah Seremban
Transkripsi lain
 • Jawiسرمبن
 • Cina芙蓉县
 • Tamilசிரம்பான்
Lokasi Daerah Seremban di Negeri Sembilan
Lokasi Daerah Seremban di Negeri Sembilan
Map
Daerah Seremban is located in Bumi
Daerah Seremban
Daerah Seremban (Bumi)
Koordinat: 2°41′16″N 101°55′11″E / 2.687779654413509°N 101.91985474789888°E / 2.687779654413509; 101.91985474789888Koordinat: 2°41′16″N 101°55′11″E / 2.687779654413509°N 101.91985474789888°E / 2.687779654413509; 101.91985474789888
NegaraMalaysia
NegeriNegeri Sembilan
Pihak berkuasa tempatanMajlis Bandaraya Seremban
Kerajaan
 • Pegawai daerahMohd Nizam Tajul Arus
Keluasan
 • Jumlah935.02 km2 (361.01 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah692,283
 • Kepadatan740/km2 (1,900/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Not observed)
Poskod
70xxx
Kod panggilan+6-06
Nombor plat kenderaanN
Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban

Pada tahun 2020, terdapat 692,283 penduduk di dalam daerah Seremban dengan kadar pertumbuhan sebanyak 2.6%.[3]

Etimologi dan sejarah sunting

Nama "Seremban" dipercayai berasal daripada sebuah permainan bernama "batu seremban" atau juga dikenali dengan nama "selambut" yang sering dimainkan oleh kaum Cina berhampiran stesen kereta api Seremban pada waktu itu.[4]

Seremban pada awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong. Sungai Ujong telah wujud sejak kurun ke-14. Semasa era pemerintahan Portugis di Melaka, Sungai Ujong tertakluk di bawah pemerintahan Kesultanan Johor. Di dalam pemerintahan sebelum kedatangan Inggeris , Sungai Ujong merupakan daerah pentadbiran yang terbesar dan tertua meliputi Beranang, Pantai, Rantau, Kelawang, Paroi, Labu, Mantin, Mendun dan Linggi. Kesemua daerah ini ditadbir oleh Datuk Kelana Petra Sungei Ujong.

Sekitar tahun 1870-an, bandar Seremban telah dibangunkan di kawasan sekitar Rasah yang didapati kaya dengan bijih timah. Bandar itu terus mengalami kemasukan penduduk yang pesat terdiri dari orang-orang Cina, Arab dan juga bangsa Melayu dari tempat lain. Seremban bukan sahaja menjadi pusat melombong bijih timah tetapi juga pusat perdagangan. Peniaga-peniaga pada masa itu menggunakan Sungai Linggi sebagai laluan pengangkutan perdagangan mereka manakala penduduk Melayu tempatan di kawasan ini kebanyakannya adalah petani.

Pihak Inggeris mula mengambil kesempatan untuk mula campur tangan di atas pergolakan peperangan yang berpunca dari perebutan hak dan kawasan perlombongan bijih timah di antara Dato' Kelana dan Dato` Shahbandar. Pergolakan ini ni telah memberi ruang kepada Inggeris menempatkan kuasa dengan melantik Residen pertamanya iaitu Kapten Murray di mana residensinya didirikan di Jalan Channer. Sejak itu, penduduk Rasah mula mendirikan penempatan mereka di sekitar Jalan Channer kerana mereka merasakan tinggal di kawasan yang mempunyai undang-undang dan peraturan Inggeris lebih selamat dan meyakinkan.[5]

Pentadbiran sunting

Daerah Seremban ditadbir oleh Majlis Bandaraya Seremban dan dibahagikan kepada lapan buah mukim. Terdapat juga lapan bandar dan 26 pekan di sekitar daerah.[6]

 

Mukim sunting

  1. Ampangan
  2. Labu
  3. Lenggeng
  4. Pantai
  5. Rantau
  6. Rasah
  7. Seremban
  8. Setul

Bandar dan pekan sunting

  1. Bandar Seremban
  2. Bandar Seremban 3
  3. Bandar Seremban Utama
  4. Bandar Mantin Utama
  5. Bandar Baru Enstek
  6. Bandar Baru Kota Sri Mas
  7. Bandar Nilai Utama
  8. Bandar Sri Sendayan
  9. Pekan Broga
  10. Pekan Ulu Beranang
  11. Pekan Labu
  12. Pekan Lenggeng
  13. Pekan Mambau
  14. Pekan Nilai
  15. Pekan Mantin
  16. Pekan Pajam
  17. Pekan Rantau
  18. Pekan Tiroi
  19. Pekan Pancor
  20. Pekan Taman Seremban
  21. Pekan Rahang Baru
  22. Pekan Paroi
  23. Pekan Bukit Kepayang
  24. Pekan Dusun Setia
  25. Pekan Sungai Gadut
  26. Pekan Bukti
  27. Pekan Sikamat
  28. Pekan Shah Bandar
  29. Pekan Setul
  30. Pekan Ulu Temiang
  31. Pekan Paroi Jaya
  32. Pekan Rasah Jaya
  33. Pekan Senawang
  34. Pekan Seremban Jaya

Demografi sunting

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Seremban ialah seramai 692,283 orang dengan kepadatan penduduk 726 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Lebih separuh penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk 59 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Sebanyak enam peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[7]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 107:100. Terdapat 224,691 tempat kediaman dengan sebanyak 185,707 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 481 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 168 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 41 ribu orang merupakan warga tua.

Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 386,177
Cina 154,915
India 102,476
Lain-lain 3,720
Bukan warganegara N/A 44,995

Agama sunting

Agama di Seremban - Bancian 2020
Agama Peratus
Islam
  
59.5%
Buddha
  
21.4%
Hinduisme
  
14.3%
Kristian
  
3.3%
Lain-lain
  
0.8%
Tidak beragama
  
0.5%
Tidak diketahui
  
0.1%

Majoriti penduduk di daerah Seremban beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan Buddha yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan Hindu yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa India. Penduduk berbangsa bumiputera lain dan etnik yang lain terdiri daripada mereka yang menganut Kristian dan beberapa agama lain serta tidak beragama.[7]

Agama Jumlah
Islam 411,915
Buddha 148,411
Hindu 98,714
Kristian 23,152
Lain-lain 5,864
Tidak beragama 3,205
Tidak diketahui 1,022

Rujukan sunting

  1. ^ http://seremban.ns.gov.my/pdts/my/organization/info-korporat/latar-belakang
  2. ^ Kawasan daerah Seremban
  3. ^ "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan". Jabatan Perangkaan Malaysia.
  4. ^ "Seremban, dulu kawasan bijih timah kini bandar raya". Bernama. 20 Januari 2020. Dicapai pada 2023-02-26.
  5. ^ "Sejarah Daerah Seremban | Portal Rasmi Majlis Bandaraya Seremban". Dicapai pada 2023-02-26.
  6. ^ "KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH" (PDF).
  7. ^ a b https://www.dosm.gov.my/mycendash/