Daerah Tebedu

daerah di Sarawak, Malaysia

Daerah Tebedu ialah sebuah daerah di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia.[1][2] Ia adalah sebahagian daripada Bahagian Serian yang merangkumi Serian, Siburan dan Tebedu.[3] Sebelum ini, Daerah Tebedu merupakan daerah kecil dalam Daerah Serian yang telah dinaik taraf kepada daerah sepenuhnya. Majoriti penduduk yang tinggal di daerah ini ialah beretnik Bidayuh.[3][4]

Daerah Tebedu
Daerah Tebedu is located in Bumi
Daerah Tebedu
Daerah Tebedu (Bumi)
Koordinat: 1°00′55″N 110°21′17″E / 1.0154°N 110.3546°E / 1.0154; 110.3546Koordinat: 1°00′55″N 110°21′17″E / 1.0154°N 110.3546°E / 1.0154; 110.3546
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Serian
Kerajaan
 • Pihak berkuasa tempatanPejabat Daerah Tebedu
Keluasan
 • Jumlah421 km2 (163 batu persegi)
Aras
99 m (325 ft)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah8,204
 • Kepadatan19/km2 (50/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)

Pekan pentadbiran bagi daerah ini ialah Tebedu. Daerah Tebedu mempunyai keluasan lebih/kurang 421 kilometer persegi (42,100.0 he).[5] Ia juga merupakan pintu masuk antarabangsa Malaysia-Indonesia,[6] yang pertama yang terletak di sepanjang jalan raya utama menghubungkan Kuching di Sarawak dan Pontianak di Kalimantan Barat. Bandar yang bersempadan dengan daerah Tebedu ialah Entikong.[4] Kompleks Imigresen Tebedu juga dibina di pintu masuk antarabangsa kawasan tersebut.[4] Pada tahun 1991, lebih 57,000 orang penduduk daripada Indonesia memasuki Malaysia melalui Entikong, sebuah pusat imigresen terletak di antara Kalimantan Barat dengan Tebedu. "Kini, orang Indonesia memasuki Malaysia dengan pasport atau pos pemeriksaan," ujar ketua pintu masuk tersebut ketika itu, Prodjo Budiono.[7][8]

Etimologi sunting

Nama "Tebedu" berasal daripada perkataan bahasa Bidayuh iaitu batuh badu yang secara harfiah bermakna "batu kering".[6][9] Batu ini terletak di Kampung Kujang Mawang dan Kampung Tesu Mawang yang dikatakan tidak pernah ditenggalami air ataupun basah sama sekali.[6]

Sejarah sunting

Pada 23 Oktober 1974, Tebedu telah dinaik taraf menjadi daerah kecil yang terletak di bawah pentadbiran Daerah Serian dan diuruskan oleh Pegawai Tadbir Sarawak.[10] Pemegang jawatan tersebut yang ditugaskan di Daerah Kecil Tebedu pada masa itu ialah Encik Mering Wan. Pada Oktober 2016, Daerah Kecil Tebedu telah dinaik taraf kepada daerah penuh yang telah diumumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Tebedu ketika itu, Michael Manyin Jawong.[11] Terdapat sebuah mercu tanda yang dibina selepas Daerah Tebedu menjadi daerah penuh.[11]

Demografi sunting

Berdasarkan, bancian Malaysia 2010 jumlah penduduk di Daerah Tebedu ialah seramai 8,204 orang dengan kepadatan penduduk sembilan belas orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang.[12] Kebanyakannya Penduduk di daerah Tebedu beretnik Bidayuh, dengan jumlah 7,421 orang dan paling sedikit ialah penduduk beretnik Melanau, 19 orang.[12]

Jumlah penduduk mengikut etnik pada tahun 2010.[12]
No. Etnik Jumlah (orang)
1 Melayu 275
2 Iban 117
3 Bidayuh 7,421
4 Melanau 19
5 Bumiputera Lain 21
6 Cina 162
7 India 24
8 Lain-lain 63
9 Bukan warganegara 102

Ekonomi sunting

Kegiatan ekonomi utama yang dijalankan oleh penduduk di Daerah Tebedu adalah pertanian, dengan peratusan 88,2%.[13][5] Kemudian diikuti oleh buruh swasta (5.08%), kakitangan awam (3.66%), kakitangan swasta (2.29%), perniagaan (0.74%) dan paling sedikit ialah lain-lain (0.03%).[5] Antara tanaman yang diusahakan oleh mereka adalah seperti padi, koko, lada dan kelapa sawit.[10] Tebedu juga berpotensi untuk dikembangkan menjadi sesebuah kawasan perindustrian kecil yang sederhana. Pelbagai industri pemprosesan hasil pertanian seperti lada, kelapa sawit dan koko dapat dijalankan di Tebedu kerana ia mempunyai kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, elektrik dan air yang sangat baik.[10]

Kemudahan sunting

Kemudahan di Tebedu sangatlah baik. Ia mempunyai dua buah klinik kesihatan, iaitu Klinik Kesihatan Tebedu dan Klinik Pengakalan Amo. Selain itu, fungsi petempatan Tebedu ialah bandar pendidikan yang menawarkan pendidikan sekolah rendah hingga sekolah menengah. Sekolah di Tebedu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Tebedu, Sekolah Kebangsaan Tebedu, Sekolah Kebangsaan Gahat Mawang, Sekolah Kebangsaan Kujang Mawang, Sekolah Kebangsaan Tesu, Sekolah Kebangsaan Temong, Sekolah Kebangsaan Tepoi, Sekolah Kebangsaan Sungan, Sekolah Kebangsaan Sungai Sameran, Sekolah Kebangsaan Tema dan Sekolah Kebangsaan Kujang Sain.[5][14] Terdapat empat liputan telekomunikasi yang tersedia disini, Telekom, Celcom, Maxis dan DiGi.[5] Bekalan air diuruskan oleh Bekalan Air Bersih (JKR) di 30 kampung termasuk Pekan Tebedu dan Graviti Feeds di 20 kampung. Bekalan elektrik diuruskan oleh Syarikat SESCO Berhad di 30 kampung termasuk dengan Pekan Tebedu.[5]

Tebedu juga dihubungkan melalui Jalan Serian-Tebedu yang memiliki panjang 38 kilometer (23.6 bt) yang dapat meningkatkan hubungan di antara rakyat tempatan dan Indonesia, khususnya dalam bidang perdagangan yang amat penting di sempadan Malaysia-Indonesia.[15][16]

Geografi sunting

 
Sempedan

Tebedu merupakan salah satu daripada pintu masuk antarabangsa yang pertama di Malaysia. Iklim di kawasan Tebedu ialah iklim khatulistiwa (Af).[17] Purata suhu ialah 25.9 °C (78.6 °F). Bulan Mei merupakan bulan yang paling panas di kawasan ini dengan suhu mencecah 26.3 °C (79.3 °F). Bulan Januari dikategorikan sebagai bulan paling sejuk dengan suhu 25.5 °C (77.9 °F).[17] Purata kerpasan di Tebedu adalah 3798 milimeter pertahun. Bulan Januari merupakan bulan yang tinggi kerpasan dengan 530 milimeter manakala bulan yang paling rendah pula Julai dengan 165.9 milimeter.[17]

Data iklim untuk Tebedu (1990-2019)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata suhu harian, °C (°F) 25.5
(77.9)
25.6
(78.1)
25.9
(78.6)
26.1
(79.0)
26.3
(79.3)
26.1
(79.0)
26.1
(79.0)
26
(79)
25.7
(78.3)
25.8
(78.4)
25.7
(78.3)
25.7
(78.3)
25.9
(78.6)
Purata kerpasan, mm (inci) 530.9
(20.90)
450.4
(17.73)
323
(12.7)
302.8
(11.92)
269.3
(10.60)
208.3
(8.20)
165.9
(6.53)
215.2
(8.47)
219.3
(8.63)
345.2
(13.59)
347.3
(13.67)
420.3
(16.55)
3,797.9
(149.49)
Sumber: ClimateCharts[17]

Pentadbiran sunting

Daerah Tebedu secara rasmi dipecahkan kepada 75 kampung yang di mana setiap kampung mempunyai seorang ketua kaum; tuai rumah atau pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).[18] Daerah Tebedu ditadbirkan sepenuhnya oleh Pejabat Daerah Tebedu. Lokasi kedudukan Pejabat Daerah Tebedu terletak di bahagian belakang Pasar Tebedu, Bandar Mutiara.[11] Sebelum ini, ia ditadbirkan oleh Pejabat Daerah Kecil Tebedu. Daerah Tebedu diketuai oleh pegawai daerah.[10]

Dari segi politik, Tebedu mempunyai kawasan pilihan raya sendiri, Tebedu yang diwakili oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak sejak 1991. Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan ini ialah Simon Siang Bada dari parti Gabungan Parti Sarawak. Kawasan negeri Tebedu mempunyai enam daerah mengundi, iaitu Bentang, Lanchang, Tebedu, Amo dan Mengarat. Setiap daerah mengundi mempunyai satu lokasi mengundi sahaja.[19]

Rujukan sunting

  1. ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  2. ^ "Ini nama daerah, bahagian di Sarawak: Mohon permit pergerakan rentas daerah". sarawakvoice.com. Sarawak Voice. 7 Mei 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-31. Dicapai pada 31 Mei 2021.
  3. ^ a b "Pengiktirafan kepada Bidayuh yang menyumbang kepada negara: KM". serian.sarawak.gov.my. The Borneo Post. 13 April 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-10. Dicapai pada 20 Mei 2020 – melalui Laman web Pentadbiran Bahagian Serian. Hari ini, 11 April 2015 merupakan hari bersejarah bagi Serian kerana dengan ini saya mengisytiharkan daerah Serian, Tebedu dan daerah kecil Siburan sebagai sebuah Bahagian. Jika kita ada Bahagian Samarahan bagi Melayu, Bahagian Betong dan Kapit (Iban), Bahagian Mukah (Melanau), Bahagian Sarikei dan Sibu (Cina) dan Bahagian Miri serta Limbang (Orang Ulu) maka Serian adalah bahagian yang majoriti Bidayuh," ujar Ketua Menteri Datuk Patinggi, Tan Sri Adenan Satem
  4. ^ a b c Irfan Setiawan (2020). Kecamatan di Wilayah Perbatasan Negara: Tinjauan Teoritk, Normatif Dan Implementatif (dalam bahasa Indonesia). RTujuh Mediaprinting. m/s. 112. ISBN 9786239565909.
  5. ^ a b c d e f "Maklumat Demografi & Kemudahan Awam Pejabat Daerah Kecil Tebedu". serian.sarawak.gov.my. Pentadbiran Bahagian Serian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-10. Dicapai pada 20 Disember 2020.
  6. ^ a b c "Daerah Kecil Tebedu". serian.sarawak.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-10. Dicapai pada 20 Mei 2020 – melalui Laman web Pentadbiran Bahagian Serian.
  7. ^ Anex-Antara (2 April 1992). "5,000 Indons visit Malaysia via Entikong". klik.com.my (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 12 April 2021 – melalui Klik.com.my.
  8. ^ Anex-Antara (2 April 1992). "Entikong checkpoint". klik.com.my (dalam bahasa Inggeris). Business Times. Dicapai pada 10 April 2020 – melalui Klik.com.my.
  9. ^ Pat Foh Chang (1999). Legends & History of Sarawak [Lagenda dan Sejarah Sarawak] (dalam bahasa Inggeris). Chang Pat Foh. ISBN 9789839475074. Didigitalkan pada 5 September 2008 di Google Books.
  10. ^ a b c d Tidak diketahui. "Bandar Mutiara (Tebedu) yang berpotensi Menjadi Bandar Sempadan Yang Maju". emoss.com.my. Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak. Dicapai pada 20 September 2020.
  11. ^ a b c "Maklumat Am - Tebedu | Daerah Tebedu Bandar Mutiara". darulinsan.pjk.com.my. Pusat Internet Kampung Darul Insan Jaya, Tebedu. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-10. Dicapai pada 3 Februari 2020.
  12. ^ a b c "Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Jadual Mukim Sarawak" (PDF). statistics.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2012-02-27. Dicapai pada 10 Disember 2014.
  13. ^ "New satelite town" [Bandar satelit baharu]. klik.com.my (dalam bahasa Inggeris). Business Times. 21 Februari 1991. Dicapai pada 20 November 2010 – melalui KLIK.com.my.
  14. ^ Kementerian Pendidikan Malaysia (10 Julai 2020). "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia". moe.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal (XLXS) pada 10 Februari 2021.CS1 maint: date and year (link) (Data sekolah pada 30 Jun 2020)
  15. ^ Mutazar Abd Ghani (9 Ogos 1993). "Eratkan hubungan dagang: KM". klik.com.my. Berita Harian. Dicapai pada 2 Januari 2021.
  16. ^ Bunan Ngawai (8 Ogos 1994). "Tebedu nadi perdagangan sempadan Kalimantan". klik.com.my. Berita Harian. Dicapai pada 2 Januari 2021.
  17. ^ a b c d Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Tebedu". Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 2021-06-20.
  18. ^ "Senarai JKKK Daerah Tebedu". serian.sarawak.gov.my. Pentadbiran Bahagian Serian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-10. Dicapai pada 10 Julai 2020.
  19. ^ "Federal Government Gazette - Notice of Polling Districts and Polling Centres for the Federal Constituencies and State Constituencies of the States of Sarawak [P.U. (B) 502/2015]" (PDF). Attorney General's Chambers of Malaysia. 30 December 2015. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-06-12. Dicapai pada 2016-07-12.

Pautan luar sunting