Dalat merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di tepi Batang Oya, Sarawak, Malaysia. Dalat adalah pusat pentadbiran bagi daerah Dalat. Dalat terletak di dalam bahagian Mukah, Sarawak. Daerah Dalat meliputi kawasan dari Kg. Penat ke Oya, dan dari Muara Sg. Kut ke Ulu Baoh. Terdapat 3 pekan, 23 buah kampung dan 22 rumah panjang di bawah pentadbiran daerah ini[1] . Ahli Dewan Undangan Negeri Daerah Dalat ialah Datin Hajah Fatimah Abdullah.

Dalat
Logo rasmi Dalat
Pejabat DaerahDalat
Majlis Berkuasa TempatanMajlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM)
Keluasan
 • Jumlah905.29 km2 (349.53 batu persegi)
Penduduk
 (2010[2])
 • Jumlah18,800
 • Kepadatan21/km2 (54/batu persegi)
Pegawai DaerahKueh Lei Poh
Daerah KecilOya
PekanDalat, Oya & Sungai Kut
Poskod96300

Penduduk sunting

Penduduk daerah Dalat berjumlah 18,800(banci 2010). Kebanyakan penduduk adalah dari kaum Melanau, Iban, dan Cina.

Prasarana sunting

 
Hospital Dalat Fasa 1
 
Waterfront Dalat

Terdapat banyak kemudahan yang telah dibina di pekan Dalat dan juga daerah Dalat.

Pengangkutan sunting

Jalan Darat sunting

Pekan Dalat dihubungkan dengan bandar Mukah, dan seterusnya Lebuhraya Pan-Borneo. Selain itu, Dalat juga dihubungkan dengan pekan-pekan lain di Bahangian Mukah, seperti pekan Oya, Matu, Igan, Daro dan Sg. Kut. Sebuah jambatan yang merentasi batang Oya turut dibina. Jambatan ini menghubungkan Sg. Kut dengan Pekan Dalat.

Dalat dihubungkan dengan bandar Bintulu dan Miri dengan adanya perkhidmatan bas ekspres setiap hari.

Jalan Sungai sunting

Seperti juga tempat lain di Sarawak, pengangkutan sungai masih memainkan peranan yang penting dalam kalangan penduduk Dalat dan sekitarnya. Penduduk biasanya memiliki bot-bot kecil yang digunakan untuk pergi ke sesuatu tempat. Dalat juga dihubungkan dengan Sibu melalui perkhidmatan bot laju. Perjalanan dari Dalat ke Sibu memakan masa selama 2 jam, dan tambangnya pula adalah RM20. Bot-bot laju ini juga menghubungkan penduduk di sepanjang Batang Oya, Sungai Kut dan Batang Igan dengan bandar Sibu.

Kemudahan sunting

Terdapat sebuah hospital kerajaan di pekan Dalat. Selain itu, terdapat juga Stadium Perpaduan, waterfront, pejabat pos, pejabat daerah dan sebagainya untuk kemudahan penduduk. Terdapat tiga sekolah menengah di daerah ini iaitu, Sekolah Menengah Kebangsaan Dalat, Sekolah Menengah Kebangsaan Oya dan Sekolah Menengah Kebangsaan Batang Igan.

Pautan luar sunting

References sunting

  1. ^ a b "Visi, Misi dan Latar Belakang". Pejabat Daerah Dalat. Dicapai pada 2011-01-28.
  2. ^ "Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. 35. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-27. Dicapai pada 2011-01-24.