Daniel Swarovski (24 Oktober 1862 - 23 Januari 1956) ialah pembuat kaca dan ahli perhiasan Austria yang dikenali sebagai pengasas Swarovski.

Daniel Swarovski
Kelahiran(1862-10-24)24 Oktober 1862
Meninggal dunia23 Januari 1956(1956-01-23) (umur 93)
WarganegaraAustria
PekerjaanPembuat kaca
ahli perhiasan
pencipta
usahawan
Terkenal keranaPengasas Swarovski
PasanganMarie Weis
Anak-anakFritz
Alfred
Wilhelm
Patung Daniel Swarovski di Wattens.

Kehidupan awal sunting

Daniel dilahirkan di Georgenthal bei Gablonz, Bohemia, Empayar Austria (kini Jiřetín pod Bukovou, Republik Czech), anak kepada Franz Anton Swarovski dan Helene Swarovski (née Staffen).[1] Beliau dilahirkan di Pergunungan Jizera, 20 kilometer (12 bt) dari sempadan Poland kini. Bapanya ialah seorang pembuat kaca, dan Daniel pertama kali belajar seni mengukir kaca di kilang kecil milik bapanya. Beliau mendapat pendidikan di Paris dan Wina, yang mana beliau bertemu dengan Frantisek Krizik, yang menjadikannya tertarik dengan elektrik di Pameran Elektrik 1883 di Wina.[1][2]

Kerjaya sunting

Pada tahun 1892, beliau mematenkan mesin pemotong elektrik yang memmudahkan pengeluaran perhiasan kaca kristal, yang pada ketika itu harus dipotong dengan tangan. Pada tahun 1895, beliau berpindah ke Austria dan bekerjasama dengan Armand Kosman dan Franz Weis untuk membangunkan "A. Kosmann, D. Swarovski & Co." Mereka membangunkan kilang ukiran kristal di Wattens, Tirol, untuk memanfaatkan tenaga air tempatan untuk proses penggilingan intensif tenaga yang telah dipatenkan Swarovski.[3][4][5]

Pada tahun 1919, Swarovski menubuhkan syarikat Tyrolit, yang menghasilkan pengisar dan kertas pasir. Pada tahun 1949, Swarovski Optik KG diasaskan oleh anaknya Wilhelm Swarovski di Absam, Tirol.[3][6]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Kryształy Swarovskiego". Arande (dalam bahasa Poland). Dicapai pada 2017-06-17.
  2. ^ Hammerich-Maier, Maria (4 Julai 2010). "Ein Unternehmen mit Schliff: Carborundum Electrité". Radio Praha auf Deutsche (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 7 Julai 2017.
  3. ^ a b "Our Company: Our History". Swarovski. Dicapai pada 7 Julai 2017.
  4. ^ "Swarovski: About Us - The Story". Swarovski. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-23. Dicapai pada 2009-11-08.
  5. ^ Callan, Georgina O'Hara; Glover, Cat (2008). The Thames & Hudson Dictionary of Fashion and Fashion Designers. Thames & Hudson. p. 248.
  6. ^ "Daniel Swarovski Biography: Crystal Stones That Shine Like Diamonds". Astrum People. Dicapai pada 2 Jun 2015.