Daniel Van Buyten

Pemain bola sepak Belgium

Daniel Van Buyten (Sebutan Belanda: [ˈdaːnijɛl vɑmˈbœy̆tə(n)]; lahir 7 Februari 1978) merupakan bekas pemain bola sepak Belgium yang bermain di posisi pertahanan tengah untuk pasukan kebangsaan Belgium. Nama samaran beliau ialah 'Big Dan'.[3] Pada mulanya, Van Butyen sebagai penyerang ketika berada di kelab Sporting Charleroi, namun beliau berasa beliau lebih sesuai bermain sebagai bek tengah lalu beliau sebagai posisi tersebut ketika berada di kelab Olympique de Marseille, Manchester City, Hamburger SV dan Bayern Munich. Van Butyen telah memiliki sebanyak 84 kaps antarabangsa untuk Belgium dan pernah ke Piala Dunia sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2002 dan 2014.

Daniel Van Buyten
Van Buyten pada tahun 2013
Maklumat peribadi
Nama penuh Daniel Van Buyten[1]
Tarikh lahir (1978-02-07) 7 Februari 1978 (umur 46)
Tempat lahir Chimay, Belgium
Ketinggian 1.97 m (6 ka ​5 58 in)[2]
Posisi permainan Pertahanan tengah
Kerjaya remaja
1986–1988 JS Froidchapelle
1988–1989 JSG Lammetal
1989–1991 JS Froidchapelle
1991–1993 Olympic Charleroi
1993–1994 UBS Auvelais
1994–1997 FC Somzée
1997–1998 Charleroi
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1998–1999 Charleroi 19 (1)
1999–2001 Standard Liège 57 (7)
2001–2004 Marseille 76 (12)
2004Manchester City (pinjam) 5 (0)
2004–2006 Hamburger SV 61 (7)
2006–2014 Bayern Munich 158 (20)
2010–2011 Bayern Munich II 2 (0)
Jumlah 378 (47)
Pasukan kebangsaan
2000 Belgium B18 1 (0)
1999 Belgium B21 6 (1)
2001–2014 Belgium 84 (10)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Kehidupan awal sunting

Bapa beliau, Franz merupakan seorang ahli gusti Belgium yang terkenal di Eropah pada era 1960 sehingga 1980.[4] Ibu beliau, Renate merupakan orang Jerman.

Kerjaya kelab sunting

Kerjaya awal sunting

Van Buyten menyertai kelab Perancis, Marseille pada musim panas 2001 meninggalkan kelab Belgium, Standard Liège apabila Van Butyen bersama dengan kelab tersebut sejak 1999.[5] Pada 31 Januari 2004, Van Butyen bersetuju untuk dipinjam ke kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City sehingga akhir musim.[6] Van Buyten merupakan pemain yang berbakat dalam setengah musim dan amat dipercayai oleh pengurus kelab tersebut terutama persembahan Van Buyten ketika menentang Chelsea. Bekas pengurus, Kevin Keegan berkata, "Saya tak rasa kita akan kekalkan dia (Van Buyten) sehingga akhir musim, saya rasa dia perlu ke kelab besar yang lain."[7]

Van Buyten pulang ke Marseille setelah habis perjanjian pinjaman ke Manchester City. Beliau telah ditandatangani oleh kelan Bundesliga, Hamburg pada June 2004 untuk menggantikan kapten Nico-Jan Hoogma.[8]

Bayern Munich sunting

 
Van Buyten bersama Bayern Munich pada 2010

Pada Jun 2006, Bayern Munich bersetuju untuk menandatangani Van Buyten dari Hamburg dalam kontrak sehingga musim 2009-10.[9] Van Buyten menjaringkan gol pertamanya untuk Bayern Munich ketika menentang Energie Cottbus pada 9 Disember 2006.[10] Van Buyten kemudian menjaringkan gol keduanya untuk kelab Bundesliga itu pada 26 Januari 2007 ketika menentang Borussia Dortmund tetapi Bayern tewas 2-3.[11]

Van Buyten memasuki perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara menentang AC Milan.[12] Van Buyten menjaringkan dua gol pihak lawan dalam kedudukan 2-2 untuk dibawa ke Munich dalam perlawanan penentuan. Namun, Bayern kalah sebagai tuan rumah 0-2.[13]

Pada 4 Februari 2010, Bayern Munich telah mengumumkan Van Buyten telah menandatangani kontrak baru bersama kelab tersebut sehingga 2012.[14][15] Pada 17 Disember 2011, Van Buyten mengambil sepakan percuma di mana beliau pertama kali mengambil sepakan itu pada perlawanan Bayern Munich dan 1. FC Köln.[16] Pada 30 April 2012, Van Buyten menandatangani kontrak selama setahun bersama Bayern Munich.[17]

Kedatangan Dante dari Borussia Mönchengladbach pada musim panas 2012,[18] Van Buyten menjadi pemain bek pertahanan utama bersama Dante Jérôme Boateng untuk musim 2012-13.[19] Van Buyten bermain dalam sepenuhnya perlawanan sehingga minit ke-90 ketika menentang kelab Catalan, FC Barcelona dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara 3-0 dengan agregat 7-0 dan bertemu dengan Borussia Dortmund dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara.[20]


Van Buyten merasakan beliau akan menyertai kelab FC Köln dalam kontraknya yang berbaki setengah musim.[21] Selepas akhir musim, Van Buyten terpaksa meninggalkan kelab Bayern Munich apabila kelab itu tidak memperbaharui kontraknya.[22] Kelab Liga Profesional Belgium, Anderlecht ingin mengajak Van Buyten ke kelab tersebut dengan kontrak bersama dua tahun pada Ogos 2014,[23] namun beliau menolak apabila beliau mengumumkan persaraan dari bola sepak.[24]

Kerjaya antarabangsa sunting

Van Buyten telah dipanggil untuk memasuki skuad kebangsaan pada 2001 dan kap pertama Van Buyten untuk Belgium pada 28 Februari ketika perlawanan menentang San Marino dalam kelayakan Piala Dunia 2002,[25] keputusan perlawanan tersebut ialah Belgium menang besar 10-1starting in a 10–1.[26] Gol pertama Van Buyten ialah dalam kap kedua beliau, ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Scotland, seri 2-2 pada 24 Mac 2001.[27]

Selepas aksi terbaik Van Buyten bersama Marseille di Perancis, pemain pertahanan muda itu memasuki skuad untuk Piala Dunia FIFA 2002 di Korea Selatan dan Jepun.[28] Van Buyten bermain sehingga minit ke-90 dalam perlawanan pembukaan kejohanan itu apabila seri 2-2 menentang tuan rumah, Jepun pada 4 Jun.[29] Dalam perlawanan kedua, Belgium seri sekali lagi bertemu Tunisia 1-1 apabila Van Buyten menerima kad kuning untuk Belgium.[30] Van Buyten membantu Belgium untuk ke peringkat kalah mati apabila menang 3-2 ke atas Rusia..[31] Dalam peringkat kalah mati, Belgium bertemu dengan juara empat kali kejohanan, Brazil.[32] Brazil mengalahkan Belgium 2-0 dengan jaringan Rivaldo dan Ronaldo.[33] Belgium tersingkir daripada kejohananan itu

Van Buyten bermain dalam semua perlawanan kelayakan UEFA Euro 2004[34] tetapi Belgium gagal ke kejohanan tersebut apabila tewas kepada Croatia.[35]

Pada 11 Februari 2009, Van Buyten menjaringkan dua gol untuk Belgium dalam perlawanan persahabatan menentang Slovenia, 2-0.[36] Pada 9 September, Van Buyten menjaringkan satu gol untuk Belgium dalam kelayakan Piala Dunia 2010 apabila tewas kepada Armenia 1-2, satu gol tidak cukup untuk Belgium menang.[37] Kekalahan itu bermakna Belgium tiada harapan untuk layak ke Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan.[38]

Dalam kelayakan UEFA Euro 2012, Belgium ditempatkan dalam Kumpulan A di mana terdapat pasukan Jerman, Turki dan Austria.[39] Van Buyten menjaringkan dua gol menentang Turki namun dua gol tidak cukup untuk menewaskan Turki apabila Turki menang 2-3, Belgium bermain dengan 10 orang pemain apabila kapten Vincent Kompany dibuang padang akibat menerima dua kad kuning.[40]

Belgium sekali lagi gagal untuk ke perlawanan play-off dengan perbezaan dua mata di belakang Turki apabila tewas 1-3 kepada Jerman dalam perlawanan akhir kelayakan pada 11 Oktober 2011..[41]

Dalam kelayakan Piala Dunia 2014, pemain veteran itu membuat lima pemunculan bersama Belgium untuk memasuki kejohanan itu dalam masa 12 tahun.[42]

Pada 13 Mei 2014, Van Buyten telah disenaraikan dalam skuad Belgium untuk Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.[43] Pada berumur 36 tahun, beliau memulakan aksi Piala Dunia dalam perlawanan menentang Algeria, Belgium menang 2-1 di Belo Horizonte.[44]

Kerjaya statistik sunting

 
Daniel Van Buyten.

Kelab sunting

Prestasi kelab Liga Piala Piala Liga Benua Lain Jumlah Ref.
Kelab Liga Musim App Gol App Gol App Gol App Gol App Gol App Gol
Belgium Liga Piala Belgium Piala Liga Eropah Lain Jumlah
Cherleroi Divisyen Pertama 1998–99 19 1 19 1
Jumlah 19 1 19 1
Standard Liège Divisyen Pertama 1999–2000 28 3 28 3
2000–01 26 3 2 1 28 4
Jumlah 54 6 2 1 56 7
Perancis Liga Coupe de France Coupe de la Ligue Eropah Lain Jumlah Ref.
Olympique Marseille Ligue 1 2001–02 23 2 23 3
Ligue 1 2002–03 35 8 35 8
2003–04 18 2 8 1 26 3
Jumlah 76 6 8 1 84 8
England Liga Piala FA Piala Liga Eropah Lain Jumlah Ref.
Manchester City Liga Perdana 2003–04 5 0 0 0 0 0 0 0 5 0
Jumlah 5 0 0 0 0 0 0 0 5 0
Jerman Liga DFB-Pokal DFB-Ligapokal Eropah Lain Jumlah Ref.
Hamburger SV Bundesliga 2004–05 34 5 1 0 4 0 39 5 [45]
2005–06 27 2 3 1 15 2 45 5 [46]
Jumlah 61 7 4 1 19 2 84 10
Bayern Munich Bundesliga 2006–07 31 3 3 0 2 0 10 2 46 5 [47]
2007–08 19 1 4 1 1 0 3 1 27 3 [48]
2008–09 18 3 2 0 5 1 25 4 [49]
2009–10 31 6 5 2 12 1 48 9 [50]
2010–11 21 2 3 0 5 0 0 0 39 2 [51]
Bayern Munich II 3. Liga 2010–11 1 0 1 0 [52]
Regionalliga Süd 2011–12 1 0 1 0 [53]
Bayern Munich Bundesliga 2011–12 13 4 2 0 7 0 22 4 [54]
2012–13 13 0 4 0 6 0 0 0 23 0 [55]
2013–14 12 1 3 0 2 0 1 0 18 1 [56][57]
Jumlah di Bayern Munich 158 20 26 2 3 0 50 5 1 0 250 32
Jumlah di Bayern Munich II 2 0 2 0
Jumlah kerjaya 375 40 30 3 3 0 79 9 1 0 488 52

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 24 Mac 2001 Glasgow, Scotland   Scotland 2–2 2–2 Kelayakan Piala Dunia 2002
2 30 Mac 2005 Serravalle, San Marino   San Marino 1–2 1–2 Kelayakan Piala Dunia 2006
3 7 September 2005 Antwerp, Belgium   San Marino 8–0 8–0 Kelayakan Piala Dunia 2006
4 6 September 2006 Yerevan, Armenia   Armenia 0–1 0–1 Kelayakan Euro 2008
5 11 Februari 2009 Genk, Belgium   Slovenia 1–0 2–0 Persahabatan
6 2–0
7 9 September 2009 Yerevan, Armenia   Armenia 2–1 2–1 Kelayakan Piala Dunia 2010
8 7 September 2010 Istanbul, Turki   Turki 0–1 3–2 Kelayakan Euro 2012
9 2–2
10 11 November 2011 Liège, Belgium   Romania 1–0 2–1 Persahabatan

Rujukan sunting

  1. ^ name="FIFA Club World Cup Morocco 2013: List of Players">"FIFA Club World Cup Morocco 2013: List of Players" (PDF). FIFA. 7 Disember 2013. m/s. 5. Dicapai pada 7 Disember 2013.
  2. ^ "van Buyten, Daniel" (dalam bahasa German). kicker. Dicapai pada 4 Mac 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ ORourke, Peter. "MARSEILLE - STAR MAN - DANIEL VAN BUYTEN". Sky Sports. Dicapai pada 28 July 2014.
  4. ^ "Franz Van Buyten". Wrestling Data. Dicapai pada 24 May 2013.
  5. ^ "Daniel Van Buyten". UEFA. Dicapai pada 23 May 2013.
  6. ^ "Man City sign Van Buyten". BBC Sport. 31 January 2004. Dicapai pada 23 May 2013.
  7. ^ "Keegan to lose Van Buyten". BBC Sport. 2 March 2004. Dicapai pada 23 May 2013.
  8. ^ "Hamburg attract Van Buyten". UEFA. 14 June 2004. Dicapai pada 23 May 2013.
  9. ^ Coerts, Stefan (26 January 2013). "Van Buyten: Bayern should not take Arsenal tie lightly". Goal. Dicapai pada 23 May 2013.
  10. ^ "Bayern München vs. Energie Cottbus 2 - 1". US Soccerway. 9 December 2006. Dicapai pada 23 May 2013.
  11. ^ "Borussia Dortmund 3-2 Bayern Munich". ESPN FC. 26 January 2007. Dicapai pada 23 May 2013.
  12. ^ McNulty, Phil (3 April 2007). "AC Milan 2-2 Bayern Munich". BBC Sport. Dicapai pada 23 May 2013.
  13. ^ Aikman, Richard (4 April 2007). "Van Buyten gives Bayern the edge". UEFA. Dicapai pada 23 May 2013.
  14. ^ "Bayern Munich trio sign new deals". Ontheminute.com. 4 February 2010. Dicapai pada 4 February 2010.
  15. ^ "Van Buyten commits future to Bayern". UEFA.com. 5 February 2010. Dicapai pada 11 February 2010.
  16. ^ Potter, Alistair (17 December 2011). "Bayern Munich's Daniel van Buyten hits free-kick so hard the ball bursts". metro.co.uk. Dicapai pada 23 December 2011.
  17. ^ Caferoglu, Livio (30 April 2012). "Van Buyten signs one-year extension with Bayern". Goal.com. Dicapai pada 2 May 2012.
  18. ^ "Bayern sign Gladbach defender Dante". FIFA. 26 April 2012. Dicapai pada 23 May 2013.
  19. ^ "Bayern Munich crowned Bundesliga champions in record time". The Guardian. 6 April 2013. Dicapai pada 23 May 2013.
  20. ^ Hunter (1 May 2013). "Clinical Bayern complete Barcelona conquest". UEFA. Dicapai pada 24 May 2013.
  21. ^ Zocher, Thomas (16 April 2014). "Transfer News: Cologne deny deal for Bayern Munich's Daniel van Buyten". Sky Sports. Dicapai pada 25 May 2014.
  22. ^ "Daniel van Buyten quitte le Bayern Munich". L'Équipe (dalam bahasa French). 27 May 2014. Dicapai pada 21 August 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  23. ^ "Daniel Van Buyten zegt 'nee' tegen Anderlecht en gaat met pensioen" (dalam bahasa Belanda). Het Nieuwsblad. 14 August 2014. Dicapai pada 21 August 2014.
  24. ^ "Van Buyten: "Mein Körper hat genug gelitten"" (dalam bahasa German). kicker. 14 August 2014. Dicapai pada 21 August 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  25. ^ Stokkermans, Karel (16 May 2013). "Belgium - Record International Players". RSSSF. Dicapai pada 23 May 2013.
  26. ^ "Belgium - San Marino 10:1 (3:0)". FIFA. 28 February 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-01. Dicapai pada 23 May 2013.
  27. ^ "Clockwatch: Scotland 2-2 Belgium". BBC Sport. 24 March 2001. Dicapai pada 23 May 2013.
  28. ^ "Belgium". FIFA. 31 May 2012. Dicapai pada 23 May 2013.
  29. ^ Chaudhary, Vivek (4 June 2004). "Gunner Inamoto makes a point". The Guardian. Dicapai pada 23 May 2013.
  30. ^ "Tunisia hold Belgium". BBC Sport. 10 June 2004. Dicapai pada 23 May 2013.
  31. ^ Ingle, Sean (14 June 2002). "Belgium 3 - 2 Russia". The Guardian. Dicapai pada 23 May 2013.
  32. ^ Wilmots (14 June 2002). "World Cup: Belgium through to face Brazil". Daily Mail. Dicapai pada 23 May 2013.
  33. ^ "Brazil 2, Belgium 0 : Irrepressible duo is the difference". NY Times. 18 June 2002. Dicapai pada 23 May 2013.
  34. ^ "Matches of D. Van Buyten". Soccerway. Dicapai pada 23 May 2013.
  35. ^ "Victory not enough for Belgium". UFEA. 11 October 2003. Dicapai pada 23 May 2013.
  36. ^ "Van Buyten brilha, e Bélgica derrota a Eslovênia em amistoso". Globoesporte.com (dalam bahasa Portuguese). 11 February 2009. Dicapai pada 5 May 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  37. ^ "Armenia - Belgium 2:1 (1:0)". FIFA. 9 September 2009. Dicapai pada 23 May 2013.
  38. ^ Bell, Jack (9 September 2009). "Belgium Loses Again as Coach Quits". NY Times. Dicapai pada 23 May 2013.
  39. ^ "Quali-Termine für Euro 2012 stehen fest" (dalam bahasa German). Heute. 22 February 2010. Dicapai pada 23 May 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  40. ^ Vermeiren, Dirk (7 September 2010). "Arda strike condemns Belgium to defeat". UEFA. Dicapai pada 23 May 2013.
  41. ^ Potter, Steffen (11 October 2011). "Germany stamp out Belgium's fire". UEFA. Dicapai pada 23 May 2013.
  42. ^ "Daniel VAN BUYTEN". FIFA. Dicapai pada 22 June 2014.
  43. ^ "Adnan Januzaj included in Belgium's World Cup squad". BBC Sport. 13 May 2014. Dicapai pada 15 May 2014.
  44. ^ Chowdhury, Saj (17 June 2014). "Belgium 2-1 Algeria". BBC Sport. Dicapai pada 17 June 2014.
  45. ^ "Daniel van Buyten" (dalam bahasa German). Fussballdaten.de. Dicapai pada 14 July 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  46. ^ "Daniel van Buyten" (dalam bahasa German). Fussballdaten.de. Dicapai pada 14 July 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  47. ^ "Daniel van Buyten" (dalam bahasa German). Fussballdaten.de. Dicapai pada 14 July 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  48. ^ "Daniel van Buyten" (dalam bahasa German). Fussballdaten.de. Dicapai pada 14 July 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  49. ^ "van Buyten, Daniel" (dalam bahasa German). kicker. Dicapai pada 14 July 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  50. ^ "van Buyten, Daniel" (dalam bahasa German). kicker. Dicapai pada 14 July 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  51. ^ name="Spieler-Statistik 2010/11">"van Buyten, Daniel" (dalam bahasa German). kicker. Dicapai pada 14 July 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  52. ^ name="Spieler-Statistik 2010/11"
  53. ^ name="Spieler-Statistik 2011/12">"van Buyten, Daniel" (dalam bahasa German). kicker. Dicapai pada 14 July 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  54. ^ name="Spieler-Statistik 2011/12"
  55. ^ "van Buyten, Daniel" (dalam bahasa German). kicker. Dicapai pada 14 July 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  56. ^ "van Buyten, Daniel" (dalam bahasa German). kicker. Dicapai pada 14 July 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  57. ^ "Reus eröffnet und beendet den Torreigen". kicker. 27 July 2013. Dicapai pada 14 July 2014.