Darjah Bunga Kekwa

Darjah Yang Maha Utama Chrysanthemum (Jepun: 大勲位菊花章, Hepburn: Dai-kun'i kikka-shō, secara harfiahnya Darjah Tertinggi Lencana Bunga Kekwa) merupakan darjah yang tertinggi sekali dan yang paling kanan dalam senarai keutamaan anugerah Jepun. Grand Cordon of the Order (Selempang Utama Darjah) telah dizahirkan pada tahun 1876 oleh Maharaja Meiji; kalung Darjah telah ditambah pada 4 Januari 1888. Walaupun secara teknikalnya darjah tersebut hanya mempunyai satu kelas, ia boleh dianugerahkan "bersama kalung," yang bermaksud rantai, atau "bersama selempang utama," disertai oleh selepang. Tidak seperti negara Eropah, darjah ini boleh dikurniakan selepas mati.

Darjah Bunga Kekwa
菊花章
JenisDarjah kebesaran Sunting ini di Wikidata
Dizahirkan27 Disember 1876 Sunting ini di Wikidata
NegaraJepun Sunting ini di Wikidata
Susunan keutamaan
Lebih rendahDarjah Bunga Paulownia Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Order of the Chrysanthemum
Darjah Yang Maha Utama Chrysantemum
Bar reben Order of the Chrysanthemum
Darjah dan Reben Order of the Chrysanthemum

Selain daripada Kerabat Imperial, hanya enam warga Jepun yang pernah dikurniakan bersama kalung disepanjang hayat mereka; penerima anugerah terakhir ini ialah mantan Perdana Menteri Saionji Kinmochi pada tahun 1928. Tujuh orang lagi telah dikurniakan secara anumerta bersama kalung itu; penerima anugerah terakhir ini ialah mantan Perdana Menteri Sato Eisaku pada tahun 1975. Hari ini, hanya Maharaja yang memerintah memegang penghormatan ini sebagai darjah maharaja; walau bagaimanapun, pengecualian telah dibuat untuk ketua-ketua negara asing, yang boleh dikurniakan kalung itu sebagai tanda persahabatan.

Selempang Utama ialah darjah kebesaran tertinggi Jepun yang boleh dikurniakan kepada warga Jepun semasa hayat mereka. Selain daripada Kerabat Imperial, hanya 21 grand cordon telahpun dikurniakan kepada warga yang masih hidup dan 29 lagi kepada yang sudah mati.

Lambang sunting

 
Marsyal Laksamana Marquis Tōgō Heihachirō, bersama Kalung Darjah dan Selepang Utama Darjah Chrysanthemum. Tōgō merupakan salah seorang daripada hanya enam orang yang dikurniakan Kalung Darjah sewaktu masih hidup.

Kalung darjah telah diperbuat dari emas, dan bercirikan kanji untuk "Meiji," dalam bentuk klasik, menunjukkan era penubuhan darjah tersebut. Ia dihiasi dengan bunga kekwa emas dan dedaun enamel hijau.

Selepang grand cordon berwarna merah dengan jalur tepi berwarna biru gelap. Ia dipakai pada bahu kanan.

Bintang darjah serupa dengan Lencana, tetapi dari perak, tanpa pautan chrysanthemum, dan berbentuk bucu lapan yang bersadur emas (dengan pancaran-pancaran enamel putih dan disk matahari berenamel merah) yang terletak di tengah. Ia dipakai pada kiri dada.

Lencana darjah berbentuk empat bucu yang bersadur emas dengan pancaran-pancaran enamel putih; di tengah-tengah terdapat disk matahari berenamel merah. Disetiap penjuru terletak empat lencana kecil bunga kekwa enamel kuning berserta dedaun kekwa berenamel hijau. Lencana ini berpaut pada motif (sederhana besar) bunga kekwa enamel kuning, samada pada kalung atau pada grand cordon.

Bar reben
 
Kalung
 
Grand Cordon

Nota sunting

Rujukan sunting

Petikan sunting

Sumber sunting

Pautan luar sunting

Lihat juga sunting