Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia

Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (D.K.M.) merupakan darjah yang tertinggi antara sepuluh darjah Anugerah Diraja Malaysia dan tidak mempunyai darjah kecil.

Darjah-Darjah Kerabat Persekutuan
Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia
Dianugerahkan oleh

Yang di-Pertuan Agong
JenisDarjah kebesaran
Dizahirkan18 April 1966
NegaraMalaysia Sunting ini di Wikidata
Reben     Merah
KelayakanYang di-Pertuan Agong sahaja
Dianugerahkan untukPertabalan Yang di-Pertuan Agong
StatusMasih dikurniakan
RajaYang di-Pertuan Agong
GredDarjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia
Singkatan darjahDKM
Perangkaan
Pelantikan terakhir2019[1]
Jumlah lantikan13
Susunan keutamaan
Lebih tinggiSeri Pahlawan Gagah Perkasa[2]
Lebih rendahDarjah Utama Seri Mahkota Negara[2]

Bar reben Darjah Kebesaran
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Anugerah ini dikurniakan kepada setiap Baginda Raja yang telah menjadi Yang di-Pertuan Agong. Bilangan ahlinya terhad seramai sepuluh orang sahaja.

Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia ini mengandungi kalung, bintang, selepang dan lencana. Kalung Darjah diperbuat daripada perak bersadur emas. Bintang Darjah berbentuk pancaran-pancaran emas dan di atasnya berukir timbul motif daun paku. Darjah diperbuat daripada kain sutera merah dan hujungnya berikat reben. Lencana Darjah berbentuk pancaran-pancaran emas dan di atasnya terdapat sekuntum bunga raya. Ia berpaut pada motif Mahkota Diraja Malaysia. Darjah ini dizahirkan pada 18 April 1966 dan diwartakan pada 30 Jun 1966.

Penerima Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (DKM) sunting

Senarai penerima Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (DKM)

Penerima darjah yang masih hidup sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2019-07-11.
  2. ^ a b "PANDUAN PENCALONAN DKBPP 2018" (PDF). Bahagian Istiadat & Urusetia Persidangan Antarabangsa. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-08-26. Dicapai pada 2018-09-05.

Pautan luar sunting