Darwinisme ialah satu teori evolusi biologi yang dikembangkan oleh Charles Darwin dan lain-lain, menyatakan bahawa semua spesies organisme bangkit dan berkembang melalui pemlihan semula jadi bagi variasi kecil yang terwaris yang meningkatkan kebolehan individu untuk bersaing, mandiri, dan membiak. Juga dipanggil teori Darwin, teori ini pada asalnya menyertakan konsep luas bagi transmutasi spesies atau bagi evolusi yang memperolehan penerimaan sains umum apabila Charles Robert Darwin menerbitkan Asal Usul Spesies, termasuk konsep yang wujud sebelum teori-teori Darwin, tetapi kemudiannya merujuk konsep spesifik pemilihan semula jadi, sawar Weismann atau dalam genetik, dogma memusat biologi molekul.[1] Sungguhpun ini biasanya hanya merujuk evolusi biologi, istilah ini telah digunakan oleh kreasionis untuk merujuk asal usul hidupan, dan juga telah digunakan untuk konsep evolusi kosmos, kedua-duanya tidak mempunyai sambungan dengan kerja Darwin. Maka ini dianggap seabgai kepercayaan dan penerimaan kerja milik Darwin, dan pendahulu-pendahulunya, di tempat teori-teori lain termasuk rekaan ketuhanan dan asal usul makhluk luar bumi.[2][3]

Charles Darwin pada 1868.

Erti "Darwinisme" telah berubah sepanjang masa, dan berubah-ubah bergantung pada konteksnya.[4] Di Amerika Syarikat, istilah "Darwinism" kerap digunakan oleh kreasionis sebagai istilah pejoratif dalam rujukan kepada kepercayaan seperti naturalisme ateistik, tetapi di United Kingdom, istilah ini tidak mempunyai konotasi negatif, bebas digunakan sebagai trengkas untuk badan teori yang berkenaan dengan evolusi, dan terutamanya, evolusi dengan pemilihan semula jadi.[5]

Istilah ini dicipta oleh Thomas Henry Huxley pada April 1860,[6] dan digunakan untuk memerihalkan konsep evolusi pada am, termasuk konsep-konsep awal seperti Spencerisme. Ramai penyokong Darwinisme pada masa itu, termasuk Huxley, mempunyai keraguan tentang keertian pemilihan semula jadi, dan Darwn sendiri memberikan kepercayaan kepada yang kemudian dipanggil Lamarckisme. Neo-Darwinisme yang sebenarnya daripada August Weismann memperoleh beberapa orang penyokong pada hujung abad ke-19. Semasa tempoh ini, yang telah dipanggil "gerhana Darwinisme", ahli sains mencadangkan beberapa mekanisme evolusi alternatif yang kemudiannya dibuktikan tidak boleh dipertahankan. Perkembangan sintesis evolusi moden dari 1930-an hingga 1950-an, menggabungkan pemilihan semula jadi dengan genetik populasi dan genetik Mendel, menghidupkan Darwinisme semula dalam bentuk terkemas kini.[7]

Sementara istilah ini telah kekal digunakan dalam kalangan pengarang sains apabila merujuk teori evolusi moden, ini semakin dihujahkan bahawa Darwinisme ialah istilah tidak sesuai untuk teori evolusi moden.[5][8] Contohnya, Darwin tidak terbiasa dengan kerja Gregor Mendel,[9] dan lalu hanya kabur dan mempunyai kefahaman tidak tepat bagi keturunan. Beliau begitu sahaja tidak mempunyai bayangan bagi perkembangan lebih terkini dan, seperti diri Mendel, tidak mengetahui hanyutan genetik sebagai contoh.[10]

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ John Wilkins (1998). "How to be Anti-Darwinian". TalkOrigins Archive. Dicapai pada 19 Jun 2008.
  2. ^ "Expelled Exposed: Why Expelled Flunks » …on what evolution explains". Pusat Negara untuk Pendidikan Sains. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-20. Dicapai pada 22 Disember 2008.
  3. ^ based on a European Southern Observatory release (9 Disember 2006). "Galactic Darwinism :: Astrobiology Magazine - earth science - evolution distribution Origin of life universe - life beyond :: Astrobiology is study of earth science evolution distribution Origin of life in universe terrestrial". Dicapai pada 22 Disember 2008.
  4. ^ Joel Hanes. "What is Darwinism?". TalkOrigins Archive. Dicapai pada 19 Jun 2008.
  5. ^ a b Scott, Eugenie C. (16 Januari 2009). "Don't Call it "Darwinism"". Evolution: Education and Outreach. New York: Springer. 2 (1): 90. doi:10.1007/s12052-008-0111-2. ISSN 1936-6434. Dicapai pada 17 November 2009. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)[pautan mati kekal]
  6. ^ Huxley, T.H. (April 1860). "ART. VIII.- Darwin on the origin of Species". Westminster Review. m/s. 541–70. Dicapai pada 19 Jun 2008. What if the orbit of Darwinism should be a little too circular?
  7. ^ Bowler 2003, halaman 179, 222–225, 338–3399, 347
  8. ^ Olivia Judson (15 Julai 2008). "Let's Get Rid of Darwinism". New York Times.
  9. ^ Sclater, Andrew (Jun 2006). "The extent of Charles Darwin's knowledge of Mendel". Journal of Biosciences. Bangalore, India: Springer India / Akademi Sains India. 31 (2): 191–193. doi:10.1007/BF02703910. PMID 16809850. Dicapai pada 3 Januari 2009. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)[pautan mati kekal]
  10. ^ Laurence Moran (1993). "Random Genetic Drift". TalkOrigins Archive. Dicapai pada 27 Jun 2008.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Templat:Darwin