Dayavan: Kebenaran adalah Kuasa adalah filem ketegangan Hindi yang diterbitkan pada tahun 1988 dan merupakan buatan semula filem Tamil Nayagan (1987). Filem ini diarahkan oleh Feroz Khan, dan watak-watak utama dibintangi oleh Vinod Khanna, Feroz Khan dan Madhuri Dixit dengan Aditya Pancholi memegang sebuah peranan yang penting.

Sinopsis sunting

Setelah menyaksikan ayahnya dibunuh oleh polis tempatan, dan sejurus menjadikannya anak yatim yang kehilangan tempat tinggal, rasa kebencian dan ketidakpercayaan kepada polis di India membuak-buak di dalam diri Shakti Velu. Dia kemudian berkawan dengan seorang budak lelaki bernama Shanker yang juga kehilangan tempat tinggalnya. Shanker meminta Shakti untuk menemaninya pergi ke setinggan-setinggan di Bombay, di mana mereka tinggal dengan seorang Muslim yang baik hati bernama Karim Baba dan anak perempuannya, Shama. Di sinilah Shakti dan Shankar menghabiskan zaman kanak-kanak mereka. Saat mereka dewasa, mereka juga berkecimpung di dalam kegiatan jenayah kecil. Di sini jugalah Shakti menyaksikan kekasaran dan kekejaman polis, terutamanya di tangan Inspektor Polis Ratan Singh, seorang yang sadis, kaki botol dan kaki perempuan. Tatkala Karim Baba ditangkap, dipenjara, dan dijumpai dalam keadaan tergantung dari lehernya di dalam tahanan polis, Shakti memburu Ratan Singh, dan membunuhnya terang-terangan pada waktu siang hari di depan khalayak ramai. Sebuah penyiasatan dijalankan, tetapi tiada seorang pun yang tampil ke hadapan sebagai saksi. Oleh itu, Shakti mendapat reputasi sebagai Abang Kawasan yang berhati baik, iaitu Dayavan. Shakti mengahwini pelacur tempatan, Neelu, dan dikurniakan dengan dua orang anak, Suraj dan Sarita. Dia menjadi lebih berkuasa dan sangat berpengaruh di serata Bombay, dan rakan-rakan kerjanya adalah Abang-abang Kawasan berkuasa yang telah memerintah Bombay untuk sekian lama. Lama-kelamaan, Shakti menggantikan mereka, dan menjadi satu-satunya Abang Kawasan Bombay. Ini menyebabkan terjadinya kemunculan musuh untuk dia serta keluarganya, tetapi dia percaya disebabkan dia tidak membuat perkara yang benar-benar jahat kepada orang lain, dia dan keluarganya akan selamat. Kepercayaan inilah yang akan mengorbankan hidupnya dan keluarganya, dan dia akan mengalami kesedaran bahawa dirinya sendirilah yang patut dipersalahkan kerana berbuat baik kepada seseorang lelaki, dan lelaki inilah yang akhirnya akan membawa kehancuran untuk keluarga Velu.

Barisan pelakon sunting

  • Vinod Khanna sebagai Shakti Velu atau Dayavan
  • Feroz Khan sebagai Shanker Waghmare
  • Madhuri Dixit sebagai Neelu, isteri kepada Shakti
  • Aditya Pancholi sebagai menantu Dayavan
  • Amrish Puri sebagai Inspektor Ratan Singh
  • Aanjjan Srivastav sebagai Penguasa Polis
  • Amala sebagai Sarita
  • Anuradha Patel sebagai Shama
  • Aruna Irani sebagai Tara
  • Ramya Krishnan sebagai Dancer
  • Tinnu Anand sebagai anak lelaki Ratan Singh
  • Alok Nath sebagai Karim Baba
  • Naresh Suri sebagai Tora Swami
  • Mangal Dhillon
  • Mahaverr Shah

Runut bunyi sunting

Runut bunyi filem ini boleh didapati di T-Series, dan digubah oleh pengarah-pengarah muzik veteran Laxmikant-Pyarelal. Lagu kegilaan ramai Aaj Phir Tum Pe telah dicipta pada tahun 2014 untuk filem Hate Story 2 dan dinyanyikan oleh Arijit Singh.

# Tajuk Penyanyi
Lirik
1 "Aaj Phir Tum Pe" Pankaj Udhas, Anuradha Paudwal Aziz Qaisi
2 "Kahe Saiyan Teri Meri Baat" Kavita Krishnamurthy, Alka Yagnik Aziz Qaisi
3 "Dil Tera Kisne Toda" Mohammad Aziz Indeewar
4 "Diwani Tum Jawanon Ki" Jolly Mukherjee, Sapna Mukherjee, Mohammad Aziz Indeewar
5 "Chahe Meri Jaan Tu Le Le" Jolly Mukherjee, Sapna Mukherjee Indeewar

Anugerah dan pencalonan sunting

  • Dicalonkan- Anugerah Filmfare untuk Penyanyi Latar Terbaik (Lelaki)- Muhammad Aziz untuk Dil Tera

Pautan luar sunting