Dekade ([dəˈkadə]; ialah album pop Indonesia 2002 terbitan Musica Studio's dan merupakan album Chrisye ke-19. Ia juga merupakan satu-satunya album saduran beliau.

Dekade
Album studio oleh
Dilancarkan pada2002
GenrePop
BahasaBahasa Indonesia Edit the value on Wikidata
SyarikatMusica Studio's
PenerbitIndrawati Widjaja[1]
Kronologi Chrisye
"Konser Tur 2001
(2001)
"Dekade"
(2002)
"Senyawa"
(2004)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penciptaan sunting

Idea untuk Dekade datang apabila Chrisye memikirkan lagu-lagu popular terdahulu yang semakin dilupakan. Percaya bahawa genre muzik moden memacu ilham dari masa silam, beliau berbincang degan Erwin Gutawa, yang bersetuju bahawa penghargaan untuk sejarah muzik pop Indonesia harus diadakan. Mereka mula bekerjasama untuk mencari lagu yang merasakan sesuai dengan padanan suara timbre Chrisye.[1]

Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk memilih "Kr. Pasar Gambir dan Stambul Anak Jampang" untuk mewakili tahun 1940-an, "Di Bawah Sinar Bulan Purnama" untuk mewakili tahun 1950-an, "Dara Manisku" untuk mewakili tahun 1960-an, "Anggrek Bulan" dan "Pengalaman Pertama" untuk mewakili tahun 1970-an, "Kisah Kasih di Sekolah" dan "Sakura dalam Pelukan" untuk mewakili tahun 1980-an, "Kangen" untuk mewakili tahun 1990-an, dan "Seperti yang Kau Minta" untuk mewakili tahun 2000-an.[2] Lagu-lagu tersebut dipilih untuk mewakili pelbagai genre, termasuk keroncong, rock and roll, pop,[1] dan dangdut.[2]

Atas permintaan Chrisye, Musica Studios mendekati Sophia Latjuba sebagai rakan duetnya. Menurut Chrisye, beliau memilih Sophia kerana suaranya yang "unik". Biarpun Sophia terkejut kerana diminta menjadi rakan duetnya dan terikat dengan syarikat rakaman lain, beliau menerimanya.[3]

Chrisye dan Sophia Latjuba merakamkan vokal mereka di Musica Studios di Jakarta, sementara Allan Eaton Orchestra merakamkan bunyi mereka di studio mereka di Melbourne, Australia. Gubahan telah dikendalikan oleh Erwin Gutawa.[1] Rakaman juga dijalankan di Sing-Sing Studio di Melbourne dan 301 Studio di Sydney. Seramai 15 orang terlibat dalam pembikinan album ini.[2]

Senarai runut sunting

No.TajukPenulisArtis asalMasa
1."Kangen" (menampilkan Sophia Latjuba) Ahmad DhaniAhmad Dhani5:08
2."Sakura Dalam Pelukan"Fariz RMFariz RM5:09
3."Kisah Kasih di Sekolah"Obbie MessakhObbie Messakh4:44
4."Pengalaman Pertama"A. RafiqA. Rafiq4:14
5."Kr. Pasar Gambir dan Stambul Anak Jampang"Ismail MarzukiIsmail Marzuki4:42
6."Anggrek Bulan" (menampilkan Sophia Latjuba) A. RiyantoA. Riyanto4:03
7."Dara Manisku"Tonny KoeswoyoKoes Bersaudara3:37
8."Di Bawah Sinar Bulan Purnama"R. MaladiR. Maladi4:36
9."Seperti Yang Kau Minta"PongkyJikustik4:46


Sambutan sunting

Dekade mendapat sambutan, terjual sebanyak 300,000 salinan dan telah menerima pensijilan platinum berganda sempena ulang tahun Chrisye yang ke-54.[4] Menjelang Oktober 2003 ia telah terjual sebanyak 350,000 unit.[5]

Muzik video telah dikeluarkan untuk empat lagu, termasuk dua lagu menampilkan Sophia Latjuba: "Seperti Yang Kau Minta", "Kisah Kasih di Sekolah",[6] "Kangen", dan "Anggrek Bulan".[7]

Chrisye mengikuti keluaran Dekade dengan konsert di Dewan Plenari di Jakarta pada 2003. Tiket habis dijual dan jumlah penonton meningkat kepada seribu. Ia telah dikendalikan oleh Danesh Item, Pardi, Doni Lamuri, Rudra, Edy Jacobus, Lucas Harnadi, dan Niki Hirio.[8]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Dekade. Chrisye. Musica Studios. 2002.CS1 maint: others (link)
  2. ^ a b c "CHRISYE – DEDIKASI – DEKADE" Musica Studios. 9 October 2002. (Indonesia)
  3. ^ "Dekade, Jembatan Antar Generasi Chrisye". Tembang.com. (Indonesia)
  4. ^ "Chrisye: Ultahnya Ber-Platinum". Tembang.com. (Indonesia)
  5. ^ "Wajah Lama Energi Baru". Kompas. 19 October 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2007. Dicapai pada 5 January 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ (2006) Video CD notes for Chrisye by request by Chrisye. Musica Studios.
  7. ^ (2006) Video CD notes for Chrisye duets by request by Chrisye et al. Musica Studios.
  8. ^ "World Stage: Chrisye “DeKaDe” - In Concert A look at live sound in Indonesia Diarkibkan 2003-12-22 di Wayback Machine" Live Sound International. 2003.

Pautan luar sunting