Demam kuning dewasa

Penyakit demam kuning dikalangan orang dewasa mungkin disebabkan oleh serangan virus dalam kumpulan "keluarga Flaviviradae". Virus ini biasanya disebarkan melalui gigitan nyamuk yang dijangkiti oleh virus penyebab penyakit Demam Kuning.

Nyamuk
Nyamuk Aedes aegypti
Pengkelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Arthropoda
Kelas: Insecta
Order: Diptera
Famili: Culicidae
Umum
lihat teks

Diantara pembawa atau vektor kepada virus penyebab demam kuning adalah nyamuk Aedes aegyti (pembawa kepada virus Denggi – punca kepada penyakit Demam Denggi dan penyakit Demam Denggi Berdarah).

Demam kuning (juga dikenali sebagai muntah hitam ( black vomit ) atau kadang kala (The American Plague) adalah penyakit virus biologi. Ia masih merupakan sebab utama penyakit berdarah (hemorhage) di beberapa negara Afrika dan Amerika Selatan walaupun terdapat vaksin yang berkesan. Pada masa dahulu, ia merupakan penyebab beberapa wabak yang membawa bencana.

Penyakit ini disebabkan oleh arbovirus dari famili Flaviviridae, dan adalah virus RNA terkecil diasingkan dari manusia.

Nyamuk adalah vektor penyakit utama dalam penyebaran penyakit dari monyet hutan kepada manusia dan dalam penyebaran manusia ke manusia. Nyamuk yang terbabit adalah Aedes simpsoni, Aedes africanus, dan Aedes aegypti di Afrika; dan genera Haemagogus dan Sabethes.

Kitaran penyakit berbeza daripada jangkitan tidak kelihatan kepada penyakit demam kuat dangan kadar kematian yang tinggi. Terdapat perbezaan antara wabak di kawasan luar bandar dengan dalam bandar. Penyakit di dalam bandar dan orang bukan tempatan adalah lebih serious.

Selepas 3 hingga 6 hari tempoh pengeraman simptom biasa yang kelihatan adalah demam, sakit otot, sakit kepala, dan sakit belakang. Simptom lain lidah merah, muka kemerahan, dan mata menjadi merah juga merupakan simptom penyakit demam kuning. Dalam sebahagian kes terdapat juga penglibatan organ dalaman - hati, ginjal dan jantung. Terdapat juga pendarahan dari usus penghadaman (muntah darah). Kemudian penyakit ini sering dirumitkan lagi dengan jaundise dengan kegagalan hati dan/atau kegagalan ginjal dengan proteinuria. Jika penyakit bertambah buruk, meracau, sawan dan koma menurut. Hypotension dan kekeringan ( dehydration ) juga biasa. Kadar kematian sekitar 5%. Pesakit yang mati biasanya berlaku dalam tempoh enam hingga tujuh hari selepas mula menunjukkan tanda-tanda.

Kesihatan umum sunting

Demam kuning adalah salah satu penyakit di dunia yang sesetengah negara mewajibkan vaksin untuk orang yang mengembara ke tempat berjangkit. Negara-negara ini juga biasanya mempunyai peraturan memerlukan kuarantin untuk mereka yang tiba dari kawasan semulajadi ( endemic ) demam kuning yang tidak mempunyai bukti mereka mempunyai vaksin terhadap penyakit demam kuning. Ini disebabkan vektor penyebaran demam kuning, nyamuk Aedes, wujud di kawasan tropika lain dunia yang tidak dijangkiti demam kuning dan wabak mungkin merebak sekiranya penyakit ini di bawa masuk tanpa sengaja.

Pencegahan sunting

Vaksin untuk penyakit demam kuning telah dimajukan yang memberikan 10 tahun ketahanan dari penyakit demam kuning dan melindungi mereka yang mengembara ke kawasan dijangkiti dan sebagai langkah mengawal penyakit pada masa yang sama. Racun serangga dan pakaian pelindung, dan skrin rumah boleh membantu tetapi tidak selalunya mencukupi Di kawasan terbabit, kaedah kawalan nyamuk ternyata berkesan untuk mengurangkan jumlah kes.

Di kebanyakan negara, pelawat yang pernah pergi ke kawasan asal demam kuning dalam tempoh enam bulan dan tidak mempunyai bukti vaksin terhadap penyakit demam kuning boleh di kuarantin sehingga mereka disahkan bebas daripada demam kuning.

Rawatan sunting

Tidak terdapat rawatan khusus bagi penyakit demam kuning; oleh itu pevaksinan adalah penting. Rawatan hanya kepada tanda-tanda dan hanya sebagai sokongan. Penggantian cecair, melawan hypotension dan pemindahan hasil darah hanya dijalankan pada kes yang teruk. Bagi kegagalan ginja - dialysis.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting