Deon McCaulay

Pemain bola sepak Belize

Deon McCaulay (lahir 20 September 1987) merupakan pemain bola sepak Belize yang bermain untuk Atlanta Silverbacks dalam North American Soccer League.[1]

Deon McCaulay
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1987-09-20) 20 September 1987 (umur 36)
Tempat lahir Belize City, Belize
Ketinggian 1.76 m (5 ka ​9 516 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Atlanta Silverbacks
Nombor 9
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2006 Kremandala
2006–2007 FC Belize
2007–2008 Belize Defence Force
2008 Puntarenas
2008–2009 FC Belize
2009 Belize Defence Force
2009–2011 Deportes Savio 25 (4)
2011–2012 R.G. City Boys United
2013–2014 Belmopan Bandits
2014– Atlanta Silverbacks 11 (4)
Pasukan kebangsaan
2007– Belize 32 (17)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 8 Mei 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 13 September 2014

Karier kelab sunting

McCaulay pernah bermain di Belize untuk Kremandala, FC Belize dan Belize Defence Force; di Costa Rica dia gagal dalam ujian percubaan bersama Puntarenas;[2] dia bermain di Honduras untuk Deportes Savio.[3] Dia juga telah bermain untuk Belmopan Bandits dalam Premier League of Belize.[4]

Pada bulan Februari 2013 dia telah menjalani ujian pemilihan dengan Portland Timbers dari Major League Soccer.[5]

Pada bulan Mac 2014 dia menyertai Atlanta Silverbacks dari North American Soccer League.[6]

Karier antarabangsa sunting

McCaulay membuat kemunculan sulung antarabangsa untuk Belize pada tahun 2007.[3] Dia merupakan ahli pasukan Belize semasa kelayakan Piala Dunia FIFA edisi 2010 dan 2014,[7] dan menjaringkan gol pertama dan hatrik pertama semasa kempen Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014.[8] Dia merupakan penjaring terbanyak Belize sepanjang masa,[9] dengan 13 gol ketika kelayakan Piala Dunia FIFA,[7] dua gol ketiga Piala Negara-Negara UNCAF 2007 dan satu gol ketika Copa Centroamericana 2013. Dia merupakan penjaring terbanyak dunia dalam kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 bersama-sama Luis Suárez dan Robin van Persie dengan 11 gol. Dia menjaringkan gol hatrik ketika kemenangan 5-2 ke atas Montserrat pada bulan Jun 2011.[10]

Rujukan sunting

  1. ^ "Silverbacks sign CONCACAF Top Scorer - Belize international Deon McCaulay". NASL. 25 February 2014. Dicapai pada 25 February 2014.
  2. ^ "Deon McCaulay, de Belice, lidera el goleo mundialistaoutings".
  3. ^ a b (Inggeris) Profil Deon McCaulay di National-Football-Teams.com
  4. ^ "Bandits on a roll, Police scoreless in 4 outings". Amandala. 5 April 2013. Dicapai pada 5 April 2013.
  5. ^ Itel, Dan. "Dike injury leaves Porter, Timbers looking at new trialist". Major League Soccer. Dicapai pada 12 February 2013.
  6. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-13. Dicapai pada 2014-10-19.
  7. ^ a b Deon McCaulay – Rekod persaingan FIFA
  8. ^ "First blood to Belize as Brazil ride begins". FIFA. 16 June 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-04. Dicapai pada 2014-10-19.
  9. ^ Stokkermans, Karel; Mamrud, Roberto. "Players with 100+ Caps and 30+ International Goals". RSSSF. Dicapai pada 19 November 2011.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  10. ^ "UNCAF Nations Cup 2007". FutbolPlanet. 17 November 2011.

Pautan luar sunting