Derby merupakan kota yang terletak di Britain bahagian tengah. Penduduknya berjumlah kira-kira 236,300 orang pada tahun (2006). Kota ini tepatnya di county Derbyshire. Kota ini berkeluasan 78,03 km². Ia memiliki kepadatan penduduk sebanyak 3,028 orang/km². Kota ini merupakan tempat industri Rolls-Royce dan Toyota Motor Corporation.

Lokasi Derby di United Kingdom
Lokasi Derby di United Kingdom

Sejarah sunting

Permulaan sunting

 
Menara Katedral Derby.[1]

Awal mula kota Derby dari bangsa Romawi, Saxon dan Viking.

Perkampungan Romawi di Derventio kemungkinan ada di Little Chester/Chester Green. Lokasi tembok Romawi kuno di Chester Green. Kemudian kota ini menjadi sebahagian dari Five Boroughs di Danelaw

Djúra-bý, tercatat di Bahasa Inggeris Kuno sebagai Deoraby "Pemukiman Rusa". Hikayat popular ini ditegaskan oleh Tim Lambert yang menyatakan, "Nama Derby diturunkan dari kata bahasa Denmark deor beerti pemukiman rusa" tanpa rujukan atau bukti.[2] Namun beberapa pernyataan mengatakan itu merupakan penggalan dari kata Romawi 'Derventio'. Bukti asal usul nama "Derby" masih samar dan belum diketahui sepenuhnya.

Penelitian moden (2004) untuk sejarah dan arkeologi Derby menemukan bukti bahawa bangsa Viking dan Anglo-Saxon mungkin muncul bersama-sama, menguasai dua daerah lahan yang dikelilingi air. Anglo-Saxon Chronicle (sekitar tahun 900) mengatakan bahawa "Derby terbahagi oleh air". Daerah ini dikenali sebagai Norþworþig ("Northworthy", = "daerah tertutup utara") dan Deoraby, dan dimana "Irongate" (utara) di sisi Derby.[3]

Abad ke-16 sehingga ke-18 sunting

Pada abad ke-18, Derby dan Derbyshire menjadi pusat revolusi perindustrian di Britain. Tahun 1717 berdiri kilang fabrik sutera yang menggunakan tenaga aliran air untuk menjalankan mesin dan jenteranya. Fabrik ini dibangunkan oleh John Lombe dan George Sorocold. Sejarah industri ini sekarang disimpan di Muzium Industri Derby.

Selama tempoh berlakunya Perang Saudara antara tahun 1642-1646, Derby diperkuatkan oleh pasukan Parlementari yang dipimpin oleh Sir John Gell, 1st Baronet, atas perintah Gubernor Derby pada tahun 1643. Pasukan ini menjadikan bahagian pertahanan dekat Nottingham, pengepungan Lichfield, Pertempuran Hopton Heath dan banyak penugasan lain di Nottinghamshire, Staffordshire dan Cheshire. Pasukan ini juga berjaya menjaga Derbyshire dari serangan pasukan Royalis.

Seratus tahun kemudian, Bonnie Prince Charlie mendirikan tapak perkemahan di Derby pada 4 Disember 1745, dalam perjalanannya ke selatan untuk merebut takhta Inggeris. Pangeran Bonnie disebutkan di The George Inn di Irongate, dimana Duke of Devonshire menyiapkan pejabat pusat, dan meminta disediakan tempat tinggal (billet) untuk 9,000 tenteranya.

 
Patung Bonnie Prince Charlie di Katedral Green

Revolusi Industri sunting

Derby dan Derbyshire adalah pusat Revolusi Industri Inggeris. Pada tahun 1717, Derby telah mempunyai industri pemintalan sutra pertama di Britain yang dibangunkan oleh John Lombe dan George Sorocold. Ia menjadi terkenal setelah Lombe mencuri rahsia pemintalan sutera dari Piedmont yang kini berada di Itali (ia diduga dibunuh dengan diracun oleh orang Piedmont sebagai balas dendam pencurian rahsia industri pada tahun 1722).

Abad 20 sehingga sekarang sunting

Perancakkan industri bermula di Derby sejak Rolls Royce membuka gerak fabrik bergerak dan pesawat terbang di kota ini sejak tahun 1907. Pada 1923 Midland Railway menjadi sebahagian dari London, Midland and Scottish Railway dengan pejabat pusat terletak di London. Namun Derby tetap menjadi pusat industri kereta api, yakni yang kedua setelah Crewe dan Wolverton. Namun demikian tetap menjadi pusat perencanaan dan pengembangan dan pada tahun 1930-an, sesuai arahan Lord Stamp, LMS Scientific Research Laboratory dibuka di London Road.

Pada Perang Dunia I, Derby menjadi target serangan Zeppelin Jerman, yang menyebabkan terbunuhnya lima orang pada tahun 1916.

Gereja All Saints dirancang menjadi katedral pada tahun 1927, memberi tanda bahawa status kotanya ditingkatkan.

Lihat juga sunting


Rujukan sunting

  1. ^ (Inggeris) "Derby Cathedral". You & Yesterday. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-12. Dicapai pada 2008-02-04.
  2. ^ http://www.localhistories.org/derby.html
  3. ^ (Inggeris) The Rivers of Time Ron McKeown, ISBN 0-9530603-7-3


Pautan luar sunting

Templat:Inggris-geo-stub