Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei

pengatur bahasa Melayu, penerbit dan pengendali perpustakaan awam di Brunei

Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei (DBP) merupakan sebuah jabatan kerajaan Brunei di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang bertanggungjawab dalam pengembangan bahasa dan sastera khususnya dalam Bahasa Melayu, serta penyelidikan dan dokumentasi kebudayaan Brunei.[1][2] Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei juga bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan perpustakaan awam di negara ini.[3]

Sejarah sunting

Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei ditubuhkan pada tahun 1961 dengan nama Lembaga Bahasa namun kemudiannya ditukar menjadi Bahagian Bahasa dan Pustaka.[1] Bermula dari 1 Januari 1965, Bahagian Bahasa dan Pustaka, yang mana sebelum ini adalah di bawah Jabatan Pelajaran, dijadikan sebagai satu jabatan baru dan akhirnya ditukar nama menjadi seperti sekarang.[1][3]

Sementara itu, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei ditubuhkan pada tahun 1963 atas surat keliling Setiausaha Kerajaan bil. 36/1962, Seksyen 4(1-d-ii).[4] Pada mulanya perpustakaan ini ditempatkan sementara di bangunan Jabatan Pelajaran sehingga 1967 dengan siapnya pembinaan bangunan yang baru di Jalan Elizabeth II di ibu negara.[4] Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei dibuka secara rasmi pada 29 September 1968 di Jalan Elizabeth II, di Bandar Seri Begawan. Bahan perpustakaan hanya tersedia sebagai rujukan sehingga 1 September 1971, apabila perpustakaan mula menawarkan perkhidmatan pinjaman pada orang awam.[5]

Perpustakaan sunting

Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei bertanggungjawab dalam menyediakan dan mengendalikan perkhidmatan perpustakaan bagi orang awam di negara ini. Terdapat sembilan perpustakaan awam di bawah pengendalian Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, iaitu:[6]

  • Perpustakaan Pusat (Bandar Seri Begawan)
  • Perpustakaan Tutong
  • Perpustakaan Seria
  • Perpustakaan Kuala Belait
  • Perpustakaan Temburong
  • Perpustakaan Lambak Kanan
  • Perpustakaan Muara
  • Perpustakaan Sengkurong
  • Perpustakaan Kampong Pandan

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-12. Dicapai pada 2017-07-11.
  2. ^ http://www.gerbangbahasa.gov.bn/PORTAL/PAGE.ASPX?I=107
  3. ^ a b http://www.gerbangbahasa.gov.bn/PORTAL/PAGE.ASPX?I=108
  4. ^ a b https://www.librarybrunei.gov.bn/library/dbp/about-us-sejarah/
  5. ^ "Perpustakaan Bandar Seri Begawan". Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Negara Brunei Darussalam. Dicapai pada 23 March 2012. External link in |publisher= (bantuan)
  6. ^ https://www.librarybrunei.gov.bn/library/dbp/mengenai-perpustakaan/