Dewan Kaunselor Jepun

Koordinat: 35°40′35.5″N 139°44′40.5″E / 35.676528°N 139.744583°E / 35.676528; 139.744583

Dewan Kaunselor (Jepun: 参議院, Hepburn: Sangiin) ialah dewan pertuanan yang membentuk Diet Jepun bersama Dewan Perwakilan sebagai dewan rakyat. Dewan Kaunselor ialah pengganti kepada Dewan Bangsawan praperang. Sekiranya kedua-dua dewan bercanggah pendapat mengenai hal-hal belanjawan, perjanjian, atau pelantikan perdana menteri, Dewan Perwakilan boleh mendesakkan keputusannya. Untuk semua keputusan lain, Dewan Perwakilan boleh membatal undian Dewan Kaunselor dengan undian majoriti sekurang-kurangnya dua pertiga ahli-ahli yang hadir. Namun demikian, setelah perwakilan berkadar diperkenalkan dalam Dewan Perwakilan, Dewan Kaunselor telah banyak meningkatkan kuasanya untuk menamatkan perjalanan rang undang-undang dari Dewan Perwakilan seandainya kerajaan gagal mencapai takat dua pertiga dari hampir setiap pilihan raya umum, misalnya perihal sekatan Rang Undang-Undang Penswastaan Pos baru-baru ini; perkembangan inilah yang memperkuatkan Dewan Kaunselor.

Dewan Kaunselor
ديوان کاٴونسلور
参議院
Sangiin
Jenis
Jenis
Kepimpinan
Presiden
Akiko Santō, Demokratik Liberal
sejak 1 Ogos 2019
Timbalan Presiden
Toshio Ogawa, Demokratik Berperlembagaan (CDP)
sejak 1 Ogos 2019
Struktur
Ahli245
Komposisi terkini kerusi di Dewan Kaunselor
Kumpulan politik
Kerajaan
  •   Demokratik Liberal/LDP (113)
  •   Kōmeitō (28)

Pembangkang (104)

Pilihan raya
Pilihan raya terakhir
21 Julai 2019
Tempat persidangan
Kamar Dewan Kaunselor, Bangunan Diet Kebangsaan, Tokyo
Laman sesawang
www.sangiin.go.jp/eng/index.htm
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Dewan Kaunselor terdiri daripada 242 ahli yang berkhidmat untuk penggal enam tahun, iaitu dua tahun lebih lama berbanding Dewan Perwakilan. Para kaunselor mesti sekurang-kurangnya berusia 30 tahun, berbanding dengan 25 tahun di Dewan Perwakilan. Dewan Kaunselor tidak boleh dibubarkan, kerana hanya separuh ahlinya diundi kembali dari setiap pilihan raya melalui sistem pengundian selari. Dari kesemua 121 ahli yang perlu diundi setiap kali, 73 orang diundi dari 47 daerah kewilayahan (melalui undian tak boleh pindah tunggal) dan 48 lagi diundi dari senarai seluruh negara mengikut perwakilan berkadar dengan senarai terbuka.

Sehingga pilihan raya 1998, terdapat 252 ahli, 126 diundi sekali: 76 dari daerah kewilayahan dan 50 dari seluruh negara. Mulai pilihan raya 2001, bilangannya dikurangkan kepada 247 (126 diundi pada tahun 1998 dan 121 diundi pada tahun 2001) serentak dengan pengenalan undian keutamaan senarai terbuka.[1] Pada pilihan raya Dewan Kaunselor 2019, bilangan kerusi ditambah kepada 245.[2]

Rujukan sunting

Spesifik
  1. ^ Hayes 2009, p. 50
  2. ^ Parti Gabung Kerajaan Jepun Peroleh Majoriti Pilihan Raya Dewan Tinggi Astro Awani. 22 Julai 2019. Dicapai 1 Januari 2020
Bibliografi
  • Hayes, L. D., 2009. Introduction to Japanese Politics. 5th ed. New York: M.E. Sharpe. ISBN 978-0-7656-2279-2


Pautan luar sunting