Dewan Rakyat Bosnia dan Herzegovina

Dewan Rakyat Bosnia dan Herzegovina (Bahasa Serbo-Croatia: Dom naroda Bosne i Hercegovine / Дом народа Босне и Херцеговине) adalah salah satu daripada dua dewan dalam sistem dwidewan bagi Perhimpunan Parlimen Bosnia dan Herzegovina, di mana dewan yang lagi satu ialah Dewan Perwakilan. Ia telah ditubuhkan melalui penandatanganan Perjanjian Dayton pada tahun 1995.

Dewan Rakyat
Bosnia dan Herzegovina
ديوان رعيت بوسنيا دان هيرزيڬوۏينا
  • Dom naroda Bosne i Hercegovine (Rumi)
  • Дом народа Босне и Херцеговине (Cyril)
Jenis
Jenis
Sejarah
Diasaskan1996; 28 tahun yang lalu (1996)[1]
Kepimpinan
Pengerusi
Struktur
Ahli15
Gambar rajah kedudukan Dewan Rakyat
Kumpulan politik
Pilihan raya
Pilihan raya terakhir
12 Oktober 2014
Laman sesawang
www.parlament.ba
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Dewan tersebut mempunyai 15 orang ahli yang dibahagikan secara sama rata kepada tiga kumpulan etnik utama di Bosnia dan Herzegovina: 5 Bosniak, 5 Serb dan 5 Croat. Ahli-ahli Dewan Rakyat tersebut dipilih daripada badan perundangan Dewan Rakyat Persekutuan Bosnia dan Herzegovina (untuk etnik Bosniak dan Croat) dan Perhimpunan Kebangsaan Republika Srpska (untuk etnik Serb).[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Парламентарна скупштина Босне и Херцеговине од 1996. до данас" [Perhimpunan Parlimen Bosnia dan Herzegovina dari tahun 1996 hingga kini] (dalam bahasa Serbia). Perhimpunan Parlimen Bosnia dan Herzegovina. Dicapai pada 7 Jun 2018.[arkib]
  2. ^ "Opći podaci" [Maklumat umum] (dalam bahasa Bosnia). Perhimpunan Parlimen Bosnia dan Herzegovina. Dicapai pada 7 Jun 2018.[arkib]

Pautan luar sunting