DidikTV KPM ialah sebuah stesen televisyen pendidikan yang dimiliki Media Prima Berhad. DidikTV KPM menyiarkan pelbagai jenis rancangan yang bersesuaian dengan aspirasi masyarakat Malaysia, khususnya golongan pendidik, para pelajar, dan orang awam secara keseluruhannya. DidikTV KPM mempunyai pelbagai rancangan berbentuk variasi umum, dokumentari, program kuiz, drama komedi, pengetahuan umum, dan program kanak-kanak. Walau bagaimanapun, rancangan berbentuk pembelajaran & pengajaran berasaskan sekolah masih diteruskan.

DidikTV KPM
Negara Malaysia
Kawasan siaran Malaysia
Ibu pejabatSri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Pengaturcaraan
Format gambar16:9 HDTV (1080i)
4:3 SDTV (576i)
Pemilikan
Pemilik
Saluran kembarTV3
Wow Shop
NTV7
8TV
TV9
Sejarah
Dilancarkan17 Februari 2021; 3 tahun yang lalu (2021-02-17)
Ketersediaan
Terestrial
Malaysia MYTVSaluran 107 (SD)
Satelit
Malaysia AstroSaluran 147 (SD)
Malaysia NJOISaluran 147 (SD)
IPTV
Malaysia Unifi TVSaluran 107 (HD)
Media penstriman
Malaysia Unifi TVunifi PlayTV
Malaysia TontonWatch live
(Malaysia sahaja) (HD)

Sejarah

DidikTV KPM dijadikan sebagai saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai NTV7 mulai 17 Februari 2021. Saluran ini bermula pada jam 7:00 pagi hingga 12:00 tengah malam setiap hari. Pelancaran DidikTV KPM disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada hari siaran pertamanya pada jam 8:00 pagi.[1]

DidikTV KPM secara keseluruhan hanya menyiarkan pelbagai jenis rancangan yang bersesuaian seperti rancangan berbentuk variasi umum, dokumentari tempatan, rancangan permainan, program kuiz, program kanak-kanak, drama komedi, dan banyak lagi rancangan yang menarik. Siaran berita juga disediakan iaitu Buletin Didik. Rancangan ini telah ditamatkan siaran dan digantikan oleh Buletin 1:30 dan Buletin Pagi, hasil sumbangan TV3.

Saat ini DidikTV KPM boleh ditonton melalui terestrial percuma MYTV dan perkhidmatan IPTV Unifi TV di saluran 107. Didik TV KPM juga boleh didapati di Astro & NJOI di saluran 147

Pada 4 April 2022, DidikTV KPM kini bersiaran 24 jam dan bersiaran serentak dengan Hot FM.

Kini Hot FM bersiaran Ahad hingga Jumaat pukul 12 tengah malam hingga pukul 9.30 pagi dan setiap Sabtu pukul 12 tengah malam hingga pukul 7 pagi.

Slogan

Slogan DidikTV KPM dalam Bahasa Malaysia:

  • Pembelajaran Melangkaui Bilik Darjah
    (17 Februari 2021 - Sekarang)

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "NTV7 becomes MOE's channel DidikTV from 17 February". www.soyacincau.com. Dicapai pada 2021-02-12.

Pautan luar