Dinasti Hammud (Arab: بنو حمود, rumi: Banū Ḥammūd) adalah sebuah dinasti Arab-Barber Muslim [1][2] yang merupakan khilafah Córdoba untuk jangka waktu yang singkat[3][4] dan kemudian adalah taifah di Málaga dan Algeciras dan memiliki kawalan nominal di Ceuta[1]

Dinasti sunting

Dinasti ini dinamakan bersempena dengan leluhur mereka iaitu, Hammud, berketurunan Idris ibn Abdallah, yang mana merupakan golongan bangsawan dalam kalangan puak Barbar di utara Maghribi.[5] Apabila Sulayman ibn al-Hakam menguasai tanah Andalusia untuk sekutu-sekutu Barbar beliau, dua orang anggota keluarga Hammud telah dijadikan sebagai gabenor di Jazirah, Sibtah dan Tanjah. Oleh itu, Hammud berkuasa dan menggawal aliran traffik yang menggunakan Selat Gibraltar, kemudian secara tiba-tiba menjadi sangat berkuasa. Mereka mendakwa bertindak bagi pihak Hisyam II yang diturunkan takhta, gabenor Sibtah Ali ibn Hammud al-Nasir mara ke Córdoba pada tahun 1016, di mana beliau dijadikan khalifah.

Selepas kejatuhan Córdoba dan perang saudara selepasnya, Hammud adalah sebahagian daripada shi'at al-Barbariya (pecahan Barbar), meskipun masih boleh menuntut gelaran Chorfa. Oleh itu, warisan Barbar mereka ini membolehkan mereka mendapat sokongan nominal daripada para amir Barbar (dan sebahagian besar tentera Afrika Utara), sementara warisan Chorfa mereka membolehkan tuntutan sebagai khalifah diterima oleh ramai para elit Arab dan Andalusia. Pada tahun 1056, khalifah Hammud terakhir diturunkan takhta, hilang wilayah Malaga kepada Zirids dari Granada,[6] yang mana sebelumnya merupakan penyokong penting buat Hammud. Keluarga Hammud kemudian dipaksa untuk tinggal di Ceuta, Maghribi.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Molins 2010, m/s. 26–27.
  2. ^ Bosworth 2004, m/s. 15.
  3. ^ Lane-Poole (1894), p.21
  4. ^ Altamira, Rafael (1999). "Il califfato occidentale". Storia del mondo medievale. vol. II. m/s. 477–515. |volume= has extra text (bantuan)
  5. ^ Hammudids, A. Huici Miranda, The Encyclopaedia of Islam, Vol. III, ed. B. Lewis, V.L. Menage, C. Pellat and J. Schacht, (Brill, 1986), 147;"HAMMUDIDS, dynasty which reigned over various towns in Muslim Spain from 407/1016 till 450/1058. Sulayman al-Musta'm [q.v.], on his second succession to the caliphal throne in Shawwal 4O3/ May 1013, had to distribute large fiefs among the Berbers who had raised him to power. He allotted to 'Ali b. Hammud the governorship of Ceuta and to his brother al-Kasim that of Algeciras, Tangier, and Arzila. The two were genuine Idrisids [q.v.], their great-grandfather Hammud being the great-grandson of Idris II."
  6. ^ Collins 2012, m/s. 203.

Bibliografi sunting

Collins, Roger (2012). Caliphs and Kings: Spain 796-1031. Wiley-Blackwell.CS1 maint: ref=harv (link)

Dinasti Hammud
Didahului oleh
Dinasti Umayyah
Khalifah Córdoba
1016–1023
1025–1027
Diikuti oleh:
Dinasti Umayyah
(Restored)
Gelaran baharu Raja Taifa dari Malaga
1026–1057
Diilhak ke dalam Taifa Granada
Gelaran baharu Raja Taifa dari Algeciras
1039–1058
Diilhak ke dalam Taifa Seville