Dinasti Trần (Bahasa Vietnam: Nhà Trần; Hán Nôm: 家陳; Hán Việt: , Trần triều) ialah dinasti yang memerintah kawasan Đại Việt dari tahun 1225 hingga 1400. Dinasti ini ditubuhkan melalui pertabalan Trần Thái Tông setelah ayahanda saudaranya, Trần Thủ Độ menggulingkan dinasti sebelumnya, Dinasti Lý dan berkekalan hingga 1400 apabila takhta maharaja terakhir, Thiếu Đế terpaksa diserahkan kepada datuk sebelah bondanya, Hồ Quý Ly, menandakan permulaan Dinasti Hồ.

Đại Việt
Đại Việt Quốc (大越國)
1225–1400
Peta Dinasti Trần
Peta Dinasti Trần
StatusSistem imperial dalaman sebagai negeri taklukan China[1][2]
(Dinasti Song 1225–1258)
(Dinasti Yuan 1258–1368)
(Dinasti Ming 1368–1400)
Ibu negaraThăng Long
(1225–1397)

Thanh Hóa (sementara)
(1397–1400)
Bahasa yang umum digunakanBahasa Cina[3]
Bahasa Vietnam[3]
Agama
Buddhisme (rasmi), Taoisme, Konfusianisme
KerajaanMonarki
Maharaja 
• 1226–1258
Trần Thái Tông (pertama)
• 1278–1293
Trần Nhân Tông
• 1293–1314
Trần Anh Tông
• 1398–1400
Trần Thiếu Đế (terakhir)
Chanselor 
• 1225
Trần Thủ Độ (pertama)
• 
Trần Quốc Toản
• 
Trần Khánh Dư
• 
Trần Quang Khải
• 1397
Hồ Quý Ly (terakhir)
Era SejarahPascaklasik
• Pertabalan Trần Cảnh
10 Januari 1225
• Regent of Trần Thừa and Trần Thủ Độ
1226
1258, 1285 dan 1287–88
• Penggulingan Dương Nhật Lễ
1370
• Trần Thiếu Đế serahkan takhta kepada Hồ Quý Ly
22 Mac 1400
Mata wangSyiling (xu), văn
Didahului oleh
Diganti oleh
Dinasti Lý
Dinasti Hồ
Sekarang sebahagian dariVietnam
China
Laos

Dinasti ini dikatakan sebagai zaman keemasan kebudayaan dan bahasa Vietnam.[4] Pada zaman ini, bahan-bahan sastera Chữ Nôm terawal mula dikarya dan bahasa Vietnam digunakan sebagai bahasa rasmi bersama-sama bahasa Cina.[5][6] Hal ini membawa kepada asas terhadap pembangunan bahasa dan kebudayaan Vietnam.

Ekonomi sunting

Pengasas dinasti, Trần Thái Tông memperkenalkan sistem percukaian peribadi baharu, thuế thân untuk memulihkan ekonomi setempat yang merudum ketika zaman dinasti Lý yang tertakluk terhadap jumlah keluasan tanah pertanian yang dimiliki seseorang.[7] Bukti bersejarah menyatakan bahawa kerajaan dinasti Trần telah mengenakan cukai terhadap pelbagai hasil pertanian seperti ikan dan buah-buahan. Pada akhir zaman dinasti, Hồ Quý Ly memperkenalkan sistem mata wang kertas pada 1396, menandakan permulaan penggunaan unit wang tersebut di Vietnam.[8][9]

Pendidikan sunting

Dinasti Trần mengiktiraf Buddhisme sebagai agama rasmi, tetapi pendidikan berasaskan ajaran Kong Zi mula bertapak di dinasti. Kurikulum asal yang menerapkan pendidikan berkaitan Empat Kitab dan Lima Klasik mula-mula diajar di pagoda Buddha sebelum berkembang dan diajar kepada para murid oleh para cendekiawan dan pegawai bersara Confucianisme.[10] Selain itu, dinasti Trần juga menerapkan sistem peperiksaan imperial sejak 1232 untuk melantik pegawai-pegawai istana.[10]

Sains dan teknologi sunting

Kejayaan dari segi bidang sains dan tekonologi Trần tidak banyak dicatatkan dalam rekod-rekod sejarah. Para pegawai dinasti Trần dibuktikan mengguna pakai konsep feng shui seperti pada 1248 apabila Trần Thủ Độ mengarahkan beberapa orang pakar feng shui untuk menghalang kawasan dinasti daripada serangan musuh.[11] Seorang ahli sains, Đặng Lộ dicatatkan beberapa kali dalam rekod sejarah Vietnam kerana sumbangan dalam bidang astronomi dan penyusunan takwim seperti penciptaan sejenis sfera armilia astronomi, lung linh nghi.[12] Masyarakat dinasti Trần juga dapat menambah baik teknologi serbuk letupan yang dipelajari daripada tamadun China.[13]

Petikan sunting

  1. ^ Baldanza, Kathlene (2016). Ming China and Vietnam: Negotiating Borders in Early Modern Asia. Cambridge: Cambridge University Press. doi:10.1017/cbo9781316440551.004. ISBN 978-1-316-44055-1.
  2. ^ Bulliet, Richard; Crossley, Pamela; Headrick, Daniel; Hirsch, Steven; Johnson, Lyman (2014-01-01). The Earth and Its Peoples: A Global History (dalam bahasa Inggeris). Cengage Learning. ISBN 9781285965703.
  3. ^ a b Taylor 2013, m/s. 120.
  4. ^ Terry E. Miller, Sean Williams 2008, m/s. 249.
  5. ^ Kevin Bowen; Ba Chung Nguyen; Bruce Weigl (1998). Mountain river: Vietnamese poetry from the wars, 1948–1993 : a bilingual collection. Univ of Massachusetts Press. m/s. xxiv. ISBN 1-55849-141-4.
  6. ^ Lê Mạnh Thát. "A Complete Collection of Trần Nhân Tông's Works" (dalam bahasa Inggeris). Thuvienhoasen.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Disember 2008. Dicapai pada 2009-12-10.
  7. ^ Chapuis 1998, m/s. 80.
  8. ^ Chapuis 1998, m/s. 95.
  9. ^ Trần Trọng Kim 1971, m/s. 73.
  10. ^ a b Trương Hữu Quýnh, Đinh Xuân Lâm, Lê Mậu Hãn 2008, m/s. 261.
  11. ^ Ngô Sĩ Liên 1993, m/s. 169.
  12. ^ "Đặng Lộ". Từ điển Bách khoa toàn thư Việt Nam (dalam bahasa Vietnamese). Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-16. Dicapai pada 2009-12-08.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ Tuyet Nhung Tran & Anthony J. S. Reid 2006, m/s. 89–90.

Rujukan sunting

  • Chapuis, Oscar (1995), A history of Vietnam: from Hong Bang to Tu Duc (dalam bahasa Inggeris), Greenwood Publishing Group, ISBN 0-313-29622-7CS1 maint: ref=harv (link)
  • Tuyet Nhung Tran; Anthony J. S. Reid (2006), Việt Nam Borderless Histories, Madison, Wisconsin: University of Wisconsin Press, ISBN 978-0-299-21770-9CS1 maint: ref=harv (link)
  • Trần Trọng Kim (1971), Việt Nam sử lược (dalam bahasa Vietnam), Saigon: Center for School MaterialsCS1 maint: ref=harv (link)
  • Trương Hữu Quýnh; Đinh Xuân Lâm; Lê Mậu Hãn (2008), Đại cương lịch sử Việt Nam (dalam bahasa Vietnamese), Hanoi: Education Publishing HouseCS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar sunting