Dingo (Jawi: ديڠو; Canis lupus dingo) ialah sejenis anjing bebas merantau yang dijumpai terutamanya di Australia, serta Asia Tenggara, tempat yang darinya ia dikatakan berasal. Ia setakat ini dikelakskan sebagai subspesies serigala kelabu, Canis lupus.

Dingo Australia
ديڠو اءوستراليا
Seekor dingo jantan
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Genus:
Spesies:
Subspesies:
C. l. dingo
Nama trinomial
Canis lupus dingo
(alternatif: Canis dingo)[2]

(Meyer, 1793)
Wilayah 2006

Habitat dingo berjulat dari gurun ke padang rumput dan ke pinggir hutan. Dingo biasanya akan menjadikan sarang di dalam lubang arnab terbiar dan balak berongga yang hampir dengan bekalan penting air.

Dingo ialah pemangsa darat terbesar di Australia, dan memainkan peranan penting sebagai pemangsa puncak. Walau bagaimanapun, dingo dilihat sebagai haiwan perosak oleh peladang haiwan ternakan kerana serangan terhadap haiwan. Akasnya, pemangsaannya terhadap arnab, kanggaru dan tikus mungkin berfaedah untuk penternak.

Untuk ramai orang Australia, dingo ialah suatu ikon budaya. Terdapat kebimbangan bahawa spesies ini akan pupus. Dingo dilihat oleh ramai orang bahawa ia bertanggungjawab untuk kepupusan harimau Tasmania di tanah besar Australia kira-kira dua ribu tahun lalu,[3] tetapi suatu kajian baru-baru ini mencabar pandangan ini.[4] Dingo mempunyai peranan prominen dalam budaya Orang Asli Australia sebagai ciri cerita dan upacara, dan ia digambarkan pada ukiran batu dan lukisan gua.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan iucn tidak disediakan
  2. ^ http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/jzo.12134/abstract
  3. ^ "Dingo Extinction". DOGSLife. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-14. Dicapai pada 9 Mei 2009.
  4. ^ "An ecological regime shift resulting from disrupted predator-prey interactions in Holocene Australia". ESA Ecology. Dicapai pada 9 September 2013.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan rose tidak disediakan

Bacaan lanjut sunting

  • J.S. Bacon: The Australian Dingo: The King of the Bush. McCarron Bird, Melbourne 1955.
  • R. Breckwoldt: A Very Elegant Animal: the Dingo. Angus dan Robertson, Australia 1988.
  • Deborah Bird Rose: Dingo makes us Human, Life and Land in an Aboriginal Australian culture. Akhbar Universiti Cambridge, New York, Oakleigh 1992, ISBN 0-521-39269-1.
  • Chris R. Dickman: A Symposium on the Dingo. Persatuan Zoologi Diraja New South Wales, Sydney 1999, ISBN 0-9586085-2-0.
  • Erich Kolig: Aboriginal dogmatics: canines in theory, myth and dogma. Dalam: Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde 134. Nr. 1, Leiden 1978, Seite 84–115.
  • Peter Fleming, Laurie Corbett, Robert Harden, Peter Thomson: Managing the Impacts of Dingoes and Other Wild Dogs. Biro Sains Desa, Komanwel Australia, 2001.
  • Western Australian Wild Dog Management Strategy 2005. Ogos 2005.
  • Georgette Leah Burns, Peter Howard: When wildlife tourism goes wrong: a case study of stakeholder and management issues regarding dingoes on Fraser Island. Fakulti Sains Alam Sekitar, Universiti Griffith.

Pautan luar sunting

Templat:Pautan RB