Divisyen (tentera)

Divisyen (Division) ialah sebuah formasi tentera yang besar, biasanya mempunyai anggota antara 10,000 dan 30,000 askar dan diperintah oleh seorang Mejar Jeneral. Dalam kebanyakan tentera darat, divisyen terdiri daripada beberapa rejimen atau briged; seterusnya, beberapa divisyen biasanya membentuk satu kor. Dalam kebanyakan tentera moden, divisyen cenderung menjadi unit gabungan tempur yang paling kecil dan mampu membuat operasi dengan bebas; ini adalah disebabkan oleh peranan sebagai satu unit dengan pelbagai pasukan pertempuran dan pasukan bantuan tempur yang sesuai, yang boleh dibahagikan ke dalam pelbagai kombinasi organik.

Simbol standard NATO bagi sebuah divisyen infantri. Huruf X bukan menunjukkan nombor divisyen; tetapi dua huruf X mewakili sebuah divisyen (satu X mewakili sebuah briged; tiga pula sebuah kor).

Walaupun fokus rencana ini adalah pada divisyen tentera darat, dalam penggunaan tentera laut divisyen mempunyai makna yang sama sekali berbeza, merujuk sama ada jabatan pentadbiran di atas kapal tentera laut dan kapal pengawal pantai serta markas pantai, atau sub-unit beberapa kapal dalam flotila atau skuadron. Dalam penggunaan pentadbiran, saiz unit adalah berbeza-beza, walaupun biasanya ada divisyen berjumlah kurang daripada 100 orang. Di dalam tentera laut Amerika Syarikat dan Komanwel seorang pegawai divisyen (Divo) biasanya berpangkat ensain atau leftenan (JG), tetapi boleh menjadi pegawai yang berpangkat lebih tinggi dalam keadaan tertentu atau di atas kapal perang besar, yang menyelia satu pasukan kelasi dalam melakukan tugas-tugas mereka.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  • Van Creveld, Martin (2000). The Art of War: War and Military Thought. London: Cassell. ISBN 0-304-35264-0.
  • Grey, Jeffrey (2008). A Military History of Australia (ed. 3rd). Melbourne, Victoria: Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-69791-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Johnston, Mark (2007). The Australian Army in World War II. Elite. Martin Windrow (consultant editor). Oxford: Osprey Publishing. ISBN 978-1-84603-123-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Jones, Archer (2000). The Art of War in the Western World. University of Illinois Press. ISBN 0-252-06966-8.
  • Keogh, Eustace (1965). South West Pacific 1941–45. Melbourne, Victoria: Grayflower Publications. OCLC 7185705.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Palazzo, Albert (2002). Defenders of Australia: The 3rd Australian Division 1916–1991. Loftus, New South Wales: Australian Military Historical Publications. ISBN 1-876439-03-3.CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar sunting