Djembe (bahasa Maninka: ߖߋ߲߰ߓߋ[1]) ialah sebuah alat perkusi yang berupa gendang yang diliputi kulit tali dan dimainkan dengan tangan, serta berasal dalam kalangan orang Mandinka dari Afrika Barat. Gendang ini mampu menghasilkan bunyi kuat meskipun berbinaan kecil.

Djembe
Djembe kayu Lenke dari Mali
Djembe kayu Lenke dari Mali
Djembe kayu Lenke dari Mali
Alat perkusi
PengelasanAlat perkusi
Lingkungan dimain

65 Hz hingga 1000 Hz

Terdapat persetujuan umum bahawa asal-usul djembe berkaitan dengan golongan tukang besi Mandinka bergelar Numu. Penyebaran alat ini sejajar dengan berkembangnya pengaruh Empayar Mali[2] di rantau ini merangkumi negara-negara moden Guinea, Mali, Burkina Faso, Côte d'Ivoire, Gambia dan Senegal. Alat ini juga lazim dimainkan rakyat jelata di kawasan itu berbanding alat-alat yang hanya dibenarkan sesama penglipur lara khas iaitu jeli.[3][4] Djembe hanya dikenali dalam kawasan asalnya disebabkan oleh pergerakan terhad penduduk Afrika ke luar kawasan bangsa mereka sendiri.

Pembinaan sunting

Badan gendang diperbuat daripada kayu keras dan muka belulang diperbuat daripada kulit kambing.

Selepas pengetatan bahagian tegaknya pada permulaan pembuatan, djembe dilaraskan dengan penghasilan putaran pada bahagian tegak untuk memendekkannya. Bukannya mencantas kulit daripada gelung atasan, tetapi pembuat gendang dapat melipat kulit supaya dapat menutup gelung atasan.

Cara bermain sunting

Terdapat tiga jenis bunyi yang menonjol terhasil dari pukulan djembe berdasarkan cara memukul dan tempat dipukul: bass yang bernada atau pic rendah, tone yang sederhana dan slap yang tinggi.[5] Bunyi yang dihasilkan hasil paluan djembe mampu mencapai kelantangan dan tekanan bunyi setinggi lebih 105 desibel.[6] Seorang pemain yang pakar mampu menggabungkan dan mengolahkan bunyi berdasarkan teknik pukulan sehingga menghasilkan sebanyak 25 bunyi gabungan lalu boleh menghasilkan rentak yang rumit seakan dimainkan lebih dari satu gendang; hal ini hanya dilakukan untuk memberi kesan khas (djembe kan ߖߋ߲߰ߓߋ ߞߊ߲‎ "bunyi djembe") dalam sesebuah persembahan solo.

Secara tradisi, djembe menjadi sebahagian daripada kumpulan muzik dengan beberapa djeme lain dan 1 atau lebih banyak dunun. Secara tradisinya dan pada masa kini, seseorang di Afrika perlu menghabiskan banyak tahun bersama dengan pakarnya dalam upacara dan perayaan lain sebelum menjadi djembefola (ߖߋ߲߰ߓߋߝߐߟߊ‎) sebenar.

Rujukan sunting

  1. ^ Faya Ismael Tolno (September 2011). "Les Recherches linguistiques de l'école N'ko" (PDF). Dalou Kende (dalam bahasa Perancis). No. 19. Kanjamadi. m/s. 7. Dicapai pada 17 Disember 2020.
  2. ^ Sidibé, Séga; Piquet, Cyril (2010). Sega Kan Do. Courbevoie Cedex, France: ID Music. ISBN 978-2-7466-1384-3.
  3. ^ Charry, Eric (2000). Mande Music: Traditional and Modern Music of the Maninka and Mandinka of Western Africa. University of Chicago Press. ISBN 978-0-226-10161-3.
  4. ^ Polak, Rainer (2005). Post, Jennifer (penyunting). "A Musical Instrument Travels Around the World: Jenbe Playing in Bamako, West Africa, and Beyond". Ethnomusicology: A Contemporary Reader.
  5. ^ Konaté, Famoudou; Ott, Thomas (2000). Rhythms and Songs from Guinea. Oldershausen, Germany: Lugert. ISBN 978-3-89760-150-5. First published 1997 in German as Rhythmen und Lieder aus GuineaCS1 maint: postscript (link) ISBN 3-930915-68-5
  6. ^ Prak, Albert (Julai 1997). "Physics of Djembe Sounds". FAQ. DJEMBE-L. Diarkibkan daripada yang asal pada March 5, 2016. Dicapai pada January 12, 2012.

Pautan luar sunting