Doctor Strange (filem 2016)

'Doctor Strange' ialah filem adiwira Amerika 2016 berdasarkan watak yang senama ciptaan Marvel Comics. Filem dihasilkan Marvel Studios dan edaran Walt Disney Studios Motion Pictures ini adalah filem ke-14 dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). Filem ini diarahkan oleh Scott Derrickson daripada skrip yang ditulisnya bersama Jon Spaihts dan C. Robert Cargill, dan dibintangi oleh Benedict Cumberbatch sebagai pakar bedah saraf Stephen Strange bersama-sama dengan Chiwetel Ejiofor, Rachel McAdams, Benedict Wong, Michael Stuhlbarg, Benjamin Bratt, Scott Adkins, Mads Mikkelsen dan Tilda Swinton. Dalam filem itu, Strange mempelajari seni mistik selepas kemalangan kereta yang menamatkan kerjaya.

Doctor Strange
poster filem
PengarahScott Derrickson
Penulis
  • Jon Spaihts
  • Scott Derrickson
  • C. Robert Cargill
BerdasarkanDoctor Strange oleh
Stan Lee
Dihasilkan olehKevin Feige
Dibintangi
SinematografiBen Davis
Disunting oleh
  • Wyatt Smith[1]
  • Sabrina Plisco[2]
Muzik olehMichael Giacchino
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehWalt Disney Studios
Motion Pictures
Tarikh tayangan
  • 13 Oktober 2016 (2016-10-13) (Hong Kong)
  • 4 November 2016 (2016-11-04) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
115 minit[3]
Negaraamerika syarikat
Bahasainggeris
Bajet$165–236.6 juta[4][5]
Pecah panggung$677.7 juta[6]

Pelbagai penjelmaan adaptasi filem Doctor Strange telah dibangunkan sejak pertengahan 1980-an, sehingga Paramount Pictures memperoleh hak filem pada April 2005 bagi pihak Marvel Studios. Thomas Dean Donnelly dan Joshua Oppenheimer telah dibawa masuk pada Jun 2010 untuk menulis lakon layar. Pada Jun 2014, Derrickson telah diupah untuk mengarah, dengan Spaihts menulis semula skripnya. Cumberbatch dipilih untuk peranan eponim pada Disember 2014, yang memerlukan perubahan jadual untuk menyelesaikan komitmennya yang lain. Ini memberi Derrickson untuk mengerjakan skrip itu sendiri, yang mana dia membawa Cargill untuk membantu. Fotografi utama pada filem itu bermula pada November 2015 di Nepal, sebelum berpindah ke England dan Hong Kong, dan berakhir di New York City pada April 2016.

Doctor Strange mengadakan tayangan perdana di Hong Kong pada 13 Oktober 2016, dan telah dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 4 November, sebagai sebahagian daripada Fasa Tiga MCU. Filem ini memperoleh kutipan lebih $677 juta di seluruh dunia, mendapat pujian untuk pelakonnya, dan menerima pencalonan Anugerah Akademi untuk Kesan Visual Terbaik.

Sekuelnya yaitu Doctor Strange in the Multiverse of Madness, dijadualkan untuk dikeluarkan pada 6 Mei 2022.

Plot sunting

Di Kathmandu, seorang ahli sihir Kaecilius dan pengikutnya memasuki bilik rahsia di Kamar-Taj dan memenggal kepala pustakawannya. Mereka mencuri dua helai halaman dari teks kuno Cagliastro dan mistik yang dipunyai oleh Ancient One. Anak muridnya termasuk Kaecilius merupakan pelajar di situ dalam bidang seni mistik. Ancient One mengejar mereka, tetapi Kaecilius dan para pengikutnya terlalu taksub untuk melencong ke dimensi lain dan bertindak mengkhianati mahagurunya.

Sementara itu di New York City, Stephen Strange, seorang pakar bedah saraf dan hartawan terkenal dan sombong telah mengalami kecederaan pada tangannya selepas terbabit dalam satu kemalangan kereta, menyebabkan dia tidak sedarkan diri. Rakannya yang juga seorang pakar bedah, Christine Palmer cuba untuk membantu dia bergerak, tetapi usaha tersebut sia-sia sahaja. Strange belajar melalui Jonathan Pangborn, seorang lumpuh yang berjaya memanfaatkan semula kakinya secara misteri. Pangborn mengarahkan dia untuk ke Kamar-Taj, Kathamandu, Nepal di mana dia akan dibawa oleh Mordo untuk bertemu dengan ahli sihir yang bernama Ancient One. Ancient One menunjukkan kuasa beliau untuk kepada Strange, mendedahkan hubungan komunikasi ke dimensi lain yang berkecamuk dek pemikiran seorang manusia. Selepas melalui beberapa ujian, akhirnya, Strange teruja untuk belajar ilmu mistik tersebut. Namun dia enggan bersetuju untuk mengajar ilmu tersebut kepada sebelum Strange dihalau keluar dari kuil, kerana sikap keangkuhannya yang mengingatkannya terhadap Kaecilius. Selepas lima jam dihalau dari kuil Kamar-Taj, Strange masih menunggu di luar perkarangan kuil tersebut, sebelum dia dijemput untuk dilatih sebagai anak muridnya yang baharu.

Strange mula mempelajari ilmu tersebut melalui Ancient One dan Mordo, dan dari buku purba di perpustakaan yang kini dijaga oleh Wong. Strange mempelajarianya dengan sunggih cepat, dan dalam diam-diam dia telah membaca kitab Cagliastro di mana dia menjumpai dua halaman yang hilang dicuri oleh Kaecilius. Dia ternampak akan kalung Eye of Agamotto dan terus mencubanya untuk mengawal masa silam dan akan datang melalui ilmu magik yang ada di dalam kitab Cagliastro. Pembelajarannya terbantut akibat disergah oleh Mordo dan Wong yang mengingatkan kepada Strange bahawa ilmu tersebut boleh melanggar undang-undang alam dan jika tersilap langkah dimensi di Sanctums boleh diceroboh oleh pelbagai pihak dari dimensi luar jangkauan bumi, Wong mula menerangkan dan Strange mula belajar bahawa bumi ini dilindungi daripada ancaman dimensi lain oleh perisai yang dihasilkan dari tiga buah kuil yang dipanggil Sanctums seperti di New York City, London, dan Hong Kong, yang semuanya bersambung dan boleh diakses dari Kamar-Taj sahaja. Tugas Ancient One adalah untuk melindungi Sanctums. Dia merupakan satu-satunya waris peninggalan dari dewa Agomotto yang Agung.

Kaecilius menggunakan halaman muka surat yang dicuri untuk menghubungi Dormammu dari Dimensi Gelap. Kaecilius memusnahkan kuil di London dan secara tidak sengaja Strange termasuk ke dalam Sanctum London. Dia yang kebingungan berkeliaran di dalam kuil tersebut sebelum cuba menyelamatkan Daniel, seorang penjaga kuil London yang dibunuh oleh Kaecelius dan kuncu-kuncunya. Dek kerana itu, Strange diserang sebelum berjaya memindahkan dua orang kanan Kaecelius ke benua lain di dalam bumi. Strange yang baru mahir menggunakan ilmu magik secara kebetulan dapat menyarung jubah apungan dan berjaya memberkas Kaecelius menggunakan perisai besi magik. Namun dek kerana terlalu percaya akan kata katanya, Strange telah ditikam di jantung kirinya. Dalam keadan kesakitan, Strange sempat membuka portal untuk ke kota New York agar dapat menyelamatkan nyawanya di hospital tempat dia bekerja. Portal tersebut tidak sempat ditutup semula. Dia dibantu oleh kekasihnya, Christine secara fizikal sahaja. Tetapi secara rohaninya, roh Strange berkeliaran dan terus bertempur dengan seorang lagi kuncu Kaecelius yang sempat memasuki portal sebelum dia terkorban di New York. Selepas pulih dari kecederaan, Strange kembali semula di London dan bertemu dengan Ancient One dan Mordo. Mereka bertiga mula pergi ke Sanctum New York. Mordo menjadi kecewa dengan Ancient One selepas Strange mendedahkan bahawa Ancient One telah menarik kuasa dari Dimensi Gelap untuk mengekalkan kehidupannya yang lebih panjang. Strange mengetahuinya selepas diterangkan oleh Kaecelius. Selepas bertarung di Dimensi Cermin New York, Kaecilius telah mencederakan Ancient One sebelum melarikan diri ke Sanctum di Hong Kong. Ancient One dibawa ke hospital untuk dirawat sebelum dia mati, dia sempat memberitahu Strange bahawa dia perlu cekap memutarkan masa bersama kelebihan yang ada pada Eye of Agomoto untuk mengalahkan Dormamu dan Kaecilius kelak. Strange, Mordo tiba di Sanctum Hong Kong untuk mencari jasad Wong yang telah mati, Sanctum di sana juga telah dimusnahkan oleh Dimensi Gelap yang melanda Bumi secara keseluruhannya. Strange terpaksa menggunakan sihir Eye of Agomoto untuk membalikkan masa dan menyelamatkan Wong semula. Strange kemudiannya memasuki ke Dimensi Gelap dan mencipta gelang waktu di sekeliling dirinya untuk bertarung dengan Dormammu. Setelah berulang kali membunuh Strange tanpa berkesudahan. Akibatnya, Dormammu mula berputus dan mendengar permintaan Strange bahawa dia perlu meninggalkan Bumi dan mengambil nyawa Kaecilius bersama konco-konconya sebagai balasan agar Strange tidak bertarung dengannya lagi menggunakan gelung masa abadi ini (endless loop time). Dormamu setuju dengan perjanjian tersebut. Akhirnya, Kaecilius bersama-sama konco-konconya ditangkap oleh Dormamu untuk dihantar ke dimensi gelap buat selama-lamanya.

Akibat terlalu kecewa dengan Strange dan Ancient One yang telah menentang hukum alam, Mordo juga membawa haluannya bersendirian, Strange mengembalikan semula Eye of Agamotto ke Kamar-Taj serta tinggal di Sanctum New York untuk meneruskan pengajian sihirnya. Dalam adegan pertengahan kredit, Strange memutuskan untuk membantu Thor, yang telah memaksa Loki turun ke Bumi untuk mencari Odin yang menghilangkan diri selepas kematian isterinya (rujuk pos kredit Thor: The Dark World)

Dalam adegan pasca kredit, Mordo bertemu dengan Pangborn untuk mencuri tenaga mistik yang dimilikinya dan memberitahu bahawa Bumi kini mempunyai terlalu banyak ahli sihir. Mordo bertindak demikian kerana dia kecewa seperti di anak tirikan oleh Ancient One kerana tidak dianugerahkan kuasa mistik sepanjang perkhidmatannya yang lebih lama berbanding Strange dan Pangborn.

Dr. Strange akan kembali

Barisan pelakon sunting

Produksi sunting

Pembangunan sunting

Pada bulan April 2005, Paramount Pictures mendapatkan Doctor Strange daripada Miramax sebagai sebahagian daripada usaha Marvel Studios untuk menerbitkan sendiri filem mereka. Pada bulan Mac 2009, Marvel melantik penulis-penulis untuk membantu mencari jalan kreatif untuk melancarkan watak-watak yang kurang dikenali seperti Black Panther, Cable, Doctor Strange, Iron Fist, Nighthawk dan Vision.[8] Pada bulan Jun 2010, Marvel Studios melantik Thomas Dean Donnelly dan Joshua Oppenheimer untuk menulis Doctor Strange.[9] Pada bulan Januari 2013, Presiden Marvel Studios, Kevin Feige mengesahkan bahawa Doctor Strange akan muncul dalam "Fasa Tiga" Marvel Cinematic Universe.[10] Feige mengulangi bahawa sebuah filem Doctor Strange sedang berada dalam pembangunan di Marvel Studios pada bulan Mei,[11][12] dan sekali lagi pada bulan November.[13]

Pada bulan Februari 2014, The Hollywood Reporter melaporkan bahawa Marvel telah mempertimbangkan Mark Andrews, Jonathan Levine, Nikolaj Arcel dan Dean Israelite untuk mengarah filem dan mempertimbang Jonathan Aibel dan Glenn Berger untuk menulis semula skrip filem.[14] Sehingga bulan Mac, senarai pengarah yang dipertimbangkan oleh Marvel dipendekkan kepada Andrews, Levine dan Scott Derrickson.[15]

Pra-produksi sunting

Pada bulan Jun 2014, Derrickson telah dipilih untuk mengarah filem ini serta[16] Marvel telah melihat kepada Tom Hardy, Benedict Cumberbatch dan Jared Leto untuk melakonkan watak utama watak utama filem.[17][18] Jon Spaihts juga memasuki rundingan untuk menulis semula skrip.[18] Ketika mengesahkan pelantikan Derrickson, Feige menyatakan bahawa pemilihan pelakon akan bermula pada bulan Julai atau Ogos dan menambah bahawa produksi dijangka bermula pada awal bulan 2015.[19] Kemudiannya pada bulan itu, Édgar Ramírez menyatakan bahawa beliau berbual dengan pengarah tentang satu watak dalam Doctor Strange.[20]

Pada bulan Julai, Feige menyatakan bahawa pengumuman watak utama akan berlaku dengan cepat [21] dan menjelang akhir bulan, Joaquin Phoenix memasuki perbincangan untuk melakonkan karakter itu.[22][23] Menjelang bulan September 2014, Marvel Studios berada dalam rundingan untuk menjalankan penggambaran Doctor Strange di Pinewood-Shepperton.[24] Rundingan bersama Phoenix berakhir pada bulan Oktober 2014.[25] Marvel meletakkan Cumberbatch, Leto, Ethan Hawke, Oscar Isaac, Ewan McGregor, Matthew McConaughey, Jake Gyllenhaal, Colin Farrell dan Keanu Reeves dalam senaraik pendek mereka untuk Doctor Strange.[26][27] Menjelang akhir bulan, Cumberbatch memasuki rundingan untuk melakonkan karakter itu[28] dan pada bulan Disember, beliau secara rasmi dipilih untuk watak tersebut.[29] Spaihts juga disahkan akan menulis skrip.[29]

Chiwetel Ejiofor memasuki rundingan awal bersama Marvel untuk melakonkan sebuah karakter dalam filem ini [30] yang kemudiannya didedahkan sebagai Baron Mordo.[31] Pada bulan April 2015, Derrickson dan ahli pasukan produksi melawat Bandar Raya New York untuk meninjau lokasi berpotensi untuk penggambaran filem manakala Feige mendedahkan bahawa penggambaran akan bermula pada bulan November.[32] Menjelang bulan Mei, Tilda Swinton berada dalam perbincangan bersama Marvel untuk melakonkan watak Ancient One.[33] Pada bulan Jun 2015, Derrickson mengumumkan bahawa beliau sedang menuju ke London untuk memulakan kerja filem[34] dan Feige mengesahkan bahawa Sanctum Sanctorum akan muncul dalam filem.[35] Swinton mengesahkan bahawa beliau akan melakonkan watak Ancient One pada bulan Julai[36] dan menjelang akhir bulan, Rachel McAdams telah dipertimbangkan untuk watak wanita utama.[37]

Ejiofor telah disahkan sebagai Baron Mordo semasa D23 Expo 2015,[38] dan menjelang akhir bulan Ogos, Mads Mikkelsen memasuki rundingan awal untuk melakonkan watak penjahat.[39] Semasa Festival Filem Antarabangsa Toronto 2015, McAdams mengesahkan bahawa beliau akan membintangi filem ini.[40] Menjelang awal bulan November, Michael Stuhlbarg memasuki rundingan untuk muncul sebagai Nicodemus West.[41]

Penggambaran sunting

 
Cumberbatch di set Doctor Strange di Kathmandu, November 2015

Fotografi utama bermula di Nepal pada 4 November 2015 dengan penggambaran di dan sekitar Lembah Kathmandu termasuk kuil-kuil Pashupatinath dan Swayambhunath;[42][43] Thamel and New Road in Kathmandu;[44] dan Patan Durbar Square di Patan.[45][46] Produksi berpindah ke Longcross Studios di United Kingdom pada November 11 dan dijadual berkekalan di sana sehingga awal tahun 2016.[47] Penggambaran juga dijangka mengambil tempat di Pinewood-Shepperton dan Shepperton Studios di UK,[24] serta di London, New York dan Hong Kong.[2] Menjelang akhir bulan November, Mikkelsen dan Stuhlbarg telah disahkan sebagai barisan pelakon[2] bersama Amy Landecker[48] dan Scott Adkins sebagai watak yang tidak dinyatakan.[49] Fotografi utama selesai di Bandar Raya New York pada 3 April 2016.

Tayangan sunting

Doctor Strange ditayangkan pada 28 Oktober 2016 di United Kingdom,[50] dan 4 November 2016 di Amerika Utara dalam format IMAX.[51][52] Penayangannya sebelum ini dilaporkan pernah dijadualkan pada 8 Julai 2016.[53]

Sambutan sunting

Kutipan panggung sunting

Penerimaan kritis sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Giardina, Carolyn (Ogos 1, 2015). "EditFest: 'Ant-Man,' 'Avengers 2' Editors on Working in the Marvel Universe". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-02. Dicapai pada Ogos 1, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ a b c "Marvel's 'Doctor Strange' Begins Production". Marvel.com. November 24, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-24. Dicapai pada November 24, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan BBFC tidak disediakan
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Budget tidak disediakan
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ForbesBudget tidak disediakan
  6. ^ "Doctor Strange". Box Office Mojo. IMDb. Dicapai pada February 13, 2021.
  7. ^ Kit, Borys (Januari 21, 2016). "'The Martian' Actor Nabs Key 'Doctor Strange' Role (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-21. Dicapai pada Januari 22, 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  8. ^ Graser, Marc (Mac 26, 2009). "Marvel's hiring writers". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-21. Dicapai pada Mac 27, 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  9. ^ Fleming Jr., Mike (Jun 21, 2010). "Will Dr. Strange Be Marvel's First Superhero To Fly Under the Disney Banner?". Deadline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-03. Dicapai pada Jun 22, 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  10. ^ Wigler, Josh (Januari 25, 2013). "'Ant-Man,' 'Doctor Strange' Lead Marvel's Phase Three". MTV. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-03. Dicapai pada Januari 25, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  11. ^ Chitwood, Adam (Mei 3, 2013). "Kevin Feige Says Doctor Strange Is "Next Up" for Marvel to Explore; Hints at Possible Phase Three Release". Collider.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-24. Dicapai pada Mei 3, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  12. ^ Kit, Borys; Bond, Paul (Mei 7, 2013). "Marvel Cliffhanger: Robert Downey Jr.'s $50 Million Sequel Showdown". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-26. Dicapai pada Mei 8, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  13. ^ Orange, B. Alan; Bory, Bo (November 4, 2013). "Exclusive: Kevin Feige Talks Thor: The Dark World and The Future of Marvel Studios". MovieWeb. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-17. Dicapai pada Januari 21, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  14. ^ Kit, Borys (Februari 20, 2014). "'Doctor Strange' Heating Up as Marvel Vets Directors (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-21. Dicapai pada Februari 20, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  15. ^ Couto, Anthony (Mac 12, 2014). "Update on the Shortlist for the Doctor Strange Film's Director". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-15. Dicapai pada Mac 12, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  16. ^ Siegel, Tatiana; Kit, Borys (Jun 3, 2014). "Scott Derrickson to Direct Marvel's 'Doctor Strange'". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-03. Dicapai pada Jun 3, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  17. ^ Fleming Jr, Mike (Jun 6, 2014). "Marvel Starts 'Doctor Strange' Search: Tom Hardy, Benedict Cumberbatch Early Wish-Listers". Deadline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-05. Dicapai pada Jun 6, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  18. ^ a b Fleming, Jr, Mike (Jun 18, 2014). "Marvel Setting Jon Spaihts To Script 'Doctor Strange'". Deadline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-19. Dicapai pada Jun 18, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  19. ^ Maytum, Matt (Jun 20, 2014). "Marvel's Kevin Feige updates on Guardians Of The Galaxy, Thanos, Ant-Man, TV shows and Doctor Strange". Total Film. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-21. Dicapai pada Jun 21, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  20. ^ Vejvoda, Jim (Jun 23, 2014). "Edgar Ramirez Is Talking With Doctor Strange Team About A Role". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-24. Dicapai pada Jun 23, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  21. ^ Cornet, Roth (Julai 21, 2014). "Marvel's Kevin Feige: Doctor Strange May Team With The Avengers, Whole New Avengers Lineup Possible In Future". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-23. Dicapai pada Julai 21, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  22. ^ Siegel, Tatiana; Kit, Borys (Julai 25, 2014). "Joaquin Phoenix in Negotiations for Marvel's 'Doctor Strange'". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-26. Dicapai pada Julai 25, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  23. ^ Chitwood, Adam (Ogos 28, 2014). "Exclusive: Joaquin Phoenix in Final Talks to Lead Doctor Strange". Collider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-30. Dicapai pada Ogos 28, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  24. ^ a b Wiseman, Andreas (September 17, 2014). "Marvel's Doctor Strange set to shoot in UK". Screen Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-01. Dicapai pada September 17, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  25. ^ Fleming Jr, Mike (Oktober 2, 2014). "Joaquin Phoenix 'Doctor Strange' Talks End; Back To Square One". Deadline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-03. Dicapai pada Oktober 2, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  26. ^ Kroll, Justin (Oktober 14, 2014). "Marvel's Doctor Strange: Who's in the Mix?". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-15. Dicapai pada Oktober 15, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  27. ^ Sneider, Jeff (Oktober 17, 2014). "'Doctor Strange' Update: Colin Farrell Enters the Mix, But Don't Count Out Benedict or Joaquin (Exclusive)". The Wrap. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-18. Dicapai pada Oktober 17, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  28. ^ Fleming Jr, Mike (Oktober 27, 2014). "Benedict Cumberbatch To Play 'Doctor Strange'". Deadline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-27. Dicapai pada Oktober 27, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  29. ^ a b Strom, Marc (Disember 4, 2014). "Benedict Cumberbatch to play Doctor Strange". Marvel.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-27. Dicapai pada Disember 4, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  30. ^ Kit, Borys (January 22, 2015). "Marvel Courting Chiwetel Ejiofor for Leading Role in 'Doctor Strange' (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-23. Dicapai pada Januari 22, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  31. ^ Fleming Jr., Mike (June 11, 2015). "Chiwetel Ejiofor's 'Doctor Strange' Character Revealed: He'll Play Baron Mordo". Deadline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-11. Dicapai pada Jun 11, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  32. ^ Zalben, Alex; Horowitz, Josh (April 12, 2015). "Marvel's Movie Future: Here's Everything You Need To Know Through… Phase 4?". MTV. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-13. Dicapai pada April 12, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  33. ^ Kit, Borys (Mei 27, 2015). "Tilda Swinton in Talks to Join Benedict Cumberbatch in Marvel's 'Doctor Strange' (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-27. Dicapai pada Mei 27, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  34. ^ Derrickson, Scott (Jun 22, 2015). "Leaving now for London to make Doctor Strange". Twitter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-29. Dicapai pada Jun 29, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  35. ^ Faraci, Devin (Jun 28, 2015). "Expect "Mind-Bending Weirdness" From Doctor Strange, Says Kevin Feige". Birth. Movies. Death. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-29. Dicapai pada Jun 29, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  36. ^ Sampson, Mike (Julai 14, 2015). "Tilda Swinton Explains Why She's "Really, Really, Really Excited" to Star in Marvel's 'Doctor Strange'". ScreenCrush. Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 15, 2015. Dicapai pada Julai 16, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  37. ^ Kaufman, Amy (Julai 24, 2015). "Rachel McAdams does fame her way". Los Angeles Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-27. Dicapai pada Julai 25, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  38. ^ Strom, Marc (Ogos 15, 2015). "D23 Expo 2015: Marvel's 'Doctor Strange' Updates & More". Marvel.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-15. Dicapai pada Ogos 15, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  39. ^ Kroll, Justin (Ogos 27, 2015). "'Doctor Strange' Eyes 'Hannibal' Star Mads Mikkelsen to Play Villain (EXCLUSIVE)". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-27. Dicapai pada Ogos 27, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  40. ^ Sneider, Jeff; Ge, Linda (September 14, 2015). "Rachel McAdams to Star in Marvel's 'Doctor Strange'". The Wrap. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-14. Dicapai pada September 14, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  41. ^ Kroll, Justin (November 2, 2015). "Michael Stuhlbarg in Talks to Join 'Doctor Strange'". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-03. Dicapai pada November 2, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  42. ^ "Benedict Cumberbatch in Nepal". The Himalayan Times. November 5, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-05. Dicapai pada November 5, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  43. ^ Mapstone, Lucy; Greenway, Julia (November 6, 2015). "Bearded and bedraggled Benedict Cumberbatch is worlds away from his usual clean-cut image as he films scenes as Doctor Strange in Nepal". Daily Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-06. Dicapai pada November 6, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  44. ^ "Cumberbatch in Nepal". The Himalayan Times. November 6, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-09. Dicapai pada November 8, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  45. ^ "Exclusive scenes from the sets of 'Doctor Strange'". The Kathmandu Post. November 7, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-07. Dicapai pada November 7, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  46. ^ "Hollywood actor Chiwetel Ejiofor in Nepal". The Kathmandu Post. November 7, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-09. Dicapai pada November 8, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  47. ^ Wiseman, Andreas (November 11, 2015). "'Doctor Strange' shoot underway in UK with Benedict Cumberbatch". Screen Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-16. Dicapai pada November 14, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  48. ^ Sneider, Jeff (November 11, 2015). "'Transparent's' Amy Landecker Joins Benedict Cumberbatch in Marvel's 'Doctor Strange' (Exclusive)". The Wrap. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-12. Dicapai pada November 11, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  49. ^ Sneider, Jeff (November 13, 2015). "Martial Artist Scott Adkins Joins Benedict Cumberbatch in Marvel's 'Doctor Strange' (Exclusive)". TheWrap. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-13. Dicapai pada November 13, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  50. ^ Marvel UK (December 5, 2014). "It's official – Benedict Cumberbatch will be Marvel's #DoctorStrange. In UK & IRE cinemas 28th Oct 2016". Twitter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada December 7, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  51. ^ Siegel, Lucas (Oktober 28, 2014). "Marvel Announces Black Panther, Captain Marvel, Inhumans, Avengers: Infinity War Films, Cap & Thor 3 Subtitles". Newsarama. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-28. Dicapai pada Oktober 28, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  52. ^ Han, Angie (April 8, 2015). "'Star Wars: Rogue One', 'Captain America: Civil War', and More Get IMAX Releases". /Film. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-08. Dicapai pada April 8, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  53. ^ Graser, Marc (Julai 18, 2014). "Marvel Studios Dates Five Untitled Movies Through 2019". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-19. Dicapai pada Julai 18, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting